Thursday, June 11, 2009

HIMPUNAN TAHUNAN RAKYAT BERSAMA PAKATAN RAKYAT

UMNO semacam bergembira dengan polimik yang berlaku selepas muktamar PAS ke -55 di Shah Alam minggu lepas. Ketua Pemuda UMNO, YB tidak berjawatan menteri Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan yang hanya digunakan untuk mencapai matlamat politik sempit dan bukannya berasas ideologi sama. Di suatu sudut lain pula beliau bersetuju untuk bertemu PAS kononnya untuk perpaduan. Gambaran ini seolah-oleh mahu menarik PAS dari Pakatan Rakyat konon untuk berpadu dengan UMNO. Setelah PAS keluar Pakatan, UMNO akan hempas wadah PAS ke lantai. Lepas tu merekalah yang akan bertepuk tangan tanda gembira. Maaflah Khairy, Pemimpin PAS bukan bodoh, kita tidak semudah itu termakan dengan pujuk rayu UMNO.

Sebenarnya polimik yang berlaku adalah proses kematangan biasa bagi sesebuah gabungan parti-parti politik. Yang penting kesemua parti politik boleh duduk semeja berunding mencari penyelesaian yang berlaku. Kalau kita berbicara tentang masalah, semua tempat ada masalah. BN pun ada masalah. Bezanya, ada masalah boleh selesai, ada masalah tidak boleh selesai. Macam kes rasuah dalam UMNO, itu bukti kes yang tidak boleh selesai. Kalau nak selesai, buang aja UMNO. Baru boleh selesai. Dalam kes Pakatan Rakyat, ia baru berusia 1 tahun. Terlalu muda, banyak lagi perlu diserasikan. Berkat kesepatakan pimpinan Pakatan Rakyat, Insya-Allah ia akan berjaya.

Bagi rakyat jelata, mereka mahu Pakatan Rakyat bersatu. Bersatu membina sebuah negara yang aman dan makmur. Mereka mahu melihat pemimpin PAS, PKR dan DAP boleh duduk bersama memperjuangkan nasib mereka. Oleh itu dicadangkan bahawa diadakan suatu perhimpunan rakyat bersama Pakatan Rakyat di Stadium Malawati, Shah Alam dengan membariskan kesemua pimpinan utama Pakatan Rakyat. Pimpinan Pakatan Rakyat perlu mengeluarkan suatu deklarasi bersama untuk kepentingan rakyat keseluruhannya. Pemuda PAS, AMK dan DEPSI boleh menjadi penganjurnya. Himpunan ini perlu menjadi acara tahunan Pakatan Rakyat.

1 comments:

Anonymous said...

Pakatan Rakyat pun nk buat muktamar jugak... pakat bungkus laa umno & bn ginii