Saturday, August 2, 2008

Penstrukturan Semula Harga Minyak. Mengapa tidak 1 Ogos ?



Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pada 1 hb Ogos 2008, bahawa harga minyak akan distrukturkan semula pada 1hb September 2008. Persoalannya mengapa terpaksa menunggu satu bulan lagi sedangkan kenaikkan terburuk harga minyak dalam negara berlaku pada 5 Jun 2008. Langkah menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter merupakan peningkatan sebanyak 40 peratus dan 63 peratus berbanding harga sebelumnya. Pada waktu itu harga minyak dunia sekitar AS$125 setong. Ini bermakna 5hb Julai genap satu bulan kenaikkan harga minyak dalam negara.

Harga minyak dunia menurun pada 29hb Julai dibawah AS$122 setong. Sepertimana yang telah disebut oleh Menteri Perdagangan dan Hal-Ehwal Pengguna Dato’ Shahril Abdul Samat semasa diwawancara oleh TV3 bahawa harga minyak akan distrukturkan semula pada setiap awal bulan. Kenyataannya dibuat pada awal Julai 2008. Maka sepatutnya penstrukturan semula berlaku pada 1hb Ogos 2008 bukannya 1hb September 2008. Jika penstrukturan pada 1hb September 2008 maka kesan penurunannya jika adapun pada awal oktober 2008 iaitu 2 bulan daripada sekarang. Perbezaan dua bulan ini kepada pak menteri terlalu kecil tetapi bagi peniaga-peniaga dan golongan berpendapatan kecil tempoh ini amat memeritkan sekali.

Bayangkan bagaimana lamanya tempoh 2 bulan ini dirasai oleh keluarga yang nak bayar bil elektrik pun tak mampu sehingga rumahnya terbakar sepertimana yang berlaku di Kluang pada Ogos 2007 yang lalu. Apakah pula akan terjadi jika pada 29hb Ogos 2008 minyak naik melebihi AS$130 setong ? Sudah tentulah tiada penstrukturan semula pada 1hb september sepertimana yang telah disebut oleh Pak Lah. Maka melepaslah lagi rakyat Malaysia.

1 comments:

suhaimi said...

Ini semua strategi Pak Lah untuk kurangkan impak isu kenaikan minyak menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh. Macam kebetulan pulakkan pasal Pak Lah buat kenyataan tak lama selepas Wan Azizah letak jawatan ahli Parlimen Permatang Pauh.

Satu lagi, silap2 harga minyak kita sebenarnya akan naik lagi bulan September ni. Macamana kalau harga minyak dunia hujung Ogos ni naik balik, jawapnya, kerajaan Pak Lah akan ambil keputusan mudah untuk naikkan harga minyak bulan September ni dan bukannya turun!!!!