Thursday, February 19, 2009

Sokong Debat PAS vs UMNO Isu PPSMI

Saya menyokong penuh kenyataan Ketua Pemuda PAS Pusat YB. Salahuddin Ayub yang telah mencabar Pemuda UMNO berdebat dengan Pemuda PAS dalam isu berkaitan dengan PPSMI. Ini kerana UMNO benar-benar mempertahankan PPSMI walaupun jelas berdasarkan penyelidikkan UPSI PPSMI ternyata gagal.Walaupun gagal tetapi demi maruah UMNO yang mencadangkan dasar ini maka mereka terpaksa mempertahankannya.

Pemuda UMNO jangan hanya berani berhujah di TV9 sahaja dalam menentukan kepimpinan Ketua Pemuda UMNO. Berhujah sesama ahli UMNO kemudian menjadikan Pakatan Rakyat sebagai sasarannya memanglah mudah. Demi masa depan generasi akan datang Dewan Pemuda PAS Pusat bersedia berdebat dengan Pemuda UMNO yang kononya memperjuangkan nasib bangsa melayu.

Rakyat negara ini mahu tahu apakah hujah-hujah UMNO untuk mempertahankan PPSMI ini. Debat ala Anwar vs Sabri Cik perlu dibuat. Mana-mana badan NGOs boleh menjadi sekretariat debat ini bagi mempastikan debat dapat berjalan dengan adil dan saksama. Jika Pemuda UMNO gagal membuktikan bahawa PPSMI boleh membawa kejayaan kepada generasi akan datang. Maka Pemuda UMNO hendaklah bertindak U-turn membantah PPSMI.Jika Pemuda UMNO tidak sanggup menerima cabaran untuk berdebat dengan pemuda PAS maka terbuktilah Pemuda UMNO sudah kehilangan kejantanannya.


Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat.

3 comments:

Anonymous said...

Jika Pemuda UMNO tidak sanggup menerima cabaran untuk berdebat dengan pemuda PAS maka terbuktilah Pemuda UMNO sudah kehilangan kejantanannya.>>>>>>>>debat ni nak tunjuk kejantanan ke?begini..saya suka melihat dari aspek yg luas.bukan hendak memburukkan keadaan. semua ini unsur politik. kalau dilihat latarbelakang tuan sendiri, mempunyai ijazah dan master dlm sains komputer, sudah tentu dlm bahasa inggeris. tidak ada bahasa melayu. melayari internet pun harus memahami istilah inggeris seperti "search engine". jadi, sebagai intelektual, saudara pasti faham tujuan belajar bahasa inggeris. sudah berapa jurnal bahasa melayu yang saudara siapkan dalam bahasa melayu sepanjang pengajian master?pernahkah saudara terpanggil untuk menghasilkan buku ilmiah pengajian sains komputer dalam bahasa melayu?kenapa masih menggunakan buku rujukan inggeris?sebagai bekas pensyarah, saudara pasti mengalami semua ini.situasi ini yg hasrus kita utamakan. jgn jadikannya politik. maju negara kerana politik, hancur rakyat kerana politik.

Anonymous said...

memansuhkan ppsmi bukan memansuhkan bahasa inggeris...mmg perlu belajar bahasa inggeris tp bukan melalui subjek sains dan math.

sepatutnya mantapkan pengajaran subjek english tu..tukar approach... bukannye kacau subjek lain pulak.

sains dan math dah le susah... makin disusahkan dgn english pulak...

kesian..kesian...kesian kat adik2ku kat kg...

sedarlah said...

saya stuju.tingkatkan approach english. tapi adik2 yg kat kampung takkan nak jadi kampung je?takda beza pendidikan bandar dan luar bandar.cuma yg membezakan adalah faktor geografi. isteri sy juga mengajar di kampung tapi dia tetap ngajar dlm english. baginya, kalau kita berlembut, kita menganianya mereka. tapi kita kene teruskan ngajar english bagi mereka faham dan berusaha untuk faham. jgn nak tunggu org suapkan jee..