Friday, August 29, 2008

Jika Anwar Jadi PM Siapa Nak Buat Huru Hara ?

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Ali Rustam menbuat kenyataan yang disiarkan oleh beberapa akbar termasuk Utusan Malaysia hari ini bahawa negara kita yang tercinta ini akan menjadi huru hara jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato Seri. Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Antara hujahnya adalah Anwar sombong, berlagak dan suka menghina orang. Selain ini pengepungan bas-bas semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh menjadi bukti negara akan menjadi huru hara.

Sekali pandang dakwaan ini cukup dangkal. Apabila lebih-lebih lagi dikaji dakwaan ini menjadi terlalu cukup dangkal sekali. Kalau nak dikatakan sombong, berlagak dan suka menghina orang Ali Rustam lagi lebih dahsat. Pernah terjadi selepas pilihanraya 1999 apabila PAS memerintah Negeri Terengganu dimana Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besarnya. Beliau berceramah di Malaka. Ali Rustam yang sepatutnya menjadi rakan karib kepada Hj. Hadi mengajuk-gajuk semasa Tuan Guru berceramah. Adakah munasabah Ali Rustam meniru bunyi ayam berkokok tetakala Tuan Guru Berceramah yang tempatnya selang beberapa rumah sahaja. Adegan tu pulak dirakam oleh budak-budak kat Melaka masa tu. Cuba tuan-tuan semua gambarkan dalam minda tuan ayam berkokok kemudian tukar kepala ayam tu jadi muka Ali Rustam. Kemudian ayam berkepala Ali Rustam berkokok sebelah Hj. Hadi berceramah. Kan kelakar dibuatnya. Tapi itulah Ali Rustam pemimpin yang menjadi pujaan rakyat Melaka.

Kalau Melaka berketuakan Ali Rustam yang suka mengajuk orang tu pun tak huru hara . Tak kan Anwar yang suka perli-perli boleh membawa negara huru-hara. Begitu juga peritiwa mengepong bas di Permatang Pauh. Bukan baru sekarang berlaku. Masa zaman Pemuda Tahan Lasak UMNO dulu-dulu. Bukan sahaja mereka kepong bas, kereta, curi kad pengenalan malah pernah diceritakan oleh Abang Jak (Abdul Razak Abas – Kelantan), beliau sendiri yang bakar jambatan supaya orang tak boleh mengundi. Lepas 20, 30, 40 malah 50 tahun lepas tu tak de huru hara pun. Malah pemimpin UMNO berbangga negara ini aman, damai dan makmur. Walaupun aman, damai dan makmur itu berpijak di atas jenayah membakar jambatan menghalang orang pergi mengundi. Pendek katanya kejadian di Permatang Pauh bukan boleh menjadi indikator negara ini akan menjadi huru hara.

Orang melayu ni buka suka bergaduh sangat. Mereka sukakan perdamaian. Dalam mengejar impian yang besar untuk merampas negara daripada penjajah, Orang Melayu hanya guna pena aja untuk lawan penjajah.Orang Indonesia berperang dengan Belanda, Orang Melayu pergi London berbincang dengan penjajah. Mungkin sebab itulah datuk kepada Hishamuddin Hussin, Dato’ Onn Jaffar kata KEMERDEKAAN SEPARA MATANG. Betul juga kata Dato’ Onn. Bila dah 51 tahun mendeka. Negara jadi tak tentu hala. Ada nak Negara Sekular, Ada Nak Negara Malaysian Malaysia, Ada Nak Negara Islam, ada nak negara apa-apa sahaja asalkan perut aku kenyang sudah. Ada pejuang bahasa tapi Bahasa Inggeris disanjung. Konon pejuang bangsa tapi Bahasa Inggeris dijadikan bahasa untuk sain dan matematik disekolah-sekolah.

Walaubagaimana pun negara memang akan jadi huru hara jika UMNO yang telah menukar rentaknya diera penjajahan. Daripada hanya menggunakan pena untuk kemerdekaan. Kini UMNO telah menukar rentak bergaduh diperingkat akar umbi (cawangan) kononnya untuk berebut kuasa. Baling-baling kerusi, cabar mencabar, bunuh membunuh sudah menjadi budaya dalam UMNO. Malah sudah turun ke cawangan-cawangan. Mungkin inilah maksud yang nak disampaikan oleh Ali Rustam. Tapi menggunakan isu Anwar untuk melindungi maksudnya yang sebenar. Negara diambang huru hara jika UMNO terus berkuasa. Apa tidaknya jika cawangan telah sengit berggaduh. Maka lepas ini gaduh itu turun kepada rakyat. Maka rakyat akan bergaduh. Negara akan jadi huru hara.

Sebelum negara manjadi huru hara elok kita letakkan UMNO ini dalam sebiji cawan kopi aja. Maknanya kalahkan mereka dan simpan dalam tempat yang kecil supaya mereka terus bergaduh. Setelah puas bergaduh. Kita ambil alih tempat yang kecil itu. Daripada mereka bergaduh diseluruh negara, kalahkan mereka diseluruh negara. Tinggalkan Melaka negeri Ali Rustam sahaja yang tinggal. Setelah Ali Rustam puas bergaduh maka PR akan mengambil alih pemerintahan di Melaka. Barulah negara akan selamat. Salamatkan Malaysia.

Wednesday, August 27, 2008

Pak Lah, Najib Berhentilah jadi PM dan TPM !!!

Seperti yang telah dijangka Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menang di Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil 26hb Ogos 2008. Cuma yang sukar dijangka sebelum ini adalah menang besar (lebih baik daripada pilihanraya umum 2008) atau atau sekadar menang biasa seperti menangnya Pakatan Rakyat(PR) di Negeri Johor atau Negeri Sembilan. Keputusan semalam telah menunjukkan Anwar menang besar dengan majoriti 15,671 undi mengatasi kemenangan isterinya dalam pilihanraya 2008 sebanyak 13,388 undi. Kemenangan besar ini adalah indikator yang sangat besar terhadap perubahan politik dalam negara.

Pertamanya, Rakyat Menolak Kerajaan Barisan Nasional. BN telah membuat serangan yang bertubi-tubi melalui media. Serangan ini antara serangan yang paling ganas dalam sejarah Melayu moden. Bermula dengan upacara sumpah Saiful dan sumpah Najib, kemudian propaganda PAS tak bersetuju dengan Anwar jadi PM, pembongkaran Dato’ Nalakaruppan yang Anwar juga menerima rasuah daripada syarikat judi, pendedahan Ezam terhadap kemungkaran Anwar, penahanan 2 orang exco PKR atas tuduhan rasuah dan diakhiri dengan insiden-insiden keganasan kononnya penyokong PKR dalam musim berkempen dan pengundian.

BN pula telah menunjukkan rasa simpatinya kepada rakyat yang melebih-lebih. Antaranya Pak Lah turun mengejut di stesen Komuter dan LRT dan telah meninjau kesesakkan disana. Pak Lah baru perasaan yang kemudahan pengangkutan itu penuh sesak. Pada hal rakyat dah lama sedar. Itu belum lagi Pak Lah terpaksa berdepan dengan serangan ulat-ulat tiket kat Pudu Raya. JB ! JB! JB! JB ! Alor Star ! Alor Star ! Nak tanya aja bang nak kemana bang !! Lepas beli tiket, ulat dan bas terus hilang. Yang disalahkan pengguna sebab tak beli dikaunter. Yang ulat tu tak salah sebab orang atas telah banyak dirasuah.Minyak pula tiba-tiba turun. Petrol 15 sen, diesel 8 sen. Kalau 10 ahli parlimen atau ADUN meninggal mungkin boleh jadi 10 x 15 sen turun menjadikannya turun sebanyak RM1.50 sen seliter. Najib pulak umumkan akan beri RM24,000 hingga RM100,000 ribu untuk setinggan di Pulau Pinang.

Malangnya semua umpan-umpan BN tidak langsung ditelan oleh pengundi Permatang Pauh. Ini menunujukkan bahawa rakyat betul-betul menolak BN. Ini bukan main-main punya tolak. Ini gila-gila punya tolak.

Kedua, Rakyat Menolak Najib dan Pak Lah. Bagi memulihkan imej Najib yang tercalar beliau telah bersumpah dengan nama Allah tidak kenal Altantuya dan tidak terlibat dalam pembunuhannya. Najib berharap sumpahnya akan diterima oleh rakyat. Rupanya bila Saiful sumpah, Najib sumpah tiba-tiba Tajol pulak sumpah. Maka rakyat dah anggap macam upacara angkat sumpah main-main macam kanak-kanak main sumpah sumpah. Aku sumpah tak curi. Wallahhi. Wallahi. Peristiwa ini macam anak muda pasang bendera kat kereta. Jika satu bendera dipasang maka itu lambangnya sayangkan negara. Tapi kalau dah 10 bendera dipasang kat kereta dia. Orang kata anak muda ni macam tak siuman sikit. Kalau Saiful seorang yang sumpah rakyat macam nak terima juga. Tapi kalau dah Saiful, Bapak Saiful, Najib, Tajol sumpah. Rakyat kata macam tak siuman semua orang-orang ini. Itulah agaknya orang tua-tua kata dah dimakan sumpah. Pak Lah pulak bukan sekali datang Permatang Pauh malah lebih daripada sekali berkempen disana. Maknanya Najib dan Pak Lah all out berkempen di Pematang Pauh. Tapi rakyat tetap bagi undi kat Anwar. Apakah maknanya ini??? ...... Maknanya Rakyat Tolak Najib dan Pak Lah.

Ketiga, Calon Perdana Menteri Dah Masuk Parlimen.Sebelum ini mungkin rakyat tak nampak siapa nak jadi PM. Bila Anwar dah masuk parlimen. Rakyat dah mula berharap Anwar jadi PM untuk buat pelbagai perubahan dalam negara yang dah nak punah ni. Rakyat tengah tunggu janji Anwar nak tukar kerajaan menjelang 16 september 2008. Kalau 3 muka dipacak didepan kita untuk pilih jadi PM iaitu Pak Lah, Najib dan Anwar. Tentu rakyat tiada pilihan, sepakat akan pilih Anwar. Tapi kalau pacak muka Anwar, Tn Guru Hj. Hadi, Tn Guru Nik Abdul Aziz dan Lim Kit Siang. Mungkin rakyat ada pilihan sikit. Rakyat terbanyak mahukan perubahan kepada kerusi PM itu. Rakyat dah tak mahu Pak Lah lagi. Kalau tak percaya cuba kita buat satu referendum. Calon Perdana Menteri Pak Lah dan Anwar Ibrahim. Saya yakin lebih 50% akan sokong Anwar Ibrahim.

Kesimpulannya. Kalau kita di kerusi Pak Lah dan Najib tentu kita akan letak jawatan. Apa tunggu lagi. Tak malukah kita, berada dipuncak kuasa tapi tak de sokongan. Tapi amalan biasa pemimpin-pemimpin kita dah tak malu lagi. Sebab malunya telah dimakan SUMPAH.

Sunday, August 10, 2008

Tiba-tiba UMNO jadi pejuang agama

Ketua Pemuda UMNO berkata pemberhentian forum Bar Council bertajuk “Peluk Islam” adalah langkah yang bertangjawab. Zaid Hamidi Tim Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata dengan penuh sinis “Kalau nak anjur program, buatlah”. Sebelum ini Syed Hamid Albar berkata penganjuran forum ini tidak wajar. Yang paling brutal sekali Naib Presiden UMNO Dato’ Seri Ali Rustam terus mengancam akan mengenakan tindakan ISA kepada penganjur.

Wah!! UMNO betul-betul pejuang agama ini. UMNO membantah Bar Council menganjurkan forum yang mempertikaikan perkara 121(1A) perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan lebih kepada Mahkamah Syariah dibandingkan dengan Mahkamah Sivil. Mana-mana kes yang dibicarakan dalam mahkamah Syariah tidak boleh dicabar di mahkamah sivil. UMNO betul-betul dah insaf atau buat-buat insaf ?

Pada beberapa tahun lalu apabila kumpulan serupa Bar Council menganjurkan forum yang lebih kurang sama dengan forum “Peluk Islam” telah dianjurkan di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Johor. NGO di Pulau Pinang dan Johor telah membantah. Nazri Aziz sebagai menteri pada masa itu berkata tindakan NGOs sebagai tindakan BODOH. Ramai menteri-menteri pada masa itu senada dengan Nazri Aziz. Beberapa pemimpin NGOs di Pulau Pinang telah ditangkap. Tapi sekarang tiba-tiba UMNO berubah sekelip mata. UMNO menentang pulak Bar Council. Dah nak kiamat ke ni?

Sepuluh tahun lalu UMNO melalui Perhimpunan Agongnya telah mendesak mengugurkan nama Islam daripada sebarang pertubuhan termasuk parti politik. Allahyarham Ust Fadhil Nor telah mengancam akan berlaku seperti peristiwa Memali. Alhamdulillah Majlis Raja-raja yang dipengerusikan oleh Tuanku Mirzan Zainal Abidin telah membuat keputusan menyangah idea UMNO. Malah Majlis Raja-raja memutuskan untuk menggalakkan pengunaan nama Islam disemua tempat. Akhirnya UMNO malu, PAS berjaya dalam game ini. Sekarang tiba-tiba aja UMNO jadi pejuang agama. Ikhlaskah UMNO atau UMNO sememangnya bergitu sikapnya. Bila orang nak sekular, UMNO pun nak sekular. Bila orang nak Islam, UMNO pun nak Islam. Bila orang nak komunis, UMNO pun nak komunis. Bila orang nak tukar kerajaan, UMNO dah nak lingkuplah tu.

Saturday, August 9, 2008

Dalam Pemilihan UMNO Pak Lah Menang, Dalam Pilihanraya Pak Lah Kalah

Ungkapan Tun Dr. Mahathir sangat tajam sekali apabila beliau berkata ” Dalam pemilihan agong UMNO Pak Lah boleh menang tetapi dalam pilihanraya Pak Lah akan kalah” Tun Dr. Mahathir bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan pada forum bertajuk "Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu" anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu, pada 09-08-08. Apakah makna disebalik ungkapan ini ? Bagaimanakah masa depan UMNO ?

Dalam pemilihan agong UMNO, kebanyakkan ketua-ketua bahagian UMNO telah dikunci mulut mereka dengan jawatan, kuasa, duit dan pengaruh. Mereka tidak berani berkata bagi membelakangkan Pak Lah. Walaupun hodoh dan bodoh Pak Lah, Ketua-ketua Bahagian tetap kata Pak Lah cantik dan pandai. Walaupun susah dan marah rakyat, Ketua Bahagian tetap kata rakyat senang dan gembira. Rakyat Malaysia jauh lebih baik daripada negara luar. Susah-susah rakyat Malaysia mereka tetap makan juga. Inilah amalan bodek yang menjadi keagongan UMNO. Inilah amalan yang boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan. Teruskan UMNO. Teruskan! Teruskan ! Teruskan! Biar terus engkau lingkup !

Walaupun Pak Lah dianggap lembik dan bodoh tetapi dalam bodoh ada juga cerdiknya. Dalam sibuk-sibuk orang berkata tentang peralihan kuasa. Pak Lah mengumumkan akan menyerahkan kuasa PM kepada Najib pada tahun 2010. Maknanya 2 tahun lagi. Najib yang berangan-angan dan perangainya ‘play save’ terperangkap dalam kecerdikkan Pak Lah. Pemimpin UMNO diperingkat bahagian jadi serba salah. Nak di tolak Pak Lah tinggal 2 tahun lagi. Nak diterima Pak Lah, rakyat dibawah dah tak tahan lagi. Sebagai jalan tengah terima ajalah cadangan Pak Lah untuk menyerahkan kuasa kepada Najib pada 2010. Ini bermakna cita-cita Ku Li akan musnah. Lagi pun Pak Lah ada cukup bukti yang Ku Li pernah menghianati UMNO. Pak Lah pun khianat juga pada tahun 1987 tapi khianat-khianat Pak Lah. Khianat lagi Ku Li.

Sebenarnya pengumuman Pak Lah untuk menyerah kuasa kepada Najib hanyalah helah sahaja. Pak Lah tahu umur politik Najib sudah berada dihujung usia. Pak Lah akan godak isu Altantuya, Najib akan jadi rimas. Pendedahkan Raja Petra yang melibatkan Rosmah Mansur dalam pembunuhan Altantuya adalah pukulan maut kepada Najib. Silap-silap belum sampai 2010, Najib sudah berada di penjara. Masa tu Pak Lah dengan perasaan sebak menemui wartawan. ” Saya sangat sedih denga peristiwa yang berlaku, saya ingatkan Najib boleh menjadi penganti saya tetapi malagnya beliau telah terpenjara. Oleh itu saya mengumumkan peralihan kuasa kepada diri saya sendiri Pak Lah Badawi. Kah! Kah! Kah! Kah! ”

Hakikatnya Pak Lah cukup berkuasa dalam UMNO sebab disokong oleh pembodek-pembodek tetapi rakyat benci dengan UMNO. Pak Lah berkuasa dalam UMNO sebab pemimpin bahagian menjadi bacol. Pak Lah berkuasa dalam UMNO sebab pemimpin bahagian mementingkan kuasa, pangkat, pengaruh dan jawatan. Inilah hakikat hodohnya UMNO. Rakyat terbanyak tidak terikat dengan UMNO. Malah sebahagian rakyat yang pernah ditekan, dinafikan hak, dihina, di pindah kerja, di pecat dan dibunuh semasa UMNO kuat dulu menanti masa untuk memijak UMNO. Cuba kita bayangkan anak tahanan ISA yang dipisahkan oleh Pak Lah dan UMNO daripada ayah-ayah mereka. Cuba kita beri gambar Pak Lah kepada mereka. Apa agaknya mereka buat dengan gambar Pak Lah. Cuba kita bayangkan apa agaknya yang anak-anak mangsa kekejaman di Memali buat apabila gambar Pak Lah dan Tun Dr Mahathir diberi kepada mereka. Kalau tak pijak tentu mereka bakar.

Rakyat sudah tak tahan dengan kerajaan yang memerintah. Mereka akan buktikan di Permatang Pauh. Anwar akan menang mudah di Permatang Pauh. Kalau ada seorang ADUN UMNO di Johor meninggal dunia, belum tentu UMNO akan menang di Johor. Apatah lagi di Permatang Pauh yang terletak dalam wilayah negeri Pakatan Rakyat. UMNO sebagai pembangkang di Pulau Pinang akan tersungkur di sana. Insya-Allah.

Friday, August 8, 2008

Kejam Mata Pun Anwar Boleh Menang Di Permatang Pauh

Teka teki Anwar akan di reman akibat tuduhan liwat oleh pembantu peribadinya Saiful terjawab hari semalam apabila mahkamah melepaskan dengan jaminan RM20,000. Perbicaraan pun akan berlangsung pada 10- September-2008 sedang keputusan pilihanraya akan diketahui pada 26-Ogos- 2008. Ini bererti Anwar akan bertanding dengan selesa di Permatang Pauh. Anwar boleh menang mudah di Permatang Pauh. Anwar juga boleh membersihkan namanya diluar mahkamah. Antara faktor-faktor yang berpihak kepada Anwar :

Satu : Minggu kempen mulai 16 Ogos 2008 akan menjadikan Anwar Hero. Media dan rakyat akan tertumpu kepada isu-isu beliau khususnya liwat. Laporan doktor perubatan di Pustrawi, siapakah Saiful ?, Dimana Anwar berada pada 26 Jun 2008 ?, Siapa bersama beliau pada jam 3-4.30 petang 26 Jun 2008 ?, Apa aktiviti beliau pada masa itu ?. Semua ini rakyat akan tertunggu-tunggu diseluruh negara. Persoalan-persoalan ini semua menjadikan Anwar meninggalkan populariti calon BN. Siapakah calon UMNO yang sehebat Anwar? Akhirnya rakyat akan sokong beliau. Satu sahaja pantang Anwar iaitu jangan buat silap di Permatang Pauh.

Kedua : Tuduhan liwat ini seolah-olahnya lemah. Rakyat akan terfikir tak kanlah Anwar yang terlalu sibuk dengan tugasnya untuk mengambil alih pemerintahan negera, ada masa nak buat kerja terkutuk tu. Kita diperingkat bawah ni pun sibuk melayan anak buah di kawasan walaupun kalah tapi jarang-jarang jumpa bini. Inikan pula bakal Perdana Menteri. Kalau bini pun payah nak jumpa. Takkan lah nak menerjah orang lain. Yang risikonya amat diketahui. Tak kan lah Anwar tak terfikir ke kes Chua Soi Lek yang gambarnya dirakam ketika buat kerja tot, tot, tot, tu. Pendek katanya risikonya terlalu tinggi tak kan lah Anwar buat kerja tu. Tak logik Anwar buat kerja tu pada 26 Jun 2008.

Ketiga : UMNO tengah berkecamuk di peringkat Cawangan. Syed Hamid Albar kata cawangan UMNO macam nak perang. Mustafa Mohammad kata tidak pernah berlaku pemilihan peringkat cawangan seteruk tahun ini. Akhirnya UMNO datang ke Permatang Pauh dengan penuh keletihan, keliru, ketakutan dan kehampaan. Tapi PR datang dengan penuh semangat. Lebih bersemangat daripada pilihanraya 2008. Kawan-kawan saya dah bertanya bila, bila, bila nak turun Permatang Pauh. Semua ini memberi kelebihan kepada Anwar.

Keempat : Anwar sejak tahun 1982 dah berada di Permatang Pauh. Pengaruh beliau macam akar tongkat ali mencengkam bumi Permatang Pauh. UMNO pulak keliru nak dapatkan calon. Calon yang setaraf dengan beliau hanyalah Tun Dr. Mahathir, Pak Lah, Najib dan Musa Hitam. Tapi mustahil mereka mahu bertanding dengan Anwar. Lagipun Wan Azizah dapat mejoriti lebih daripada 13,000. Macamana BN nak menang

Kelima : Negara sedang berceramuk, rakyat tengah marah, rakyat tengah susah dan politik tengah tenat. Populariti Pak Lah seperti yang disebut oleh Mardeka Centre menjunam macam pasaran saham BSKL. Apa lagi yang diharap oleh pengundi Permatang Pauh kepada Pak Lah. Akhirnya pilihannya adalah Anwar.

Walaubagaimana pun terlalu yakin boleh memusnahkah PR. Oleh itu jangan terlalu yakin, teruskan perjuangan dengan bersungguh-sungguh. Insya Allah akan diberi kemenangan di Permatang Pauh.

Thursday, August 7, 2008

Lawatan Muhibah Bersama Raja Nazrin



Dewan Pemuda PAS Pusat telah membuat kunjuang hormat terhadap Raja Nazrin di Kuala Lumpur. Perbincangan bersama Tuanku meliputi hal ehwal agama, bangsa dan isu-isu semasa negara.

Wednesday, August 6, 2008

Penduduk Kg Baru Plentong Tengah Bantah


Penduduk Kampung Baru Plentong Tengah telah membantah perobohan rumah mereka yang dijangka akan diadakan pada 14hb Ogos 2008 ini. Pihak pemilik tanah telah mendapat perintah mahkamah untuk mengusir penduduk yang menjoritinya orang-orang melayu. Penduduk telah mengeluarkan duit yang banyak untuk mendapatkan tanah tersebut. Malangnya tanah tersebut telah menjadi milik orang. Wakil penduduk menyerahkan dokumen berkaitan tanah mereka kepada Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas Sdr. Syed Othman dan Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas Sdr. Suhaizan

S/U UMNO Pulai Meninggal






Setiausaha UMNO Bahagian Pulai Allahyarham Cikgu Ali Bin Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada isnin 4hb Ogos 2008 di Denai Selatan, Kempas kerana sakit jantung. Beliau juga merupakan Ketua Kampung Denai Selatan. Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas Sdr. Suhaizan Kaiat dan Pengerusi J/K Setinggan Kempas Sdr. Ramli Ibrahim melawat jenazah dirumahnya sebelum dikebumikan di Perkuburan Bukit Alif, JB.

Awas !!! Daging Kambing Curi Di Johor Baharu

77 kambing Boer telah dicuri di Johor Baharu. Pencuri telah mengikat pekerja ladang dan menggunakan lori untuk mengangkut kambing curi tersebut. Begitulah terdesaknya manusia untuk terus hidup di Johor Baharu. Bukan mencuri barang kecil seperti duit dan barang kemas tetapi telah melebarkan skop curiannya kepada barang-barang yang lebih mencabar. Mungkin lepas ini mereka akan mencuri lembu, kontena kereta, balak dan lain-lain lagi. Kalau syabu hasil tangkapan polis di IPK pun boleh hilang. Apatah lagi kambing diladang. Lagilah mudah untuk hilang. Apa perasaan anda untuk tinggal di Johor Baharu ? Adakah tuan merasa selamat ? Apakah barang tuan yang tidak boleh dicuri ? Pernahkah tuan terfikir yang Allah menurunkan Al-Quran mencatatkan hukum-hukum berkaiatan hukuman pencuri kemudian pemimpin-pemimpin berkata hukum kolot ketinggalan zaman ? Bila pemimpin bersikap besar kepada Allah. Itulah jadinya. Kita semua menerima balanya.

Apa tujuan kambing di atas dicuri, kalau bukan untuk tujuan jualan. Jadi awas jangan beli daging atau kambing murah di Johor Baharu. Mungkin ia kambing curi. Jangan pulak digunakan untuk aqiqah anak-anak.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20080805235112/Article/index_html

Tuesday, August 5, 2008

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh : UMNO tak perlu letak calon.

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh akan diputuskan tarikhnya oleh SPR pada 6hb Ogos 2008. Calon Pakatan Rakyat telah diketahui umum iaitu Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, sementara UMNO masih tercari-cari calon yang sesuai. Ramai pemimpin UMNO tak yakin boleh menang di sana kerana pengaruh Anwar telah bertapak disana sejak mula beliau memasuki UMNO. Pada pandangan saya UMNO sepatutnya tidak meletakkan calon di Permatang Pauh seterusnya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil ini. Alasannya adalah :

Pertamanya : UMNO sedang dalam proses pemilihan diperingkat cawangan bermula 17 Julai hingga 24 Ogos 2008. Kemudian pemilihan diperingkat bahagian pada 9 Oktober – 9 November, di peringkat nasional 16 – 20 Disember 2008. Semua ahli UMNO sudah tentu sibuk berkempen, siang dan malam untuk mempastikan kroni masing-masing menang. Bagi merebut ketua cawangan UMNO mungkin memerlukan perbelanjaan RM20 – RM50K. Bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian memerlukan RM 150K – RM200K. Ahli UMNO sudah tentu tidak cukup masa nak agaih-agihkan duit yang banyak itu. Lagi pun jika ahli UMNO diperingkat cawangan di gerakkan ke Permatang Pauh sudah tentulah mereka akan terlepas untuk mengutip duit-duit rasuah politik daripada pemimpin-pemimpin mereka. Duit rasuah politik ni penting untuk mempastikan servival melayu. Duit inilah yang akan digunakan untuk mempertahankan tanah-tanah orang Melayu yang telah tergadai dan juga untuk mempertahankan hak-hak orang melayu. Jika mereka pergi ke Permatang Pauh untuk berkempen maka terlepaslah peluang mereka untuk membaham duit-duit rasuah yang bertaburan di cawangan-cawangan

Keduanya : Selepas pilihanraya ke 12 yang lepas, UMNO belum pulih ataupun tak de daya nak memulihkan UMNO. Nak mengharap dahan PAS, seluruh akar umbi PAS menentangnya. Nak harapkan MCA, MCA pun berkecamuk. Nak harapkan MIC, orang India marahkan Sammy. Nak harapkan Gerakkan, Gerakkan terlingkup di Pulau Pinang. Tinggalah UMNO berkelana bersama bahtera yang nak karam itu. Peluang UMNO kalah di Permatang Pauh sangat cerah, secerah matahari disiang hari. Jika UMNO masuk bertanding kemudian kalah, sudah tentu imej UMNO jatuh menjunam seperti nangka busuk. Bagi mengelakkan UMNO dimalukan Pakatan Rakyat eloklah UMNO tidak bertanding di Permatang Pauh

Ketiganya : Orang Permatang Pauh selama ini pun bukannya mereka pilih Wan Azizah tapi sebenarnya mereka pilih Anwar Ibrahim. Logiknya jika Wan Azizah tu bukan isteri Anwar kemudian beliau bertanding di Permatang Pauh tahun 1999, adakah Wan Azizah boleh menang? Jawapannya mudah Wan Azizah bukan isteri Anwar akan kalah. Oleh itu apa pentingnya UMNO bertanding kalau pengundi Permatang Pauh mati hidup balik pun akan sokong Anwar. Orang Negeri Sembilan kata ”Ngabih Boreh jo”. Perletakkan jawatan Wan Azizah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh itu hanyalah proses menukar penama ahli parlimen aja. Kalaulah proses ini boleh dibuat tampa pilihanraya tentulah SPR akan menukar penama ahli Parlimen Permatang Pauh daripada Wan Azizah Wan Ismail kepada Anwar Ibrahim. Tak perlulah susah-susah pilihanraya kecil pulak.

Keempatnya : Pemimpin UMNO kata pilihanraya kecil Permatang Pauh membazir dan mempersia-siakan mandat rakyat. Jika UMNO tak masuk bertanding maka jimatlah sikit duit rakyat. Lagipun UMNO tengah sesak duit untuk merasuah ahli cawangan-cawangan sekarang ini. Keputusan pilihanraya 2008 telah memberi mandat kepada PKR di Permatang Pauh. Pada pilihanraya 2008 Wan Azizah pun dah berjanji, jika menang di Permatang Pauh beliau akan letak jawatan untuk memberi laluan kepada suaminya yang disekat bertanding pada masa ini. Kesimpulannya rakyat Permatang Pauh telah beri mandat kepada PKR, bukanya UMNO dalam pilihanraya 2008. Apa pulak UMNO nak sibuk-sibuk kacau mandat rakyat di Permatang Pauh

Sunday, August 3, 2008

Khair Toyo, Tajul Rosli, Adnan Yakob dah tawaran jawatan Menteri Besar, Abdul Ghani bila lagi?

Bekas Menteri Besar Negeri Selangor, Perak dan Menteri Besar Pahang telah mengemukakan tawaran kepada PAS untuk jawatan menteri besar di negeri masing-masing. Mungkin kedudukan kerusi di Perak dan Selangor tidak sama dengan negeri Johor. Walaubagaimanapun kedudukan kerusi PAS di negeri Pahang dan Johor adalah sama iaitu 2 kerusi sahaja. Maksudnya Pahang dan Johor mempunyai kapasiti yang sama dari segi kekuatan PAS di Dewan Undangan Negeri. Kalau Adnan Yakob telah menawarkan jawatan Menteri Besar Pahang kepada PAS, mengapa Dato’ Abdul Ghani Othman tidak boleh bertindak sedemikian. Bilakah lagi MB Johor mahu menawarkan Jawatan MB kepada PAS Johor ?

Kenyataan Mukhriz Mahathir : BPR dan Polis perlu bertindak

Kenyataan yang telah dikeluarkan pada 2hb Ogos 2008 di Jitra seperti dilaporkan oleh akhbar-akhbar utama negara perlu diambil perhatian oleh pihak-pihak berkuasa. Mukriz telah menyatakan kebimbangan peluangnya untuk bertanding dalam merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada bulan disember ini. Beliau menyatakan bahawa gejala politik wang dan peyelewangan yang berlaku di peringkat cawangan-cawangan telah sedikit sebanyak mengakis peluangnya untuk mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi bertanding. Hanya keajipan sahaja yang boleh melayakkan beliau bertanding di bulan disember ini.

Kenyataan ini cukup jelas bahawa gejala politik wang ataupun rasuah politik sedang berjalan dalam pemilihan cawangan-cawangan UMNO. Apa yang dibuat oleh BPR ? Apa yang dibuat oleh pihak polis? Apabila Tuang Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat buka mulut ada pihak menyogok untuk memastikan pimpinan PAS Kelantan lompat parti. Secepat lipas kudung BPR membuat siasatan terhadap Tuan Guru. Berdasarkan kenyataan Mukhriz di akhbar, pihak BPR dan Polis sila buat siasatan terhadap Mukhriz. Sudah tentu Mukriz ada bukti-bukti yang kukuh sebelum beliau membuat kenyataan ini. Beliau calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, bukan calon Ketua Pemuda UMNO Cawangan, sudah tentu itu kenyataan yang sangat bertanggungjawab daripada seorang pemimpin. Ayuh BPR dan Polis, BERTINDAKLAH!!!!!

Saturday, August 2, 2008

Penstrukturan Semula Harga Minyak. Mengapa tidak 1 Ogos ?



Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pada 1 hb Ogos 2008, bahawa harga minyak akan distrukturkan semula pada 1hb September 2008. Persoalannya mengapa terpaksa menunggu satu bulan lagi sedangkan kenaikkan terburuk harga minyak dalam negara berlaku pada 5 Jun 2008. Langkah menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter merupakan peningkatan sebanyak 40 peratus dan 63 peratus berbanding harga sebelumnya. Pada waktu itu harga minyak dunia sekitar AS$125 setong. Ini bermakna 5hb Julai genap satu bulan kenaikkan harga minyak dalam negara.

Harga minyak dunia menurun pada 29hb Julai dibawah AS$122 setong. Sepertimana yang telah disebut oleh Menteri Perdagangan dan Hal-Ehwal Pengguna Dato’ Shahril Abdul Samat semasa diwawancara oleh TV3 bahawa harga minyak akan distrukturkan semula pada setiap awal bulan. Kenyataannya dibuat pada awal Julai 2008. Maka sepatutnya penstrukturan semula berlaku pada 1hb Ogos 2008 bukannya 1hb September 2008. Jika penstrukturan pada 1hb September 2008 maka kesan penurunannya jika adapun pada awal oktober 2008 iaitu 2 bulan daripada sekarang. Perbezaan dua bulan ini kepada pak menteri terlalu kecil tetapi bagi peniaga-peniaga dan golongan berpendapatan kecil tempoh ini amat memeritkan sekali.

Bayangkan bagaimana lamanya tempoh 2 bulan ini dirasai oleh keluarga yang nak bayar bil elektrik pun tak mampu sehingga rumahnya terbakar sepertimana yang berlaku di Kluang pada Ogos 2007 yang lalu. Apakah pula akan terjadi jika pada 29hb Ogos 2008 minyak naik melebihi AS$130 setong ? Sudah tentulah tiada penstrukturan semula pada 1hb september sepertimana yang telah disebut oleh Pak Lah. Maka melepaslah lagi rakyat Malaysia.

Friday, August 1, 2008

Kau Demam Ke Pak Lah ?

Dalam buletin TV3 jam 8 malam tadi Pak Lah mempertikaikan bagaimana Datin Seri Wan Azizah bekas ahli Parlimen Permatang Pauh meletakkan Jawatan. Beliau berkata tindakan itu salah kerana pengundi di sana mengundi Wan Azizah dalam pilihanraya bukan mengundi Anwar. Seolah-olah Wan Azizah menghianati mandat pengundi Permatang Pauh. Pak Lah ni mungkin demam hari ini sebab masa Wan Azizah bertanding dulu pun dia dah kata bahawa beliau bersedia melepaskan jawatan sebagai ahli parlimen jika Anwar mahu bertanding selepas tempoh sekatan tamat. Wan Azizah dah kata macam tu pun pengundi masih sokong beliau. Maknanya Pak Lah ....... pengundi Permatang Pauh bukan mengundi Wan Azizah tetapi mengundi Anwar Ibrahim masa pilihanraya 2004 dan 2008. Faham Pak Lah?????

Warga Setinggan Kempas Ditimpa Kemalangan



Sdr. Alias Abdullah (terbaring) telah ditimpa kemalangan semasa memanjat pokok rambutan dihadapan rumahnya di Kg Denai Pinggiran, Kempas. Beliau mengalami kecederaan dibahagian paru-paru apabila dua batang tulang rusuknya patah dan mengenai paru-parunya. Beliau telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah JB dan mendapat rawatan selama 3 hari. Semasa laporan ini ditulis beliau sedang dalam perjalanan pulang ke Kelantan untuk mendapatkan rawatan secara tradisional di sana. Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas Sdr. Suhaizan Kaiat bersama Pengerusi J/K Bertindak Setinggan Kempas Sdr. Ramli Ibrahim (duduk sebelah kiri) dan S/U J/K Bertindak Sdr. Abd Rahman Daud (duduk tengah) telah meluangkan masa 30 minit menziarahi beliau. Semoga beliau dan keluarga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T mengadapi musibah ini dan semoga beliau cepat sembuh. Amin

RM 1.3 Juta Peruntukkan Untuk Taman Cempaka, Tampoi





Jawatankuasa Bertindak Rumah Pangsa Taman Cempaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Johor Baharu yang telah memperuntukkan RM1.3 Juta untuk mengecat bangunan 27 blok rumah pangsa Taman Cempaka. Awal bulan Julai lepas Jawatankuasa Bertindak Rumah Pangsa Taman Cempaka yang ditubuhkan di bawah Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas telah mendesak kepada pihak kerajaan memperuntukkan kewangan bagi mengecat semua blok Taman Cempaka yang dianggarkan kosnya bernilai RM0.9 Juta. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak En.Misbari Bin Simun dan Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas En. Suhaizan Kaiat akan membuat kenyataan akhbar esok sabtu 2hb Ogos 2008 di Tampoi, Johor.