AGENDA PERJUMPAAN GERAKAN MEMANSUHKAN PPSMI (GMP)
BERSAMA BADAN- BADAN YANG MENYOKONGNYA
Tarikh : Selasa 3.3.09
Tempat : Pejabat SUK Kerajaan Negeri Selangor.
Masa : 8.30 mlm
1. Sidang Media
2. Ucapan Pengerusi Majlis
3. Perkembangan Himpunan 100 Ribu oleh Sdr. Hasni Abas (S/U GMP)
4. Laporan perkembangan himpunan daripada badan-badan yang menyokong. (5 minit bagi setiap wakil)
a. Wakil kumpulan mahasiswa.
b. Wakil kumpulan akademik.
c. Wakil kumpulan seniman.
d. Wakil kumpulan penulis.
e. Wakil kumpulan ibubapa.
f. Wakil kumpulan pendidik.
g. Wakil kumpulan bahasa.
h. Wakil kumpulan wanita.
i. Wakil kumpulan ulama’.
j. Wakil kumpulan politik.
k. Wakil kumpulan lain-lain.
5. Taklimat Keselamatan Himpunan– Sdr. Kamaruzaman Mohamad
6. Ucapan Dato’ Dr Hassan Ahmad (Pengerusi GMP)
7. Tamat
Fakta-fakta Penting Himpunan :
1. Nama : Himpunan Aman 100 Ribu Mansuhkan PPSMI
2. Tarikh : Sabtu 7hb. Mac 2009 – Jam 2 petang
3. Tempat berkumpul : Sogo, Masjid Negara & Central Market
4. Sasaran tempat himpunan : Istana Negara
5. Pakaian pimpinan GMP : Baju Melayu
6. Pakaian peserta : pakaian bewarna putih
7. Perkara dilarang : Membawa senjata, alat-alat tajam, logo parti politik dan jangan terpedaya dengan provokasi
8. Perkara digalakan : Membawa air dan tuala kecil.
Jom Ke Blog Baru Saya!
13 years ago
13 comments:
Saya nak pakai baju melayu juga boleh tak?
Tak apalah, saya akan dapatkan juga baju Melayu putih demi bahasa tercinta.
a'kum...
pilu melihat rakyat diseret ke jalanan demi perjuangan yg membinasakn maruah dan kewibawaan sesebuah negara. saya ada soalan untuk saudara suhaizan,adakah anda berasa lega dan bangga dgn apa yg terjadi pada 7 mac?banggakah saudara dgn "keberanian" saudara?saya hairan dan pelik, org islam yng beragama mulia ini mula tidak reti kenal apa itu kedamaian. mana ketenangan dan keharmonian yg kita nikmati hari ini?mana kita yg bebas berniaga dgn pasaran ekonomi yg maju?org "melayu islam" yg saudara hasut untuk ke jalanan ditimpa masalah yg rumit apabila ditangkap pihak polis semasa perhimpunan terbabit. jgn kata saudara menganjurkaan perhimpunan aman kerana apabila melibatkan 100 ribu org, saudara tidak dpt mengawal emosi mereka. adakah saudara beratnggungjawab ke atas kerosakan yg berlaku?saya sebagai pembayar cukai cukup sedih apabila duit cukai yg saya bayar untuk membeli kemudahan awam dirosakkan, dibakar dan dimusnahkan. adakah saudara sanggup menagnggung semua kos terbabit dan memohon maaf ke atas setiap kerosakn itu pada setiap pembayar cukai di negara ini?fikirlah dan renunglah. saya bukan pro mana2 parti politik cuma SAYA RAKYAT MALAYSIA BERAGAMA ISLAM YG INGINKAN SUASAN AMAN, EKONOMI MUSLIM YG KUKUH DAN SALSIAH MUSLIM YG UNGGUL..AMIN
alahai org kita............nasiblah.....selalu jadi mangsaaa...
Salam Suhaizan.
Teruskan perjuangan!
- Nan [abang muzaini :)]
sahlah gmp telah dihasut dan didalang oleh pemimpin-pemimpin PAS, terutamanya oleh bekas calon PAS untuk kerusi parlimen parit sulong dan DUN Kempasnya. Janganlan cuba berselindung di sebalik NGO untuk membawa arus perjuangan PAS dan janganlah melenting tak tentu hala apabila dituduh bahawa GMP itu berdalangkan parti pembangkang. Saudara Suhaizan akuilah bahawa GMP kini adalah sebuah NGO politik dan alat pembangkang untuk mengkucar kacirkan politik negara.
Saudara suhaizan, tembelang anda akan didedahkan tidak lama lagi.
Kepada anonymous,
Suhaizan adalah AJK GMP dan juga Ketua Penerangan Pemuda PAS. Bukan dia sorok-sorok 2 jawatan itu.
aik.. aku terpikir si suhaizan ni ada ke baca komen-komen ini. suhaizan baik den baco komen ini. jika den nak jadi seorang yang berwibawa. sia-sia kalau kita sembahyang lima waktu dan sebaliknya menghasut orang ramai yang tak berdosa demi kepentingan diri dan politik. den cubo la insaf sebelum den diinsafkan.amin
ini bukan wayang kulit perlu kepada dalang..
cuba selidik siapa orang-orang dalam GMP. Sesiapa pun boleh menyokong dan bersama dalam perjuangan GMP, pembangkang atau ahli dari parti pemerintah.
Sebenarnya ramai dari parti pemerintah yang menyokong, cuma macam biasalah..
Fahamilah perjuangan GMP dan isu PPSMI itu sendiri, bukan masalah pendokong dan penyokongnya.
Kalau dengan cara berhimpun ini boleh menyedarkan orang-orang yang tertidur, apa salahnya?
Apa ada harta awam yang terbakar, musnah dalam himpunan tempohari? Buktikan.
Yang mengkucar-kacirkan adalah pemerintah dan kuli-kulinya.
Politik negara tidak kucar-kacir disebabkan perjuangan GMP. Politik negara jadi haru-biru angkara perasuah2 (dilembutkan menjadi politik wang...kononnya)dan tak lupa juga pencolek ADUN.
aik.. ni la masalahnya dengan orang melayu.. pemikiran cetek. kerana kepentingan diri sanggup membuat tomahan.. cuba kita pikiag betul-betul setiap masalah ada huraiannya. bukan menganjur 100 ribu kononnya. hmm.. yang jadi mangsa anak-anak kito. jangan kita sembahyang lima waktu tapi dosa yang lebih. konon membangun kan kepentingan ummah. ummah hotak korang.
himpunan 100k ni adalah cara bantahan yang dilakukan setelah beberapa kaedah sebelum ini secara rundingan, meja bulat dsbgnya tidak diendahkan oleh pemerintah.
sejak 2003 pejuang-pejuang bahasa, ahli akademik ni dh mula berjuang tapi haram nak didengar oleh sang penguasa.rajin-rajinkan diri mencari fakta....
Post a Comment