Friday, September 19, 2008

Cepat! Cepat ! Cepat ! Rakyat dah tak tahan niiiiiiiii

Suasana politik dalam negara cukup tidak stabil. Isu-isu panas berubah setiap jam. Suasana politik semakin panas selepas Dato’ Seri Anwar menang dengan majoriti yang lebih besar daripada isterinya di Permatang Pauh. Bermula dengan perlantikkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, cross over MP Barisan Nasional, 16 September, tangkapan ISA paling bodoh terhadap wartawan Sin Chew – Tan Hoo Cheng, tangkapan ISA terhadap Teresa Kok dan Raja Petra, perletakkan jawatan Zaid Ibrahim sebab tak setuju dengan ISA, teguran Muhiddin Yasin terhadap plan peralihan kuasa, tidak setujunya MCA dan Gerakkan terhadap ISA dan keluarnya SAPP daripada BN.

Pada petang 17hb September 2008, seorang penduduk setinggan di Kempas menalipon saya. Dengan suara tinggi terus berkata ” Negara nak darurat ni !!!!”. Saya cukup terkejut dengan sergahan tersebut. Saya bertanya mengapa, beliau menyebut begitu. ” Itu Pak Lah dah pegang Menteri Pertahanan, lepas ni dia tangkap Anwar, negara huru hara. Lepas tu istihar darurat” . Dalam hati saya bertanya kalau setinggan Kempas boleh berfikir begitu setelah melihat pertukaran jawatan Menteri Pertahanan, macamana peniaga-peniaga dan pelabur-pelabur melihat. Kalau peniaga dan pelabur melihat Malaysia dalam keadaan tidak stabil tentulah mereka akan memperlahankan aktiviti ekonomi masing-masing. Bila ekonomi bergerak perlahan maka ekonomi negara akan terjejas, kecairan kewangan tidak berlaku. Seterusnya rakyat yang akan susah.

Pada malamnya saya menonton buletin utama. Pak Lah berkata ” Anwar ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara” Sudahhhhhhhhh!!!! . Ini kes berat. Sahih peniaga dan pelabur akan memperlahankan aktiviti ekonomi mereka. Pak Lah ni pun satu kalau dia rasa macam tu janganlah sebut depan wartawan. Apa nak jadi dengan ekonomi kita selepas ini?

Anwar minta jumpa Pak Lah, Pak Lah pula tak mahu sebab beliau mahu senarai nama MP yang cross over dibentangkan dahulu. Anwar pula ada alasan keselamatan untuk tidak bentang nama-nama tu. Anwar minta buat sidang parlimen tergempar. Pak Lah kata tak perlu. Tunggu 13hb Oktober. ”Wahai Pak Lah, gaji kau tu rakyat Malaysia yang bayar . Cepat! Capat! Cepat! Kita dah tahan ni. Lepaskan masalah negara ni dengan segara!!! Buat sidang parlimen tergempar atau bubar aja parlimen. Jangan jadikan negara delima macam ni. Lepas tu siapa yang dapat mandat rakyat terbanyak akan memerintah negara. Habisss cerita.

5 comments:

Unknown said...

betul tu.....
Tapi kita tunggu dan lihat pada 13 Okt ne. Mgkn sambutan raya pada tahun ni adalah yang terakhir buat pak lah n kj. dia orang pun berkiblatkan singapore! Elok juga berambus!

Malaysia said...

Rileks sekejap..jom karaoke..
ikut rentak lagu apa nak jadi nyanyian s.m salim..oh!yeah...

Apa dah jadi..apa dah jadi,
sampai sekarang tak jadi-jadi,
apa nak jadi..apa nak jadi,
alih kuasa tak jadi-jadi,
apa nak jadi...

Riuh sekampung bagai nak perang,
sana sini dah mula berangan malaysia konon dah dalam tangan..
kehulu kehilir dok pancing sokongan,
harga tu turun,harga ni turun,
sampai sekarang tak nampak bayang...
nampak gaya KEMPUNAN..
Haa...berenti la BERANGAN..MALU DEK ORANG..

Apa dah jadi..apa dah jadi,
sampai sekarang tak jadi-jadi,
apa nak jadi..apa nak jadi,
alih kuasa tak jadi-jadi,
memang tak jadi...

SAmpai ke TAIWAN bekejar-kejaran,
sekali difikir macam filem Hindustan,
GILA KUASA punya penangan,
penyokong besorak satu benua riuhnya..
tapi HARAM tak jadi..menjadi tergangga...
KENA TIPULAH lagi...
Ingat senang ke nak tawan hati orang..payah dek..

Apa dah jadi..apa dah jadi,
sampai sekarang tak jadi-jadi,
apa nak jadi..apa nak jadi,
alih kuasa tak jadi-jadi,
memang tak jadi...

Tiap orang ada harga diri..
bukan mudah nak dijual dibeli..
apa lagi khianat orang yg mengundi..
apa dirancang tak jadi kenyataan..
rasa pahit untuk ditelan,
jiwa gundah cari haluan..
hai pening sendiri..
Ingat senang ke nak beli maruah orang..
ini bukan pasar borong beb..

Apa dah jadi..apa dah jadi,
sampai sekarang tak jadi-jadi,
apa nak jadi..apa nak jadi,
alih kuasa tak jadi-jadi,
memang tak jadi...

Jangan fikir kita aje yg bijak,
orang lain pun masih berakal,
masih pandai berfikir,masih pandai bertindak,
mereka tu tau siapa yg layak jadi ketua..siapa pulak cakap berdegar..
salah haribulan TERGADAI NEGARA..
MARUAH DAN JUGA BANGSA...

Tunggu lah lima tahun lagi...
SAbar lah ajerrr....

Apa dah jadi..apa dah jadi,
sampai sekarang tak jadi-jadi,
apa nak jadi..apa nak jadi,
ALIH KUASA TAK JADI-JADI,
MEMANG TAK JADI....
KENA TIPU HIDUP-HIDUP LAH LAGI...

Anonymous said...

hi xsupulai, apa keno eh jang sampai babit kat singapore ni. ingat sikit singapore pegi sapa yng lepas kan, malaysia juga.

ini pandangan aku, kita berjuang demi bangsa, agama, dan kedaulatan negeri ini. tapi sudah ka kita pikir tanpa kemajuan yang dikecapi sekarang, apa gerenti yang kita akan dapat kecapi bila umno pegi. sedangkan kita mendengar tangisan, keperitan yang di tangungi oleh separuh rakyat malaysia dari apa yang kita nak dengar. tapi yang cam na.. bila penduduk setinggan mengeluar keluahan tak puas hati, adakan meraka faham keadaan sebenar sebagai rakyat malaysia.atau meraka dipergunakan untuk sesetengah pihak. sekali lagi saya mengatakan sekira pak lah atau BN tak menerajui negara, adakah parti lain akan memberi apa yang sudah dikecapi. Secara amnya rakyat malaysia ada lebih kurang 24 juta penduduk dan besarnya 329,758 km. cuba kita pikir kan berapa banyak tenaga kerja dan masa yang diperlu untuk menjalan kat tugas harian. jika penduduk kempas menjerit kerna tak puas hati. bagaimana penduduk setinggan yang lain. cuba kita fikir. zazz

Anonymous said...

wak kentong, raya tu raya jugak. Blog tu update ler. ucap selamat ari rayer ker, minta maap ker. kau nie macam tak ada salah silap langsung.

Zul Mohamed Hassan said...

Sekarang harga minyak dah jadi RM 1.90 seliter. Tapi harga barang macam 'banjir termenung'..