Thursday, June 25, 2009

Kenyataan Media : Himpunan Mansuhkan PPSMI Kali Ke-2

Kenyataan Media
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat

25-06-2009


HIMPUNAN MEMANSUHKAN PPSMI KALI KE - 2

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjanji bahawa keputusan mengenai Pengajaran dan Pengajaran Sains Dan Matematik (PPSMI) akan diumumkan awal bulan depan (Julai 2009) selepas analisis pelaksanaan dasar tersebut dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat ini. Beliau juga menyatakan bahawa analisis menyeluruh dan kertas mengenai hala tuju PPSMI sudah siap dan akan dibentangkan kepada Kabinet untuk mendapatkan keputusan muktamad mengenainya.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO pula memberi pandangan dan cadangan kepada Kementerian Pelajaran untuk memperhalusi semula dasar PPSMI. Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pandangan itu diberikan selepas mendengar taklimat daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan dasar tersebut. Antara pilihan yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri adalah samada dasar ini akan diteruskan atau dilakukan rombakan atau dikaji semula. Apa yang membimbangkan rakyat adalah tiada pilihan yang menyatakan dasar ini perlu dimansuhkan.

Sebelum ini Menteri Pelajaran terdahulu Dato’ Hishamuddin Tun Hussin hampir sama berjanji kepada rakyat bahawa kajian melalui persidangan enam meja bulat telah dilaksanakan. Keputusan akan dibuat selepas dibentangkan diperingkat kabinet. Hasil persidangan meja bulan ini tiada juga pilihan agar PPSMI dimansuhkan. Apabila menteri pelajaran bertukar kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, kajian semula telah dibuat untuk menilai semula dasar ini. Persoalannya apakah hasil enam kali perbincangan meja bulat telah dibakul sampahkan oleh pihak kerajaan sendiri. Bukankah ini suatu pembaziran hasil daripada ketidakcekapan menteri.

Pada 7hb Mac 2009 rakyat telah berarak daripada Masjid Negara ke Istana Negara bagi mendesak kerajaan memansuhkan PPSMI. Himpunan ini telah dianjurkan oleh Gerakan Memansuhkan PPSMI(GMP) yang dipimpin oleh Dato’ Dr Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka bersama Dato’ A. Samad Said Sastrawan Negara. Jika pengumuman pihak kerajaan pada awal bulan julai ini tidak memperdulikan desakan rakyat untuk memansuhkan dasar ini maka rakyat akan berhimpun untuk kali kedua di Kuala Lumpur bagi mendesak kerajaan memansuhkan PPSMI.


Yang Benar,


Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Pusat
H/P : 019-7285174
Blog : http://kentong-suhaizan.blogspot.com
email : suhaizankayat@yahoo.com

1 comments:

Anonymous said...

Saya sebagai seorang yang mengikuti perkembangan PPSMI, melalui PEMBINA (pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional)telah mendapat makluman bahawa besar kemunkinan PPSMI akan dibatalkan oleh TS Mahyuddin dan ianya akan dijadikan isu politik untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu terhadap UMNO.

AJK PAS Kaw S/Wangsa