Friday, February 20, 2009

Harakah : JPN paksa persatuan sokong dasar PPSMI - pengerusi PIBG

KOTA BHARU, 19 Feb (Hrkh) - Setelah menyedari pelbagai pihak bangkit menentang dasar pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), kini Kementerian Pelajaran dikatakan mencari sokongan secara paksa melalui ibu bapa.

Terbaru pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di negeri ini diminta menandatangani surat yang berupa teks ucapan mesyuarat PIBG yang disediakan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Mengikut sumber setiap pengerusi PIBG dipaksa menandatangani serta membaca teks ucapan yang telah siap ditulis oleh JPN ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat tersebut.

"Antara lain kandungan teks itu iaitu bersetuju menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains.

"Tindakan JPN amat tidak adil kerana tidak memberi kebebasan langsung terhadap pengerusi PIBG membuat pilihan sendiri.

"Perkara seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini di mana setiap pengerusi PIBG bebas berucap apa sahaja asalkan ia memberi kepentingan kepada pelajar dan sekolah," katanya yang juga pengerusi PIBG sebuah sekolah ketika ditemui di sini.

Menurutnya JPN cuba bermain sandiwara setelah menteri pelajaran diasak teruk di mana pelbagai pihak tampil menentang dasar PPSMI yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri.

Kata beliau seharusnya kerajaan mendengar keluhan rakyat dan bukannya memekat telinga meneruskan dasar PPMSI.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan JPN Kelantan yang cuba memperalatkan PIBG untuk tujuan politik. - mj

3 comments:

Anonymous said...

JPN Kelantan memang dah lama jadi kuda tunggangan pihak-pihak berkepentingan

guru-guru dipaksa hadir ke majlis anjuran parti politik dengan kehadiran diambil, namun ramai yang hadir semata-mata utk sign kemudian angkat kaki

sedarlah said...

bagi aku, semua yg berkepentingn mmg camtu. even kerajaan negeri kerah jugak utk kepentingan parti. tidakkah begitu?semua ni sebab politik.melayu ni mmg terror bab politik. sebab tu melayu "maju".

HBM Consultant said...

JPM perlu dicabar supaya membuat peperiksaan percubaan UPSR (Sains dan Matematik) dalam BI sepenuhnya (bukan bilingual)... umumkan sekali peratusan markah lulus pelajar... kemudian baru kita akan tahu, PPSMI berjaya atau tidak...

Kenapa peperiksaan percubaan? sebab kita tidak mahu pelajar menjadi mangsa jika ramai yang gagal dalam peperiksaan UPSR sebenar..