Friday, September 5, 2008

UTM tak terpilih APEX. Minta NC UTM Letak Jawatanlah !

Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya dipilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex dengan mengenepikan tiga lagi universiti termasuk Universiti Malaya (UM). Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pemilihan USM adalah berdasarkan kepada pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangnnya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan.

Sembilan universiti seluruh negara telah menghantar permohonan dan hanya empat universiti iaitu USM, UM, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenarai pendek. Kertas cadangan USM bertemakan "Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow". Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.

Tahniah di ucapkan kepada USM. Persoalannya, Universiti Teknologi Malaysia(UTM) mana perginya?. Empat senarai pendek pun tak masuk. Malu rasanya. Pada hal UTM adalah universiti yang sepatutnya terkehadapan dalam hal sains dan teknologi. Macam-macam slogan telah dibuat. World Class Universiti. Discovery Universiti. Pelbagai usaha telah dibuat. Tapi tak berjaya juga. Eloklah NC UTM letak jawatanlah. Dah lama sangat dah !!! Ganti orang lain yang lebih berketerampilan.

8 comments:

Anonymous said...

Saudara,

Sebabnya ialah USM dari Penang. PM kita orang Penang. Itu sebab dia dapat. Penialaian tu cuma nak buat syarat je. Kalau PM orang Johor mungkin UTM dapat kut...

Anonymous said...

wak kentong, harap tulisan wak dapat menggambarkan besarnya jiwa kepimpinan tuan. saya lihat tulisan wak banyak yang bersifat melepaskan kemarahan. semakin lama semakin merendahkan bakat kepimpinan wak saja.

Admin said...

Aku nie orang Perak, rasanya cukuplah adik Tajol tu ganti orang lain, abang nya dah bungkus , NC tak nak ikut skali ker

Proud staff of USM said...

Hai, sdr anonymous 1,
Cakap jangan sebarang cakap ye! PM tak ada kena mengena dengan pemilihan USM sebagai universiti APEX. Ini keputusan untuk memilih universiti yang berpotensi masuk WORLD RANKING tau! Tak mungkin ada hanky panky. Kalau USM tak layak, tak lama, tentu akan terbukti. Janganlah semua benda nak dikaitkan dengan politik.
Mai la kat USM, sila berkenalan dengan VC kami, tengok betapa 1st class mind and vision dia..

Anonymous said...

WAK KENTONG JANGAN UKUR SEMUA IKUT POLITIK..KENA FIKIR SAMA NASIB AGAMA BANGSA...JANGAN JADI BANGSA BANGSAT..

Anonymous said...

ramai dah kena tangkap ISA. takkan ler wak kentong dok diam saja

Anonymous said...

I tend to agree that the KPT's decision is based on potentials and very subjective. One can argue whether the decision is really based on actual performance of the university. Anyway, congratulations and good luck to USM.

muhaiminsulam said...

Dah letak jawtaan. kawan kita dr. zaini ujang tu bole bawa UTM melewati fikiran kita sekrang?