Selepas 4 orang bekas ADUN Pakatan Rakyat menyeberang ke BN bersama Najib dan Nizar memohon membubarkan DUN ada beberapa kemungkinan yang akan berlaku :
Kemungkinan Pertama :
Jika Sultan bersetuju DUN di bubarkan maka pilihanraya diperingkat Negeri Perak akan berlaku. UMNO tidak bersetuju pembubaran ini kerana mereka sedang tenat dengan pemilihan diperingkat tertinggi. Pada Pakatan Rakyat pula ia merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut ini.
Kemungkinan Kedua :
Sultan Perak tidak menerima pembubabaran DUN sebaliknya menyerahkan kuasa kepada parti yang mengusai DUN iaitu BN. Najib lebih selesa dengan kemungkinan ini. Ia selamat daripada bahana pilihanraya kecil. Tetapi rakyat tertipu. Mereka mahu PR memerintah tetapi tiba-tiba BN pula yang memerintah.
Mengikut undang-undang tubuh negeri, sekiranya pilihan raya negeri tidak diadakan, penubuhan kerajaan negeri baru boleh berlaku melalui dua cara.
Pertamanya, melalui undi tidak percaya terhadap Menteri Besar pada persidangan DUN dan cara kedua ialah Sultan memberi perkenan kepada pelantikan Menteri Besar yang baru dari kalangan anggota yang dipercayai baginda mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota dewan.
Jom Ke Blog Baru Saya!
13 years ago
0 comments:
Post a Comment