Polimik Kerajaan Perpaduan semakin kencang selepas Muktamar PAS Kali Ke-55 di Shah Alam. Contoh Konsep Kerajaan Perpaduan adalah seperti Indonesia iaitu semua parti politik bergabung tidak kira pembangkang atau kerajaan. Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bersatu dibawah satu payung bernama Kerajaan Perpaduan. UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PAS, PKR, DAP dan lain-lain bergabung. Tujuannya hanya satu iaitu semua pihak bersatu untuk membina negara dan menjaga kepentingan rakyat secara bersama. Presiden PAS menyatakan bahawa konsep ini akan diterima oleh semua pihak pada suatu masa akan datang dan telah dibincang bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng pula telah membantah dengan alasan bahawa konsep ini tidak dibincang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. Konsep ini seolah-olahnya ditentang oleh kebanyakkan pewakilan yang berucap dalam Muktamar lepas. Kebimbangan mereka adalah satu iaitu Kerajaan Perpaduan ini akan digunakan oleh UMNO untuk menjadi tali hayat bagi UMNO terus hidup. Tuan Guru Nik Abdul Aziz lebih keras lagi, iaitu UMNO mesti dihapuskan dari atas muka bumi ini. Masyarakat bukan islam yang telah menyokong PAS dalam pilihanraya lepas berasa kurang senang dengan konsep ini. Ini kerana mereka menyokong PAS kerana menolak UMNO. Jika PAS bersama UMNO dalam Kerajaan Perpaduan maka mereka beranggapan PAS telah mengkhianati mereka.
Saya berpendapat bahawa idea yang baik berkenaan konsep Kerajaan Perpaduan ini tidak akan berjaya selagi adanya mahluk perosak bernama UMNO. UMNO ni sudah menjadi libeliti kepada negara kita yang tercinta ini. Semua label yang buruk boleh dikaitkan dengan UMNO. Antara yang terhebat dan bakal meruntuhkan mereka adalah rasuah. Oleh itu apa juga konsep yang baik perlulah UMNO dihindari. Oleh itu saya menyokong Kerajaan Perpaduan dengan syarat UMNO mestilah dihapuskan terlebih dahulu. Bermakna Kerajaan Perpadua tampa UMNO didalamnya. Tuan setuju ?
Jom Ke Blog Baru Saya!
13 years ago
5 comments:
Kerja penerangan tak buat baik-baik masa jadi pemuda. Lepas muktamar dah nak bising-bising.
Teruk betul sesetengah sikap ahli Pas ni. Jahil yang mana satu kena wala'.
Salam ukhuwwah,
Ada 1001 pendapat ahli PAS yang wujud tentang kerajaan perpaduan ni.Yang setuju,yang tak setuju yang sinis.Pendapat2 ini semua ikut ilmu masing2 la.Ada yang beri pendapat dengan ilmunya,ada yang dengan akalnya saje,ada yang semata-mata emosi dan ramai lagi main taklid buta saja,yang taklid ni nasibla kalau yang diikut tu betul selamaaat,minta-minta jgn yang diikut tu sebaliknya,takke naya diri.
3000 tahun dulu,pernah Allah perintahkan Bani Israel(melalui arahan nabi musa a.s) masuk ke Palestin,tetapi Bani Israel menentang,puak dalam palestin tu jabar-jabar katanya maka tak logik dek akal kalau masuk,nak hulur tengkok?Maka Allah sesatkan mereka selama 40 tahun di padang sinai, padahal kalau taat perintah nabi Musa,itulah kejayaan dijanjikan.
Masa gerombolan Bani Israel pimpinan Talut memerangi Jalut,pimpinan ada mengeluarkan arahan berupa satu ujian untuk menguji ketaatan tenteranya iaitu kalau jumpa satu sungai minum satu teguk saja.Tapi terlalu sedikit yang ikut perintah,Ramai yang langgar perintah kerana arahan tu pelik,tak logik.Mereka yang sedikit inilah yang akhirnya bertempur dengan tentera Jalut dan diberi kemenangan oleh Allah.
Dan lagi Kan Saidina Umar r.a bantah bila Rasulullah S.A.W sain hudaibiyyah tu,baik ada Abu Bakar yang coolkan dia,walaklah balik.Selamat Umar.
Kita ni nantilah dulu,jgn kecoh-kecoh dulu,sangka baik dgn presiden.Bukan harampun yang meka nak buat.Lebih baik kita taat,lepas tu,pegang tali kapal ni (PAS)kuat-kuat,ke mana pun peginya pasti selamat,itulah janji ALlah
tu la, kalau tanya balik apa kerajaan perpaduan yg penentang2 cadangan presiden tu maksudkan, mesti diorg ingat nak bergabung dgn umnoBN. Tak pernah pun Presiden kata nak bergabung bahkan sudah berulangkali ditegaskan bhw Pas takkan bergabung dgn UmnoBN.
Allah jadikan isu ini menjadi ujian yg besar kpd ahli2 Pas baik pemimpin mahupun akar umbi dlm memahami erti sabar dan wala'. Kita lihat siapa akan gugur dan siapa akan terus istiqomah dgn perjuangan.
kak pin lagi tak faham, teruk sangat elerjik kita dgn UMNO sampai masuk tahap tak waras membuat pertimbangan.Kita jadinya bukan setakat benci kat kerja jahat dalam UMNO, apa saja yang dieja UMNO langsung mengundang rasa benci kita... ruginya dgn sentimen yg melampau ini
Masih ingat lagi, kata TGNA dulu " kita menolak UMNO bukan sebab namanya UMNO tapi kerana penolakan terhadap Islam yg dilakukan oleh UMNO. andai suatu hari nanti UMNO sudah menerima Islam dan menjadikan Islam sabagai dasarnya maka kita wajib mengikut UMNO dan sanggup bubarkan Pas.
kak pin rasa presiden kita tak le bodoh sangat untuk menyerahkan leher pas bagi disembelih UMNO. Presiden juga tak dungu sangat memilih utk pas bercampur baur dgn kerja-kerja jahat dalam UMNO. rasanya presden juga masih waras untuk tidak menjadikan pas pengkhinat dalam pakatan rakyat...
kita perlu ada keyakinan bahawa kerja dakwah pas tak boleh berlangsung atas kehendak ahlinya semata...tapi ia harus bernafas mengikut tuntutan agama dan suruhan Allah terhadap kita.
kak pin setuju dgn pandangan ustaz tuan ibrahim yg mengatakan
'Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada Presiden di samping mengikuti penjelasan darinya.
"Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya'
Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan Pakatan Rakyat.
alhamdulillah...
semua ni ketentuan ALLAH.baik, mari kita lihat dari segi kebaikan dalam hal yg dibangkitkan presiden PAS. saya sebagai ahli UMNO merasakan kebaikan di sebalik semua ini. jgnlah kita asyik berpolitik dgn isu2 yg kecil. baik kita sama2 bangunkan agama, bangsa dan negara kita menjdi sebuah entiti yg kukuh dan digeruni kawan dan lawan. sama2 kita memulihkan keadaan ekonomi kita agar dpt terus bersaing. jgn kerana rakyat rajin dan pandai mencari dan membina kekayaan di sesebuah negeri, maka kerajaan negeri yg perlu bantu. kita harus lihat, setiap kejayaan itu pasti dari ALLAH kepada insan yg berusaha dan berkehendakkannya.
dalam konteks kerajaan peepaduan, ini bagus. semua pasrti bergabung atas DASAR SAYANGKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.kerana, dgn kerajaan perpaduan, setiap masalah dan kelemahan dpt diperbetulkan. kalau asyik bangkang, sapa rugi???rakyat jugak. DUN dan MP tak risaulah dah dpt elaun sana sini. kami rakyat yg pening. nak kene pegi meniarap atas jalan halang kereta kerabat raja, nak kene dgr ceramah yg tak meningkatkan ekonomi kecuali sentimen benci sesama islam,nak kene kesian dgn org kene amik gamba masa tido, nak kene dgr sumpah laknat dan byk isu2 bodoo yg langsung tak membantu kemajuan ummah.
sekali lagi, sebagai ahli umno, saya sokong sekiranya malaysia mengamalkan kerajaan perpaduan. kerajaan perpaduan tidak bermaksud takde pembangkang, cuma berpadunya kerajaan atas dasar2 kepentingan rakyat. INSYAALLAH , KITA BERDOA AGAR IANYA MENJADI KENYATAAN. AMIN...
Post a Comment