Saturday, February 28, 2009

Kenyataan Media Hasni Abas- S/U GMP

KENYATAAN MEDIA
27hb Februari 2009


Bersama Menjayakan Himpunan Aman 100 Ribu Mansuhkan PPSMI


Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan Himpunan Aman 100 Ribu di Istana Negara pada 7hb Mac 2009 jam 2 petang. GMP telah menetapkan tiga lokasi tempat berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara seperti berikut :
a. Pusat Perniagaan SOGO
b. Centrel Market
c. Masjid Negara

Bagi memudahkan perjalanan himpunan ini maka semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam untuk hadir dalam himpunan ini. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang. Kawalan keselamatan akan dibantu oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara. Permit himpunan telah dipohon kepada Y.Bhg Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Peserta adalah dilarang samasekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang simbol parti juga tidak dibenarkan.

Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Dato’ A.Samad Said, Dato’ Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato’ Nik Safiah Karim, Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Y.B Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Y.B Lim Kit Siang dan ramai lagi

Warna tema GMP adalah ’putih’. Peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI. GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) bersama 53 persatuan lain telah turut sama menyokong GMP. Sehubungan itu pihak GMP telah selesai mengadakan siri jelajah seluruh negara dan mendapat sambutan yang begitu mengalakkan. GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan berkumpul dihadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang.



SDR HASNI ABAS
Setiausaha
Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)

5 comments:

HBM Consultant said...

Salam,

Saya ingin meminta kebenaran meletakkan maklumat tentang Perhimpunan 100 ribu ini di blog saya.

Arkib PPSMI said...

Salam.

Tuan,

Perkataan yang tepat ialah "perhimpunan". Perkataan ini digunakan oleh Bernama dan Malaysiakini.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Insya-Allah.

Wallahuaklam. Wassalam.

sedarlah said...

ya allah...kenapa rakayt jadi alat politik demi perjuangan yg membawa kebinasaan kepada negara dan bangsa!?bodohnya kita kerana kita....saya mohon dgn hati yg sayu dan sebagai islam,sebagai rakayt malaysia yg inginkan kedamaian, harap sarudara suhaizan jgn mengajak masayarat melayu islam ke jalanan kerana perjuangan yg sia2 ini.kenapa saya kata sia2?kerana ppsmi untuk bangsa kita.bangsa yg baru nampak cahaya dari dalam tempurung. maafkan saya, tapi itulah hakikat. mohon, dengan sepuluh jari, jgn huru harakan negara saya. saya benci politik. benci buakn kerja politik, kerana orang politikkan apa itu politik. subhanallah...

Anonymous said...

"....kerana ppsmi untuk bangsa kita..."
betul ke x cik sedarlah nii....

apalah makna bangsa...kalau bahasa nya sendiri tidak diyakini untuk membawa kemajuan..terpaksa pakai bahasa orang lain......bukan kah bahasa jiwa bangsa ?? Mati bahasa matilah bangsa...itu yang tuan mahu??

Siapa pula nak huru harakan negara...bukan kah ini perhimpunan aman...takkan lah pak samad said nak bawa bom pulakk...

Anonymous said...

salam..saya rasa cik sedar lah bukan bermaksud begitu. tpi melihat ada kesan yg positif pada PPSMI ini. saya stuju. cuma mesti lebih titipkan moral agar xlupa bangsa sendiri. tpi mcm susah sahaja nmpaknya. kerana bangsa melayu itu mmg sush utk berusaha kearah lebih hebat. saya juga bersetuju bahawa perhimpunan ini seperti sia2 shj. agaknya mmg trend org kita asyik2 nak berhimpun. hm..masing21 ade kelebihan dan kekurangan nnya. wallahualam.. peace for ISLAM (^_^)