Friday, June 26, 2009

CABAR AHMAD MASLAN BAWA KONSEP KERAJAAN PERPADUAN DALAM MESYUARAT BN

Ketua Penerangan UMNO Malaysia YB Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa idea Kerajaan Perpaduan belum berkubur sebab bukan semua pemimpin PAS menolakknya. Bagi pengetahun YB Ahmad Maslan, PAS bersama dengan Pakatan Rakyat telah memutuskan bahawa isu Kerajaan Pakatan ditutup. Semua pimpinan akan patuh kepada arahan ini. Jika ada pemimpin PAS yang engkar dengan penegasan ini maka tindakkan displin akan dikenakan kepada mereka.

Persoalannya pertama: Kenapa Ketua Penerangan UMNO ini tergila-gilakan sangat dengan Kerajaan Perpaduan? Apakah niat sebalik keinginannya ini?. Kalau UMNO ikhlas bukan sekarang mereka menawarkan diri. Sepatutnya semasa mereka kuat dizaman BN menang lebih 90% kerusi Parlimen dahulu mereka menawarkan diri dengan bersungguh-sungguh. Keduanya apakah YB. Amad Maslan faham konsep Kerajaan Perpaduan? Kerajaan Perpaduan itu adalah gabungan semua parti politik dalam negara termasuk UMNO, PAS, DAP, MCA, MIC, PKR,GERAKAN dan lain-lain lagi. Kerajaan Perpaduan bukannya UMNO dan PAS sahaja. Jika dua parti sahaja yang terlibat, itu bukan Kerajaan Perpaduan tetapi kerjasama UMNO-PAS. Mana boleh kerajaan Malaysia dibina atas dua parti ini sahaja. Dimana UMNO mahu meletakan parti-parti lain dalam kerajaan Malaysia.

Jika UMNO benar-benar ikhlas terhadap Kerajaan Perpaduan saya mencabar YB Ahmad Maslan, mengutarakan isu Kerajaan Perpaduan dalam mesyuarat UMNO Malaysia. Kemudian minta Dato’ Seri Najib bawa dalam mesyuarat Barisan Nasional seperti mana PAS membawa isu Kerajaan Perpaduan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. Minta persetujuan MCA, MIC, GERAKAN, PPP dan lain-lain terhadap konsep Kerajaan Perpaduan. Setelah parti-parti komponen BN bersetuju dengan konsep Kerajaan Perpaduan maka UMNO boleh berjumpa dengan Pakatan Rakyat untuk berbincang lanjut berhubung kerajaan Perpaduan. Setuju YB Ahmad Maslan ?

0 comments: