Friday, August 29, 2008

Jika Anwar Jadi PM Siapa Nak Buat Huru Hara ?

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Ali Rustam menbuat kenyataan yang disiarkan oleh beberapa akbar termasuk Utusan Malaysia hari ini bahawa negara kita yang tercinta ini akan menjadi huru hara jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato Seri. Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Antara hujahnya adalah Anwar sombong, berlagak dan suka menghina orang. Selain ini pengepungan bas-bas semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh menjadi bukti negara akan menjadi huru hara.

Sekali pandang dakwaan ini cukup dangkal. Apabila lebih-lebih lagi dikaji dakwaan ini menjadi terlalu cukup dangkal sekali. Kalau nak dikatakan sombong, berlagak dan suka menghina orang Ali Rustam lagi lebih dahsat. Pernah terjadi selepas pilihanraya 1999 apabila PAS memerintah Negeri Terengganu dimana Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besarnya. Beliau berceramah di Malaka. Ali Rustam yang sepatutnya menjadi rakan karib kepada Hj. Hadi mengajuk-gajuk semasa Tuan Guru berceramah. Adakah munasabah Ali Rustam meniru bunyi ayam berkokok tetakala Tuan Guru Berceramah yang tempatnya selang beberapa rumah sahaja. Adegan tu pulak dirakam oleh budak-budak kat Melaka masa tu. Cuba tuan-tuan semua gambarkan dalam minda tuan ayam berkokok kemudian tukar kepala ayam tu jadi muka Ali Rustam. Kemudian ayam berkepala Ali Rustam berkokok sebelah Hj. Hadi berceramah. Kan kelakar dibuatnya. Tapi itulah Ali Rustam pemimpin yang menjadi pujaan rakyat Melaka.

Kalau Melaka berketuakan Ali Rustam yang suka mengajuk orang tu pun tak huru hara . Tak kan Anwar yang suka perli-perli boleh membawa negara huru-hara. Begitu juga peritiwa mengepong bas di Permatang Pauh. Bukan baru sekarang berlaku. Masa zaman Pemuda Tahan Lasak UMNO dulu-dulu. Bukan sahaja mereka kepong bas, kereta, curi kad pengenalan malah pernah diceritakan oleh Abang Jak (Abdul Razak Abas – Kelantan), beliau sendiri yang bakar jambatan supaya orang tak boleh mengundi. Lepas 20, 30, 40 malah 50 tahun lepas tu tak de huru hara pun. Malah pemimpin UMNO berbangga negara ini aman, damai dan makmur. Walaupun aman, damai dan makmur itu berpijak di atas jenayah membakar jambatan menghalang orang pergi mengundi. Pendek katanya kejadian di Permatang Pauh bukan boleh menjadi indikator negara ini akan menjadi huru hara.

Orang melayu ni buka suka bergaduh sangat. Mereka sukakan perdamaian. Dalam mengejar impian yang besar untuk merampas negara daripada penjajah, Orang Melayu hanya guna pena aja untuk lawan penjajah.Orang Indonesia berperang dengan Belanda, Orang Melayu pergi London berbincang dengan penjajah. Mungkin sebab itulah datuk kepada Hishamuddin Hussin, Dato’ Onn Jaffar kata KEMERDEKAAN SEPARA MATANG. Betul juga kata Dato’ Onn. Bila dah 51 tahun mendeka. Negara jadi tak tentu hala. Ada nak Negara Sekular, Ada Nak Negara Malaysian Malaysia, Ada Nak Negara Islam, ada nak negara apa-apa sahaja asalkan perut aku kenyang sudah. Ada pejuang bahasa tapi Bahasa Inggeris disanjung. Konon pejuang bangsa tapi Bahasa Inggeris dijadikan bahasa untuk sain dan matematik disekolah-sekolah.

Walaubagaimana pun negara memang akan jadi huru hara jika UMNO yang telah menukar rentaknya diera penjajahan. Daripada hanya menggunakan pena untuk kemerdekaan. Kini UMNO telah menukar rentak bergaduh diperingkat akar umbi (cawangan) kononnya untuk berebut kuasa. Baling-baling kerusi, cabar mencabar, bunuh membunuh sudah menjadi budaya dalam UMNO. Malah sudah turun ke cawangan-cawangan. Mungkin inilah maksud yang nak disampaikan oleh Ali Rustam. Tapi menggunakan isu Anwar untuk melindungi maksudnya yang sebenar. Negara diambang huru hara jika UMNO terus berkuasa. Apa tidaknya jika cawangan telah sengit berggaduh. Maka lepas ini gaduh itu turun kepada rakyat. Maka rakyat akan bergaduh. Negara akan jadi huru hara.

Sebelum negara manjadi huru hara elok kita letakkan UMNO ini dalam sebiji cawan kopi aja. Maknanya kalahkan mereka dan simpan dalam tempat yang kecil supaya mereka terus bergaduh. Setelah puas bergaduh. Kita ambil alih tempat yang kecil itu. Daripada mereka bergaduh diseluruh negara, kalahkan mereka diseluruh negara. Tinggalkan Melaka negeri Ali Rustam sahaja yang tinggal. Setelah Ali Rustam puas bergaduh maka PR akan mengambil alih pemerintahan di Melaka. Barulah negara akan selamat. Salamatkan Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

kau ini orang pas ka atau pkr kentong ?

Anonymous said...

macam mana wak. idola pujaan wak si anwar ibrahim nampak macam kuat temberang.