Wednesday, August 27, 2008

Pak Lah, Najib Berhentilah jadi PM dan TPM !!!

Seperti yang telah dijangka Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menang di Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil 26hb Ogos 2008. Cuma yang sukar dijangka sebelum ini adalah menang besar (lebih baik daripada pilihanraya umum 2008) atau atau sekadar menang biasa seperti menangnya Pakatan Rakyat(PR) di Negeri Johor atau Negeri Sembilan. Keputusan semalam telah menunjukkan Anwar menang besar dengan majoriti 15,671 undi mengatasi kemenangan isterinya dalam pilihanraya 2008 sebanyak 13,388 undi. Kemenangan besar ini adalah indikator yang sangat besar terhadap perubahan politik dalam negara.

Pertamanya, Rakyat Menolak Kerajaan Barisan Nasional. BN telah membuat serangan yang bertubi-tubi melalui media. Serangan ini antara serangan yang paling ganas dalam sejarah Melayu moden. Bermula dengan upacara sumpah Saiful dan sumpah Najib, kemudian propaganda PAS tak bersetuju dengan Anwar jadi PM, pembongkaran Dato’ Nalakaruppan yang Anwar juga menerima rasuah daripada syarikat judi, pendedahan Ezam terhadap kemungkaran Anwar, penahanan 2 orang exco PKR atas tuduhan rasuah dan diakhiri dengan insiden-insiden keganasan kononnya penyokong PKR dalam musim berkempen dan pengundian.

BN pula telah menunjukkan rasa simpatinya kepada rakyat yang melebih-lebih. Antaranya Pak Lah turun mengejut di stesen Komuter dan LRT dan telah meninjau kesesakkan disana. Pak Lah baru perasaan yang kemudahan pengangkutan itu penuh sesak. Pada hal rakyat dah lama sedar. Itu belum lagi Pak Lah terpaksa berdepan dengan serangan ulat-ulat tiket kat Pudu Raya. JB ! JB! JB! JB ! Alor Star ! Alor Star ! Nak tanya aja bang nak kemana bang !! Lepas beli tiket, ulat dan bas terus hilang. Yang disalahkan pengguna sebab tak beli dikaunter. Yang ulat tu tak salah sebab orang atas telah banyak dirasuah.Minyak pula tiba-tiba turun. Petrol 15 sen, diesel 8 sen. Kalau 10 ahli parlimen atau ADUN meninggal mungkin boleh jadi 10 x 15 sen turun menjadikannya turun sebanyak RM1.50 sen seliter. Najib pulak umumkan akan beri RM24,000 hingga RM100,000 ribu untuk setinggan di Pulau Pinang.

Malangnya semua umpan-umpan BN tidak langsung ditelan oleh pengundi Permatang Pauh. Ini menunujukkan bahawa rakyat betul-betul menolak BN. Ini bukan main-main punya tolak. Ini gila-gila punya tolak.

Kedua, Rakyat Menolak Najib dan Pak Lah. Bagi memulihkan imej Najib yang tercalar beliau telah bersumpah dengan nama Allah tidak kenal Altantuya dan tidak terlibat dalam pembunuhannya. Najib berharap sumpahnya akan diterima oleh rakyat. Rupanya bila Saiful sumpah, Najib sumpah tiba-tiba Tajol pulak sumpah. Maka rakyat dah anggap macam upacara angkat sumpah main-main macam kanak-kanak main sumpah sumpah. Aku sumpah tak curi. Wallahhi. Wallahi. Peristiwa ini macam anak muda pasang bendera kat kereta. Jika satu bendera dipasang maka itu lambangnya sayangkan negara. Tapi kalau dah 10 bendera dipasang kat kereta dia. Orang kata anak muda ni macam tak siuman sikit. Kalau Saiful seorang yang sumpah rakyat macam nak terima juga. Tapi kalau dah Saiful, Bapak Saiful, Najib, Tajol sumpah. Rakyat kata macam tak siuman semua orang-orang ini. Itulah agaknya orang tua-tua kata dah dimakan sumpah. Pak Lah pulak bukan sekali datang Permatang Pauh malah lebih daripada sekali berkempen disana. Maknanya Najib dan Pak Lah all out berkempen di Pematang Pauh. Tapi rakyat tetap bagi undi kat Anwar. Apakah maknanya ini??? ...... Maknanya Rakyat Tolak Najib dan Pak Lah.

Ketiga, Calon Perdana Menteri Dah Masuk Parlimen.Sebelum ini mungkin rakyat tak nampak siapa nak jadi PM. Bila Anwar dah masuk parlimen. Rakyat dah mula berharap Anwar jadi PM untuk buat pelbagai perubahan dalam negara yang dah nak punah ni. Rakyat tengah tunggu janji Anwar nak tukar kerajaan menjelang 16 september 2008. Kalau 3 muka dipacak didepan kita untuk pilih jadi PM iaitu Pak Lah, Najib dan Anwar. Tentu rakyat tiada pilihan, sepakat akan pilih Anwar. Tapi kalau pacak muka Anwar, Tn Guru Hj. Hadi, Tn Guru Nik Abdul Aziz dan Lim Kit Siang. Mungkin rakyat ada pilihan sikit. Rakyat terbanyak mahukan perubahan kepada kerusi PM itu. Rakyat dah tak mahu Pak Lah lagi. Kalau tak percaya cuba kita buat satu referendum. Calon Perdana Menteri Pak Lah dan Anwar Ibrahim. Saya yakin lebih 50% akan sokong Anwar Ibrahim.

Kesimpulannya. Kalau kita di kerusi Pak Lah dan Najib tentu kita akan letak jawatan. Apa tunggu lagi. Tak malukah kita, berada dipuncak kuasa tapi tak de sokongan. Tapi amalan biasa pemimpin-pemimpin kita dah tak malu lagi. Sebab malunya telah dimakan SUMPAH.

1 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya SI Saifol ALJUBUR yang telah menyumpah supaya Mamak Arif & BN iut kalah terik di PP.Sumpah Si Saifol Jubur itu telah di tukar oleh kuasa Tuhan untuk mengajar mereka yang telah melakukan Dosa dan akibatnya nanti Neraka yang menanti kamu semua perasuah-perasuah BN.