Saturday, June 20, 2009

Dulu dan kini .......................

Catatan ini tiada kaitan antara yang hidup apatah lagi yang telah mati.


Dulu :

1. Dulu dianggap asing oleh kebanyakan orang. Apa yang dikata sering dianggap extreme, pengganas, tak masuk akal, bodoh dan yang sewaktu dengannya.
2. Bila masuk kampung dianggap sebagai pemecahbelah masyarakat. Kata mereka dulu kita tinggal aman damai, bila dia datang semua jadi kacau.
3. Bila masyarakat anggap hina, malu-malu kucing mahu menampilkan diri.
4. Kenduri kendara dipulau orang. Kenduri pun anak beranak saja yang makan. Nasi dan lauk pauk kenduri terpaksa dibuang sahaja sebab masyarakat pulaukan.
5. Orang Cina dan India takut dengan serban. Mereka takut kepala atas dan bawah kena potong. Orang Cina dan India pandang semacam saja.
6. Bila berkempen dibaling batu, disimbah air, dihina dan dikejar dengan parang panjang.
7. Karung derma lebih banyak daripada duit. Pergi tempat ceramah banyak ketayap yang jadi mangsa karung derma.
8. Kereta pun kadang-kadang macam sarang tikus. Segala macam barang ada dalam kereta. Kaset, baju, sabun, kicap, kertas kerja, kerepek dan segala macam ada.
9. Makan pun berjimat-jimat, usahkan lobi hotel, lobi warung pun belum tentu kita makan
10. Tidur pun kat atas tikar aja. Habuk, semut, nyamuk dan agas macam kawan-kawan buat tidur aja.
11. Ada cerita lucu, suatu malam kepala pimpinan pun boleh dilangkah sebab beliau tidur dalam gelap.
12. Itulah sederhananya kita. Rakyat rasa syahduuu dengar cerita kita.


Kini

1. Kini segalanya telah berubah.
2. Kita telah dilihat hebat. Ada gaya jadi YB. Dekat dengan pemimpin pun dah hebat apatahlagi jadi pemimpin.
3. Mana-mana sahaja ada masalah rakyat dah boleh diselesaikan.
4. Makan pun dah kat lobi hotel.
5. Kereta pun pantang calar sikit terus tukar kereta baru.
6. Mata pun macam tak boleh tidurlah kalau tak dapat hotel 15 bintang
7. Orang kampung kata ”Government In waiting”, mestilah jaga standard.
8. Nak pilih pemimpin dalaman pun payah. Dulu orang cabut lari bila kena pilih. Sekarang detik dalam hati ... aku ! aku! aku! aku! aku!
9. Bila dah hebat, bercakaran pulak peringkat tertinggi.
10. Cakar ni bukan pada ranting, bukan pada cabang tapi pada batang pokok tu.
11. Kalau ikut formula orang Cina cari kapak tebang aja pokok tu. Biar tunas baru muncul.
12. Ada yang kata perpaduan. Ada pula yang sukakan pakat-pakat
13. Penyokong di bawah tak tentu arah. Kecewa, marah dan geram.
14. Orang Cina dan India tak sudah-sudah kata hipokrit, pembohong, bodoh dan sial.
15. Masyarakat jadi binggung. Musuh yang lemas, macam mana pulak kita yang nak mati.
16. Mesyuarat kata diam, ada yang gatal-gatal mulut cakap. Lepas tu marah pulak pada media yang kononnya putarbelit.
17. Ada idea tapi tinggi melangit, orang tak boleh capai tapi dicampak juga pada rakyat.
18. Ada pulak yang dah tak tahan panas, tembak senapang gajah. Bukan takat gajah mati, raksaksa pun pening kena tembak.
19. Air sungai dah keroh, ada pulak 10 orang letak nila bagi tampah keruh air sungai. Pening ! Pening ! Pening !
20. Musuh ketawa terbahak-bahak. Musuh beri umpan cacing saja. Ingat nak perangkap ikan seluang tapi haruan yang makan. Rezeki musuh agaknya.
21. Ya Allah. Bilalah cahaya akan muncul dihujung terowong.

1 comments:

Anonymous said...

Sabarlah! pejuang

"Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan bagi mengujimu siapakah di kalangan kamu yang terbaik pekarjaannya"suratul mulk 2

"Dan tidaklah kehidupan dunia itu kecuali permainan dan senda gurau dan kiranya kamu beriman dan bertaqwa diberikanya ganjaran kamu" surah muhammad 36

Apapun yang kita buat,dalam dunia senda gurau dan main-main ini,hendaklah bersih dari segi niat yang tidak ikhlas dan sifat keji baik sesama manusia apatah lagi kepada Allah ...... itulah cahayaNya di hujung terowong.