Friday, August 8, 2008

Kejam Mata Pun Anwar Boleh Menang Di Permatang Pauh

Teka teki Anwar akan di reman akibat tuduhan liwat oleh pembantu peribadinya Saiful terjawab hari semalam apabila mahkamah melepaskan dengan jaminan RM20,000. Perbicaraan pun akan berlangsung pada 10- September-2008 sedang keputusan pilihanraya akan diketahui pada 26-Ogos- 2008. Ini bererti Anwar akan bertanding dengan selesa di Permatang Pauh. Anwar boleh menang mudah di Permatang Pauh. Anwar juga boleh membersihkan namanya diluar mahkamah. Antara faktor-faktor yang berpihak kepada Anwar :

Satu : Minggu kempen mulai 16 Ogos 2008 akan menjadikan Anwar Hero. Media dan rakyat akan tertumpu kepada isu-isu beliau khususnya liwat. Laporan doktor perubatan di Pustrawi, siapakah Saiful ?, Dimana Anwar berada pada 26 Jun 2008 ?, Siapa bersama beliau pada jam 3-4.30 petang 26 Jun 2008 ?, Apa aktiviti beliau pada masa itu ?. Semua ini rakyat akan tertunggu-tunggu diseluruh negara. Persoalan-persoalan ini semua menjadikan Anwar meninggalkan populariti calon BN. Siapakah calon UMNO yang sehebat Anwar? Akhirnya rakyat akan sokong beliau. Satu sahaja pantang Anwar iaitu jangan buat silap di Permatang Pauh.

Kedua : Tuduhan liwat ini seolah-olahnya lemah. Rakyat akan terfikir tak kanlah Anwar yang terlalu sibuk dengan tugasnya untuk mengambil alih pemerintahan negera, ada masa nak buat kerja terkutuk tu. Kita diperingkat bawah ni pun sibuk melayan anak buah di kawasan walaupun kalah tapi jarang-jarang jumpa bini. Inikan pula bakal Perdana Menteri. Kalau bini pun payah nak jumpa. Takkan lah nak menerjah orang lain. Yang risikonya amat diketahui. Tak kan lah Anwar tak terfikir ke kes Chua Soi Lek yang gambarnya dirakam ketika buat kerja tot, tot, tot, tu. Pendek katanya risikonya terlalu tinggi tak kan lah Anwar buat kerja tu. Tak logik Anwar buat kerja tu pada 26 Jun 2008.

Ketiga : UMNO tengah berkecamuk di peringkat Cawangan. Syed Hamid Albar kata cawangan UMNO macam nak perang. Mustafa Mohammad kata tidak pernah berlaku pemilihan peringkat cawangan seteruk tahun ini. Akhirnya UMNO datang ke Permatang Pauh dengan penuh keletihan, keliru, ketakutan dan kehampaan. Tapi PR datang dengan penuh semangat. Lebih bersemangat daripada pilihanraya 2008. Kawan-kawan saya dah bertanya bila, bila, bila nak turun Permatang Pauh. Semua ini memberi kelebihan kepada Anwar.

Keempat : Anwar sejak tahun 1982 dah berada di Permatang Pauh. Pengaruh beliau macam akar tongkat ali mencengkam bumi Permatang Pauh. UMNO pulak keliru nak dapatkan calon. Calon yang setaraf dengan beliau hanyalah Tun Dr. Mahathir, Pak Lah, Najib dan Musa Hitam. Tapi mustahil mereka mahu bertanding dengan Anwar. Lagipun Wan Azizah dapat mejoriti lebih daripada 13,000. Macamana BN nak menang

Kelima : Negara sedang berceramuk, rakyat tengah marah, rakyat tengah susah dan politik tengah tenat. Populariti Pak Lah seperti yang disebut oleh Mardeka Centre menjunam macam pasaran saham BSKL. Apa lagi yang diharap oleh pengundi Permatang Pauh kepada Pak Lah. Akhirnya pilihannya adalah Anwar.

Walaubagaimana pun terlalu yakin boleh memusnahkah PR. Oleh itu jangan terlalu yakin, teruskan perjuangan dengan bersungguh-sungguh. Insya Allah akan diberi kemenangan di Permatang Pauh.

0 comments: