Wednesday, February 11, 2009

Kalaulah Nizar Menjadi Calon Parlimen Bukit Gantang

Kalau Nizar menjadi calon Parlimen Bukit Gantang maka .....

1. Mudahlah orang Bukit Gantang mengenalinya sebab beliau seorang yang popular di Perak mengatasi Menteri Besar Kerajaan Haram Perak sekarang Dato' Dr Zamri.
2. Mudahlah kita mengukur sokongan rakyat sama ada kepada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.
3. Sukarlah BN nak masukkan Nizar dalam ISA. Sebab kalau dia menang tak logik BN nak sumbat dalam ISA.
4. Nizar boleh pegang dua jawatan Menteri Besar dan Ahli Parlimen. Sebab Tan Seri Khalid Ibrahim pun pegang 2 jawatan sekali gus.
5. Mudah rakyat mahu faham apa sebenarnya yang berlaku dalam pelantikkan Menteri Besar Kerajaan Haram Perak sekarang.
6. Pakatan Rakyat akan menang besar di Bukit Gantang kerana 97% rakyat berpihak kepada Pakatan Rakyat yang mahu DUN dibubar.
7.Tekanan kepada kerajaan haram Perak semakin kuat. Akhirnya DUN akan dibubarkan juga.
8.Pakatan Rakyat boleh mencabar Dr. Zamri bertanding lawan Nizar. Jika Zamri menolak maka BN sudah kalah 1 - 0.
9. Berisilah jua masa Nizar sementara DUN Perak di bubar. Jika tidak pun, apa yang Nizar boleh buat jadi Kerajaan Minoriti seperti sekarang.

1 comments:

Anonymous said...

salam perjuangan suhaizan...

dalam berita semalam UMNO kata bendera BN sudah berkibar di Bukit Gantang menandakan rakyat Perak sudah kembali menerima UMNO dan BN...keh..keh..keh....rahim kat depan TV gelak sakan....apa punya ukuran UMNO pakai ni....samada perasan atau syok sendiri umno memang macam luncai terjun dgn buah labu...maka elok sangat kalau kita biarkan...biarkan...kelakar !