Thursday, February 12, 2009

KENYATAAN MEDIA : TEKANAN SEMAKIN KUAT BUKTI UMNO DALAM KEADAAN TERTEKAN

Kerajaan Barisan Nasional telah menggunakan kuasanya melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas akhbar PAS dan PKR di Perak, Kedah, Selangor dan Johor. Ini berikutan daripada akhbar-akhbar ini telah melaporkan keadaan yang tidak dilaporkan dalam media masa arus perdana mengenai rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak yang telah dikepalai sendiri oleh bakal Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak. Rampasan akhbar ini merupakan usaha UMNO dan Barisan Nasional kononnya untuk menutup maklumat berkaitan daripada diketahui oleh rakyat yang sedang dahagakan maklumat.

Pendekatan merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan ini adalah merupakan cengkaman Barisan Nasional yang boleh diketogerikan sebagai ketinggalan zaman dalam dunia cyber sekarang. Semakin kerajaan BN menutup saluran media cetak ini maka rakyat semakin mencari berita altenatif seperti blog, web, tvweb, sms dan lain-lain lagi. Kerajaan BN perlu ingat rakyat sekarang bukan seperti zaman dahulu semasa BN zaman 70an. Rakyat rata-rata telah berpendidikan tinggi, mampu mencari berita altenatif, mampu menganalisa dan membuat keputusan yang tidak terikat kepada budaya mengenang budi BN.

Jika BN masih berkeyakinan dengan cara cengkaman lama maka suka untuk dicadangkan agar BN menutup sepenuhnya saluran maklumat kepada rakyat seluruh negara. BN boleh mengarahkan kerajaan menutup kemudahan internet, pusat cybercafé, Sistem Pesanan Ringkas(SMS), MMS, kilang percetakkan, kedai fotocopy dan lain-lain lagi. Seterusnya salurkan segala maklumat rampasan Kerajaan Negeri Perak hanya dalam media arus perdana seperti TV1, TV3, Berita Harian, Utusan Malaysia dan banyak lagi. Selepas itu bersukarialah BN kerana telah berjaya menggunakan kuasa dengan rakus untuk menekan rakyat. Insya-Allah rakyat akan mebuat keputusan yang adil dalam pilihanraya ke-13 nanti.

BN juga telah menekan pihak polis untuk menyekat permit ceramah khususnya di Negeri Perak. Tekanan terhadap negeri-negeri seluruh negara akan menyusul kemudian. Tekanan ini adalah disebabkan pihak polis telah mendapat maklumat sambutan luar biasa terhadap ceramah-ceramah Pakatan Rakyat seluruh negara. Bayangkan penceramah yang tidak popular pun mendapat sambutan luarbiasa seperti ceramah Tn. Haji Mohammad Sabu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Keadaan akan lebih gawat jika Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, selebriti rampasan kuasa di Perak berceramah diseluruh negara.

Pihak kerajaan BN haruslah bertindak dengan adil dan saksama dalam menghadapi kemelut politik yang telah dicaturkan oleh mereka sendiri. Kemelut rampasan kerajaan haram Negeri Perak ini bakal menjadi senjata makan tuan tidak lama lagi. UMNO dan BN bakal mengigit jari melihat kemelut disama. Pepatah melayu berkata ”untung secupak, rugi sebelanga”. BN untung secupak tetapi PR akan untung sebelanga. Rakyat akan memberi kepercayaan kepada PR untuk memerintah Malaysia selepas pilihanraya ke-13.




Yang Benar,



Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Pusat
H/P : 019-7285174
Blog : http://kentong-suhaizan.blogspot.com
email : suhaizankayat@yahoo.com

0 comments: