Friday, February 6, 2009

Dua Kerajaan Dalam Satu Masa



Dato' Dr Zamri Abdul Kadir
Menteri Besar Kerajaan Lompat Perak


Tepat jam 4 petang jumaat 6-02-09 maka terbentuklah sebuah Kerajaan Negeri Perak yang baru hasil daripada lompat melompat parti. Kerajaan ini dikenali sebagai Kerajaan Lompat Negeri Perak. Barisan Exconya dikenali sebagai Exco Lompat Negeri Perak. Kerajaan ini dipimpin oleh Datuk Dr Zamri Abdul Kadir.

Dalam masa yang sama sebuah lagi kerajaan masih belum lagi dimansuhkan dikenali sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dipimpin oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin. Beliau menyatakan masih menjadi Menteri Besar Perak sebab hanya Sidang Dewan Undangan Negeri Perak sahaja yang boleh menentukan. Bukan Najib dan bukan juga UMNO yang menentukan beliau tidak mendapat mandat daripada sidang dewan undangan negeri. Sidang dewan undangan negeri masih belum bersidang. Oleh itu Nizar tidak mendapat mandat masih lagi tidak terbukti.

Kemelut ini sememangnya telah dijangka dari awal lagi sebab itulah ramai berpendapat langkah membubarkan DUN merupakan jalan yang paling adil kepada semua pihak.Apakan daya telajak perahu boleh diundur, telajak kata .......

3 comments:

Hasbullah Pit said...

Saudara Suhaizan

Sudah banyak blog PAS lain yang menceritakan krisis Perak

Blog PAS yang cerita PPSMI tak banyak.

cerita PPSMI tenggelam.

Ayuh luangkan lebih masa untuk bantahan PPSMI

Anonymous said...

sudah2lah tu pas pon...sebab korang sebok ngan PR lah org ilang rasa hormat kat PAS. Cuba kaji negeri yang PR pegang pada PRU yang lepas, berapa majoriti yg dapat setiap dun or parlimen yang menang...tak mustahil PRU13 dapat kat BN semula.

Politik = politik.

Anonymous said...

Mengenang Sejarah
Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak
hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan
benang basah atau pun secara 'keras kin'.
Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan,
perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa
atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad
Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan
tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah
disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya
mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan
kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara.
Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di
kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka
jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular
tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara
hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu
ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh
dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan
kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35
tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas
Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini
bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang
berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun
suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak
berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB
buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun).
Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan
berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah
kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat
berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang
baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan
dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan
pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; "Sultan Perak
mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang
jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan
diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut
Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan
supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau
memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar,
iala Presiden UMNO."

Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan
Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur
janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti
menjadi MB.

Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak
dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau
benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur
janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi
Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa
sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden
Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali
berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali
membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi
Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran
Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan
Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog
beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd.
Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik
sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang
jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan
Setiausaha Agung UMNO.


Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut
kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik
memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia
memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji
Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada
masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada
tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan
melakukan rasuah.

ARAB BERSATU


Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana
Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu.
Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir
Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu
golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji
Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala
pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan
menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat
isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri,
Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari
ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan
Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu'ud bin Untoi dan Ismail
Abdul Rauf, Dato' Abdul Malik Ahmad, Dato' Seri Haji
Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun
Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan
Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham
telah menggunakan Ishak Tadin menjadi 'perunding'
antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan
diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam
beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda
melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar
dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja.
Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan
Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin
sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju
dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji
Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.


Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah
mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di
hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana
Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil
saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam
pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah
memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan
negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik
seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

" Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri
Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal
kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan
datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun," kata
saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal
baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri
Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk
mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik
yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi
memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan
diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah
menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah
Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak
telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan
berkata, "Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak
Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri
sebagai Menteri Besar selama dua tahun."

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris
Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris
telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi
Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda
akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan
tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis
Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak
bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak
memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri
Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan
dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi
tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya
kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan
Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977.
Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri
Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri
(berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala
Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung
atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah
meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau
lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke
Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan
sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir.
Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi
mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati
menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, 'kata
dulang paku sepih'.