Wednesday, June 24, 2009

Profesor Dr Ahmad Atory Hussin : Professor atau Pencacai UMNO ?

Berikut adalah keratan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Mstar 24.06.09 oleh Profesor Dr Ahmad Atory Hussain. Cuba fikirkan beliau ni Professor atau pencacai UMNO ?



Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Univerisiti Sains Malaysia, Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, keputusan tersebut jelas menunjukkan perpaduan di kalangan orang Melayu tidak akan kukuh lagi.

"PAS sebuah parti politik yang bongkak. Mereka fikir dengan 23 kerusi (Parlimen) yang mereka miliki mereka boleh kalahkan Umno.

"PAS terlalu memandang rendah keupayaan mereka (Umno). PAS salah jika buat andaian sedemikian. Umno ada 78 kerusi di Parlimen jika dibandingkan dengan PAS.

"Mereka perlu ingat hakikat itu," katanya kepada mStar Online ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan yang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bagaimanapun idea tersebut ditentang oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, ada pemimpin PAS yang lantang menentang idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Hadi kerana masing-masing bimbang akan kehilangan kuasa politik mereka.

........

Cuma mereka perlu ingat bukan mudah untuk kalahkan Umno kerana pemimpin-pemimpin Umno tak 'bodoh' semuanya," katanya.


Fikirkan .....Professor atau Pencacai UMNO ?

8 comments:

Anonymous said...

penjilat..anjing umno

Mat Luku said...

Apa lagi kalau bukan penjilat buntut umno...camner lah jentan pendek tu boleh dapat pHd pastu dapat professor plak??? ketua cawangan umno kg pulau masjid tanah lagi bijak dari samdol ni....

Anonymous said...

prof. seorg yg budiman..itu yg boleh saya katakan...apa bezanya dgn kamu semua...lebih mudah untuk melabelkan org anjing daripada melihat diri sendiri.

Anak Perelih said...

Dia ni background Public Admin... tapi mahu masuk Political science...

expertise dia Public Administration, Political Organization Management, UMNO’s Politic, Public Policy, Administration Reform, Local Government & Administration ...
http://www.uum.edu.my/ppp/en/directoryofexpert6.html

Anda nilaikan sendiri...

Anak Perelih said...

ni buku buku tulisan dia.. anda nilaikan sendiri
http://www.bookfinder.com/author/ahmad-atory-hussain/

Anonymous said...

korang ni pandai ngutuk org je lebey..jadila pemimpin..terkincit dalam seluar..haha..mat lukula..anak perelih la..tak blajo tinggi la katekan..jgn mare ye..

Anonymous said...

pendapat adalah satu terjemahan pemikiran yang berasaskan fakta dan pengalaman.
manakala terjemahan pemikiran yg tidak berasaskan fakta tidak jauh dari sebuah fitnah.

membaca ulasan Prof Ahmad, begitulah pendapat beliau. tidak kurang dan tidak lebih saya bersetuju dengan pendapat beliau.

masyaAllah.. begitu jelak membaca komen2 saudara/ri. bagi seorang yg lantang melaungkan Allahuakbar, solat cukup xtinggal, Muhammad S.A.W dijadikan ikutan.. tapi bila anda berkata2, sungguh hina kamu meletakkan diri kamu. memanggil manusia lain dengan gelaran pencacai, penjilat buntut, anjing, dsb.

ingat sedara/ri, dosa dengan Allah diampunkan tatkala bertaubat.. tetapi dosa sesama manusia, tuntut la diakhirat kelak.

Jadikan Muhammad SAW sbg ikutan.
tidak bersekolah pon boleh berpolitik, kerana pengetahuannya disitu. saya pon bukannya penuntut political science, tetapi sedikit sebanyak boleh berbicara politik. bukannya orang yg mempunyai ijazah PS saja yg boleh berpolitik, kan?

Tun Fatimah said...

Sokong annonymous.

Kalau sungguh nak menang, bertandinglah 78 kerusi.
Buktikan anda lebih baik dari umno,
berkhidmat bukan sekadar meraih undi.


Jangan hanya tahu mengata orang,
tapi diri sendiri lebih teruk dari orang.

Kita orang Islam, tak perlulah saling kafir mengkafir, sedangkan Nabi SAW mendoakan yang baik untuk orang yang membaling batu apatah lagi kita umatnya?