Wednesday, June 24, 2009

MARI KITA JAYAKAN HIMPUNAN MEMANSUHKAN ISA – 1 Ogos 2009

Selepas Perhimpunan 100 Ribu Membantah PPSMI pada 7hb Mac 2009, ramai yang memandang serong terhadap usaha ini. Menteri Pelajaran pada masa itu Dato’ Hishamuddin Tun Hussin menempelak usaha yang dibuat oleh Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) yang terdiri daripada NGOs dan parti-parti politik. Dato’Hishamuddin menempelak GMP agar menggunakan saluran yang sah untuk membantah PPSMI. Enam kali sidang meja bulat telah diusahakan beliau. Katanya GMP seharusnya menggunakan saluran tersebut untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ada juga pihak yang menempelak usaha GMP yang katanya telah diresapi oleh pihak pembangkang.

Setelah kesan kepada Himpunan 100 Ribu Membantah PPSMI telah menyedarkan masyarakat untuk sama-sama membantah PPSMI bersama tokoh-tokoh akademik, budayawan, sastrawan dan politik maka tiba-tiba UMNO seakan-akan mahu memansuhkan PPSMI. Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin menyatakan jangan jadikan pelajar sekolah sebagai bahan ujikaji dasar PPSMI. Persepsi anak muda yang banyak dididik diluar negara ini tiba-tiba berubah. Kalau inilah persepsinya sebelum 7hb Mac 2009 tentulah Khairy juga salah seorang yang akan turun berdemo membantah PPSMI. Menteri Pelajaran Tan Sri Muhiddin Yasin akan mengumumkan pada awal julai ini berkenaan dasar ini. Saya penuh yakin bahawa perubahan besar akan berlaku terhadap PPSMI. Jika tiada perubahan terhadap dasar PPSMI maka satu lagi Himpunan Membantah PPSMI Siri 2 yang akan disertai oleh Pemuda UMNO akan diadakan selepas hari raya aidilfitri hujung tahun ini.

Begitu juga dengan Himpunan Bersih pada tahun 2007 yang telah memberi kesan yang baik terhadap perubahan politik yang berlaku dalam negara. Rakyat yang pada asalnya takut untuk berubah, menggunakan undinya untuk merubah senario politik yang berlaku dalam negara. Maka 5 buah negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat pada 8hb Mac 2008. Ini merupakan hasil kejayaan Himpunan Bersih yang telah mendapat sokongan pelbagai pihak dalam negara kita.

Kesimpulannya himpunan-himpunan jalanan dinegara kita merupakan jalan terakhir untuk membantah sesuatu dasar yang mencengkam rakyat. Himpunan Bersih dan Himpuan PPSMI sebagai bukti bahawa sikap pemimpin dan rakyat negara ini boleh berubah dengan berlakunya sesuatu himpunan. Oleh itu suatu himpunan GMI (Gerakan Memansuhkan ISA) yang akan diadakan pada 1hb Ogos 2009 perlu mendapat perhatian daripada seluruh rakyat negara ini. ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) telah banyak menzalimi rakyat yang tidak berdosa. Pemimpin yang menjadi seteru kepada kerajaan akan disumbat ke dalam sesukahatinya. Oleh itu rakyat perlu turun beramai-ramai pada 1hb Ogos 2009 untuk membantah ISA. Mari kita jayakan. Jumpa di sanaaaa!!!!

0 comments: