Thursday, February 5, 2009

Wajah Sebenar Politik Perak

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi menyelesaikan kemelutu politik negeri itu.

Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

Nizar kini mengadakan sidang media bersama Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediaman menteri besar.

Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan," menurut kenyataan itu.

Pagi ini, kesemua 28 Ahli Undangan Negeri (ADUN) Perak serta tiga ADUN Bebas menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon Menteri Besar Perak yang akan dikemukakan oleh BN.

0 comments: