Monday, June 15, 2009

ISU KERAJAAN PERPADUAN : MORAL DISEBALIK ISU

Isu kerajaan perpaduan dan kerajaan Pakatan Rakyat semakin menjadi isu penting kepada media arus perdana. Media ini seolah-olah mengambarkan perpecahan serius sedang berlaku dalam PAS. Perpecahan ini akan membawa kekalahan PAS dalam pilihanraya akan datang. Isu ini memang ada pro dan kontranya. Saya penuh yakin isu ini adalah merupakan proses kematangan PAS sebagai parti yang akan memerintah negara ini.

Apakah maksud tersirat disebalik isu ini ?

Pertamanya : Dalam PAS tiada yang dikatakan kuasa VITO Presiden. Segala keputusan dibuat melalui mesyuarat. Hasil daripada muafakat ini menghasilkan suatu keputusan yang mantap. Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan semua peringkat kepimpinan PAS bertindak mengikut keputusan mesyuarat. Jika ada pihak yang terkeluar daripada keputusan mesyuarat. Maka cepat-cepat teguran dibuat. Tiada kuasa super-power individu. Ia tidak sebagimana parti politik tertentu segala-galanya keputusan PRESIDEN. Macam ditaktor.

Keduanya: Dalam PAS semua pihak boleh saling tegur menegur. Bila suatu pihak menegur, pihak yang ditegur membuat muhasabah. Niat pihak yang menegur bukan berniat peribadi tapi demi kepentingan Islam. Pihak yang ditegur pula merujuk kepada Islam untuk memuhasabah diri. Pendek kata yang penting Islam. Matlamat kelompok atau individu tidak penting. PAS tidak seperti parti-parti tertentu. Pihak yang menegur akan dipulau, ditarik projek, dibunuh kariernya dan macam-macam lagi.

Ketiganya : Isu ini merupakan indikator sebenar terhadap sayangnya masyarakat pelbagai agama dan bangsa kepada PAS. PAS yang dilihat asing sebelumnya telah diterima baik oleh mereka pada mac 2008. Antara golongan yang cukup terkesan terhadap isu ini adalah Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada masyarakat cina dan india. PAS tidak pernah menguji mereka. Bapak yang cerdik perlu menguji sikap sebenar anak-anaknya. Sesekali bapak akan buat hal. Barulah bapak ini akan tahu sikap sebenar anak-anaknya. Isu ini akan lebih mempertaupkan PAS dengan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dalam negara yang tercinta ini. Bila keadaan ini berlaku maka UMNO akan terus mengangga sehingga tak sedar lalat masuk dalam mulut mereka.

8 comments:

miqdad said...

Sebagai ANAK KELATE dan ahli PAS SEUMUR HIDUP..dan sebagai penyokong yang pernah dipertontonkan nasib Kerajaan Campuran PAS+BN dahulu..kami faham benar erti PERCAMPURAN (baca PERPADUAN) dahulu..utk pengetahuan dan sebagai renungan bersama,
PERTAMA..Apakah sumbangan PAS (sebenarnya apakah yang PAS boleh dan termampu buat) semasa dalam kerjaan campuran dulu? seingat saya sebagaimana dituturkan oleh TGNA beberapa ketika dahulu, PAS hanya menyumbang menukar lambang hospital daripada lambang CROSS kepada BULAN SABIT..tu je sumbangan (yang terdapat) dibuat oleh PAS..selebihnya kata TGNA,wakil2 PAS dok goyang kaki dalam PArlimen dan ikut rombongan ke luar negeri..
KEDUA.. Dato' Mustafa Ali sempat menjadi Timbalan Menteri Sains dan Alam Sekitar masa tu dan berpelaung bawa keluarga ikut rombongan kerajaan ke luar negeri, memetik daun teh dan strawberry..
KETIGA..Almarhum Dato' Muhammad Nasir (bekas MB Kelantan merangkap mertua Dato' Daud Iraqi-bekas Ketua Dewan Ulama PAS) sempat juga menjadi Menteri Tanah dan Wilayah..apa sumbangannya...buka sebuah sangkar anggur di kawasan laman rumahnya yang luas (katanya percubaan utk diperluaskan kpd sekalian hamba rakyat)..itulah sumbangan-sumbangan wakil2 rakyat Pas di dalam Kerajaan Campuran (sekali lagi, baca Perpaduan) pada masa itu. Namun setelah disepak terajang, dicerai TALAK 3 oleh UMNO..ada lagi yang teringin dan termimpi2 nak jadi Menteri dan Timbalan Menteri....Masya Allah..kalian adalah PENGKHIANAT PERJUANGAN dan kalian MEMENTINGKAN NAFSU PERUT semata-mata...Sekali lagi kecenderungan ku untuk bersama-sama PAS disembelih oleh kalian...namun semangat dan rohku tetap akan bersama perjuangan ini...
bagi Sesapa yang nak Kerajaan Perpaduan, baik dia seorang Pimpinan atau Penyokong Marhaen, dipersilakan letak jawatan dan masuk UMNO terus..terus berpadu dgn UMNO..jgn seret PAS sama..
Almarhum Ust. Bunyamin (bekas ISA&ADR Bachok) pernah menyebut.."UMNO ni bagaikan seorang lelaki yg nak menjadi perempuan.UMNO juga umpama MINYAK dan Pas umpama AIR..takkan leh bersatu"..nah..saya nak tanya, mana ada pemimpin PAS sekarang ni selasak YB Buniyamin??
TGNA pun pernah berkata.."Haram PAS wujud bilamana UMNO nak buat ISLAM yang sebenar"
Tapi yang berlaku (akan) sekarang ini, PAS yang memperjuangkan Islam sebenar telah mencemar duli ingin bersama UMNO yang mempelopori Islam Hadhari...
Apa sebenarnya yg TGHH dan Stopa Ali nak buat dan sumbangkan bila tercapainya sebuah KERAJAAN PERPADUAN…kalau jadilah KERAJAAN PERPADUAN tu, Pa s akan terbelah 2 seumpama sejarah dulu ..Wujudnya HAMIM..BERJASA…tak mustahil ini semua akan berulang….
Wassalam

mz said...

Part 1:
Sebelah pihak memihak ke TGNA. dan satu pihak lagi memihak kepada TGHH . Golongan yg memihak TGHH juga nampak mcm gagal memahami pandangan TGNA..
dua2 belah pihak gagal memahami pandangan pihak yg sebelah lagi.
sepatutnya dua2 belah pihak tgk baik tentang pandangan kedua2 belah pihak.. dan tengok yg mana yg lagi baik.. mungkin kedua2nya adalah baik belaka tetapi mesti ada yg lagi baik.

ini pandangan peribadi saya;
kita tgk satu persatu pandangan tersebut.

1.) pandangan TGHH - kerajuan perpaduan.
-- dari idea nampak sgt2 baik.. dan ini yg sepatutnya.. tp adakah sesuai segn keadaan dkt malaysia-dgn umno?.. ini kita kena kaji sedalamnya... kita tgk syarat2 kerajaan perpaduan spt yg dikupas oleh Ustaz Tn Ibrahim Tuan man dan ramai lagi.. amat bagus sekali idea tersebut.. kalau terjadi idea tersebut memang sah mcm UMNO dan terima islam sepenuhnya dan PAS pon dah boleh bubar.. sebab UMNO dah terima islam sepenuhnya mcm pas... Tp adakah UMNO akan terima syarat2 tersebut???.... sejarah 50 thn mungkin boleh membantu kita menjawab soalan ini... Dan pada pandangan saya; tak mungkin umno akan dibawah najib akan terima.. zaman paklah adalah % akan terima tuh...jadi idea tersebut adalah bagus tp nampaknya realiti amat jauh sekali.. Saya rasa bendalah ini akan jadi setakat bertemu dan berbicang saja, dan tak akan diterimanya syarat2 yg Ustaz Tuan Ibrahim bagi tadi.

mz said...

Part 2:
2.) pandangan TGNA menolak Kerajuan Perpaduan dan BERKERJASAMA POLITIK dengan umno.. dan kita kena phm ape maksud TGNA itu.. ramai gak pihak yg menyokong TGHH gagal memahami pandangan jauh TGNA..dan mengatakan TGNA menyekat dakwah dengan UMNO yg mana adalah lari terlalu jauh dr maksud sebenra TGNA.. dia melarang kerjasam politik saje, tetapi berdakwah kepada ahli umno dan berbicang pasal isu selain dr bergabung adalah dibenarkan dan tak perlu diagendakan pon-sebab islam amat mengalakkan kerja dakwah2 ini tak kira kepada org umno atau sesiapa saje..... dan telah diterangkan berkali2 tp ramai yg masih memekakkan telinga pasal hal dakwah ini.tak timbul isu ingkar larangan tuhan utk berdamai.. sebab kita tak bermusuh dgn org umno-kita hanya menentang parti UMNO yg menyimpang dr ISLAM... TGNA melihat tak akan tercapainye hasrat kerajaan perpaduan dgn UMNO ini malah dlm masa perbincangan pon akan berlakunya perpecahan dlm PAS . jadi awal2 lagi dia cuba mengelakkan hal perpecahan dalam PAS berlaku.. TGNA BERPANDANGAN JAUH DAN MELIHAT REALITI SEMASA DAN TIDAK MAHU lihat PAS berpecah belah hanya kerana isu berbicang politik dgn UMNO tp hasilnya adalah amat tipis utk dicapai.. sejarah dulu haruslah diajdikan iktibar mcm mana kerajuan campuran bertukar jadi lain dan akhirnya PAS berpecah belah.. sekrg pon belum ape2 pon lagi dah berpecah belah,,itulah yg cuba dihindarkan oleh TGNA.. iitu semua adalah demi PAS dan demi dakwah Islam juga especiallly kepada bukan islam.. oleh yg demikian jalan sebaiknya adalah terus lupakan kerajaan perpaduan sebaliknya terus kuatkan PAS dalam PR dalm masa yg sama teruskan kerja dakwah dgn lebih gigih kepada ORG2 UMNO dan bukan islam.. kita tak pernah lupakan kerja dakwah ini.. tp bukan dgn mengambil jalan pintas, yg boleh merosakkan jemaah yg akhirnya boleh membuatkan hampir semua gagal; pas pecah belah; dakwah umno tak berjaya; dakwah kepada bukan islam juga gagal...itu yg lagi teruk dan patut dielakkan...

mz said...

Part 3
OK..kat sini ramai gak kata.. kerajaan perpaduan bukan bergabung dgn umno dan berbincang bukan bergabung dgn UMNO... dan sudah dijelaskan oleh TGHH dan ustaz Nasha,,.. kata juga takde niatpon utk gabung dgn umno... tp adakah ini benar takder niat pon?.. saya rasa Ustaz Ahmad Awang sudah memberikan jawapan memang ada golongan yg fikir Bergabung dgn UMNO adalah lebih baik dr Gabung dengan PKR dan DAP.. memang ada.. jgan kata tak ada...dan memang ada kertas kerja pon; yg mudharat yg mana yg lebih ringan... dan perbincangan pasca Macrh 2008 pon adalah berkaitan kerjasama poltik-gabung juga.. memang wujud benda tuh.. dan sebenarnya OK utk tengok yg mana yg lebih baik utk ISLAM.. antara bersama PR atau UMNO... OK KITA KAJI detail2.. tp saya rasa, selepas kes perak (nasib baik Ustaz ahmad awang menolak dr tubuh kerajaan dgn UMNO) dan dgn tgk sokongan org bukan islam kepada pas selepas isu perak.. sudah jelas menunjukkan dengn PR is much2 better dr dgn UMNO ( sekali lagi dakwah dgn UMNO jgn ditinggalkan sekali2).. ..

atas sebab itulah utk kebaikan jemaah pas dan islam, nampaknya kita mesti bersatu dan jgn cuba utk memecah belahkan jemaah demi utk menegakka pandangan kita semata-mata..kalau pandangan dan idea kita itu (halal) tp boleh memecahkan jemaah lebih baik kita cepat2 undurkan diri dan bersatu balik utk jemaah..itu adalah terbaik...jgn jadi degil tak tentu pasal dan cuba menegakkan idea sampai semua org jadi keliru..cubalah kaji dari semua segi dulu dan cari jalan terbaik demi PAS.. dan amat JELAS jalan terbaik sekrg adalah lupakan dulu Kerajaan Perpaduan sehingga tiba masa yg sesaui nanti (sebab idea itu adalah amat bagus tetapi suasana semasa amat tidak mengizinkan.).... itu saja sekian..

p/s: kerajaan perpaduan yg terbaik sekrg adalah bukan berkerjasama politik dgn UMNO najib (sebab umno akan jadi terajunya-kalau lihat masa skerg lah), tp kerajuan perpaduan antara PR dan MP2 UMNO (geng paklah dan Kuli) ni OK.. atau MP2 Umno ni terus masuk PR dan jadi kerajaan PR.. Kalau UMNO yg jadi teraju percayalah tak akan kemananye ; itu adalah helah UMNO utk terus berkuasa saja)...

Anonymous said...

Sdr Suhaizan,

sebagai tambahan isu ini juga memperlihatkan seakan-akan berulang kembali fenomena zaman fitnah di mana Abdullah bin Sabak (Yahudi yang masuk Islam dengan tujuan menghancurkannya dari dalam)berjaya mencipta beberapa gelombang yang asalnya hanyalah perselisihan pendapat antara sahabat bertukar menjadi perang saudara yang memakan korban bukan sedikit.Perang Jamal telah berjaya diselesaikan dengan bijaksana oleh Syaidina Ali k.W.Apabila ada tangan ghaib (cari sendiri dlm kitab) yang berkepentingan membunuh Syaidina Zubair r.a dengan tujuan mengobarkan semula
perang yang telah reda,maka berlakulah perang siffin. yang berakhir dengan kesudahan yang amat tragis (yang amat di rasai sesalnya hingga kini).

Berjaga-jagalah !

1. Abdullah bin Ubai dan Abdullah
bin Sabak kontemporari
kekeliaran di mana-mana dalam
parti kita ini.

2. Peranan kedua-duanya akan di sambung-sambungkan oleh kalangan yang mempunyai hidden agenda dan kalangan yang mudah termakan fitnah akibat kurangnya ilmu dan kurang tawaduk tanpa sedar

Ingatlah !

Ubat paling mujarab sebagai vaksin bagi mengelakkan merebaknya virus api fitnah itu ialah tsiqah (percaya dan berbaik sangka) dan wala' kepada pimpinan yang sah yang diperlihatkan dalam natijah peristiwa2 perang tersebut :

1.Redanya perang jamal ialah apabila Syaidina Ali k.w berjaya mengingatkan Syaidina Zubair r.a satu hadis rasulullah bahawa beliau akan menderhaka dan aniaya kepada Ali k.w.(boleh rujuh sejarah)

2.Kekalahan Syaidina Ali dalam perang Siffin adalah kerana kegagalan pengikutnya tsiqah kepada pendapatnya bahawa perbuatan mengangkat al-Quran dihujung tombak adalah satu perbuatan "Satu perkara yang hak di letakkan di tempat yang batil".
(khalid samad salah lagi)

3. Kalau di waktu itu baju Syaidina othman yang penuh darah dan al-Quran di hujung tombak menjadi objek pembakar emosi kini UG dan masuk UMNO pula gantinya.

Hendaknya kita hati-hati, padamkanlah bara fitnah jika jumpa di mana-mana,kembalilah tsiqah dan wala' kepada pimpinan yang berhak ditaati dan dikasihi.Moga Parti kita terselamat.

MS said...

bro, ramai yg melihat isu ini dari lorong gelap. kelip kekunang disangka api! cabaran untuk pemuda! selamatlah kalian. Jgn layan sgt bebudak yang tak sekolah tu!

Syauqi said...

tengok lah video ni....
penjelasan Tuan Guru pasal kerajaan perpaduan.....
aku jumpa kt youtube..

tak payah lah nk komen pasal benda yang diri sendiri pon xtahu n x faham....
menyusahkan orang laian saje....

http://www.youtube.com/watch?v=dJKJ0FR7fQQ&feature=channel_page

Anonymous said...

Bro, byk sgt andaian dan telahan. Isu ni akan berpjgan coz dua2 pihak ada pengikut dan hujah. Realistik la beb, camne leh kira x berpecah. bkn zaman batuorg x tau, kt dlm blog berlambak2 saling menembak (both groups).

Khilaf ok, tp kalu x urus dgn baik leh jd. KO. Ktne pemuda... usahakan lah sesuatu...