1. Mengapa menggunakan kaedah demontrasi ?
Ada sebahagian berpendapat bahawa demontrasi bukan jalan penyelesaiannya untuk mengatasi masalah PPSMI. Saluran yang sah perlu untuk menyelesaikan masalah.
Jawapan :
Sepanjang tempoh 6 tahun PPSMI dilaksanakan terdapat banyak kajian, pandangan, bantahan, persidangan dan lain-lain lagi usaha yang dianggap melalui saluran yang sah telah dibuat oleh pelbagai pihak termasuk pensyarah, pejuang bahasa, guru, parti politik, NGO dan lain-lain. Malangnya segala bantahan secara saluran sah ini tidak dilayan oleh kerajaan. Malah kerajaan berbangga dengan keputusan peperiksaan pelajar yang terdedah kepada manipulasi itu. Jalan terakhir untuk mendesak kerajaan adalah melalui demontrasi. Kita tidak perlu takut dengan demontrasi. Demontrasi Bersih pada tahun 2007 telah menyebabkan pihak kerajaan bersikap kendur menekan SPR. Akhirnya Pakatan Rakyat menang besar selepas itu. Itulah bukti kejayaan demontrasi. Demontrasi bukan mahu merusuh tetapi mahu menunjukkan kepada pihak kerajaan betapa dasar PPSMI tidak disokong oleh rakyat. Jika kerajaan berasa benar maka kerajaan boleh membuat satu demontrasi balas terhadap sokongannya terhadap PPSMI.
2. Mengadai masa depan anak bangsa
Ada yang berpandangan bahawa mengubah PPSMI kepada dasar asal akan mengadai masa depan anak bangsa.
Jawapan
PPSMI adalah dasar yang salah disisi Perlembagaan Malaysia, Akta Pendidikan, kajian-kajian dan kehendak rakyat terbanyak. Tempoh masa 6 tahun sudah cukup merugikan mereka. Jika diteruskan maka yang rugi adalah anak bangsa kita juga.
3. Bahasa Inggeris adalah bahasa penting
Ada pandangan mengatakan Bahasa Inggeris adalah bahasa yang penting untuk maju didunia ini. Mengapa perlu ditentang
Jawapan
Bahasa Inggeris memang penting. Tetapi PPSMI bukan caranya mengajar sains dan matematik untuk memandaikan pelajar dalam Bahasa Inggeris. Caranya terbaik adalah dengan memperkasa pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri. Latih guru-guru, memberi minat kepada pelajar, tingkatkan bahan-bahan pengajaran dan lain-lain lagi.
4. Sikap orang Melayu yang hidup dalam zon selesa
Ada yang menyatakan bahawa inilah sikap sebenar orang melayu yang tidak mahu berubah dan suka hidup dalam zon selesa
Jawapan
Ini bukan mahu kembali kepada zon selesa tetapi zon hasil daripada dasar PPSMI ini akan merugikan anak bangsa pada masa akan datang. Zon PPSMI adalah zon neraka bagi pelajar-pelajar luar bandar.
5. Pelajar tiada masalah dengan Bahasa Inggeris
Ada yang berpandangan bahawa pelajar tiada masalah dalam Bahasa Inggeris mengapa perlu ditentang.
Jawapan
Mereka yang tiada masalah dalam Bahasa Inggeris adalah anak-anak yang pintar dan kebanyakkan mereka yang ibubapanya boleh bertutur dan faham dalam Bahasa Inggeris. Anak-anak pintar ini tidak boleh dijadikan rujukkan kes untuk semua pelajar. Sebabnya adalah mereka tiada masalah belajar walaupun diajar menggunakan bahasa Jerman pun mereka boleh ikut. Komposisi mereka adalah 10 % sahaja daripada keseluruhan pelajar. Bagaimana mereka yang 90% lagi yang kebanyakkan mereka tinggal diluar bandar. Bagaimana masa depan mereka. Adakah kita mahu memperjuangkan 10% pelajar dengan meninggalkan 90% yang lain.
6. Mereka yang menentang PPSMI adalah mereka yang tidak fasih menggunakan Bahasa Inggeris
Ada yang menyatakan adalah mereka yang menentang PPSMI adalah mereka yang tidak fasih dalam Bahasa Inggeris
Jawapan :
Dato’ Hassan Ahmad Pengerusi GMP, Prof Shahril Md Zain dan Prof Dr Abdullah Hassan sebagai simbol perjuangan mansuh PPSMI. Siapa yang ragu keupayaan mereka dalam Bahasa Inggeris. Sepanjang saya bergaul dengan Dato’ Dr Hassan Ahmad beliau merupakan seorang penyemak Bahasa Inggeris bagi tulisan-tulisan sarjana melayu dalam Bahasa Inggeris.
7. Keputusan PMR dan UPSR adalah baik. Mengapa ditentang
Ada yang menyatakan keputusan peperiksaan PMR dan UPSR setiap tahun baik. Mengapa ditentang
Jawapan
Bolehkah kita percaya dengan kementerian yang mana dia yang buat dasar dan dia juga yang menilai. Jika benar-benar mereka telus sila maklumkan kepada rakyat berapa markah lulus bagi setiap matapelajaran. Ada pensyarah universiti menyatakan markah lulus adalah 15 %. Apa nak jadi dengan masa depan pelajar kita jika markah lulus serendah itu. Mereka cemerlang di sekolah tetapi bakal gagal di universiti. Hancur anak anak bangsa kita.
Bersambung.......
Maaf : Akibat kekurangan masa saya tidak sempat membuat semakkan ejaan dalam tulisan di atas.
Jom Ke Blog Baru Saya!
13 years ago
0 comments:
Post a Comment