Harapan rakyat seluruh negara khususnya di Negeri Perak amatlah besar kepada Tuanku Sultan Azlan Shah terhadap keputusan yang bijaksana samaada bersetuju membubarkan DUN Perak atau menyerakan kuasa Menteri Besar Perak kepada Barisan Nasional. Berdasarkan sifat Tuanku yang dianggap berpengalaman luas dalam perundangan negara, pernah menjawat jawatan Ketua Hakim Negara sebelum Tun Salleh Abas lagi sudah tentulah Tuanku akan berpihak kepada rakyat dalam membuat keputusan ini.
Tuanku seharusnya berpihak kepada pembubaran DUN tidak menyerahkan kuasa kepada Barisan Nasional bukan kerana Tuanku berpihak kepada Pakatan Rakyat tetapi Tuanku berpihak kepada rakyat negerinya sendiri. Rakyat negara ini telah mengembalikan kuasa raja-raja semasa era penjajahan dahulu. Jika rakyat tidak berjuang bermati-matian untuk menjaga institusi raja-raja maka mungkin negara ini menjadi seperti Indonesia yang tidak beraja. Oleh itu dikala rakyat tersepit dalam kemelut politik yang tidak menentu ini maka harapan besarlah rakyat kepada Tuanku bagi membetulkan keadaan ini.
Mengapakah Tuanku perlu menyebelahi rakyat dalam isu ini ?
Pertamanya : Hormati Keputusan Rakyat
Pilihan rakyat Negeri Perak dalam pilihanraya ke-12 pada 8 Mac 2008 adalah kepada Pakatan Rakyat(PR) bukan kepada Barisan Nasional(BN). Dimana PR memperolehi 31 kerusi dan BN memperolehi 28 DUN. Walaupun kelebihan 2 kerusi ia telah membuktikan rakyat Perak menggunakan kuasa demokrasi untuk menjatuhkan BN. Tiba-tiba Adun yang dilantik menggunakan tiket PR telah melompat kepada BN. Adun melompat ini adalah adun yang tidak berpendirian. Tentuah rakyat terbanyak tidak boleh bersetuju dengan mereka. BN pula telah menggunakan kuasa saktinya untuk menarik 3 Adun PR kepada mereka. Bagi meredakan kekalutan ini Tuankulah yang perlu menjadi orang tengah menyelesaikan masalah ini
Keduanya : Kerajaan Yang Rapuh
Jika kerajaan Barisan Nasional di Perak dibentuk maka mereka dibentuk atas asas-asas yang tidak kukuh. Adun yang menyokong mereka adalah orang yang didakwa dengan tuduhan berat. Bukan sahaja rasuah malah juga sex. Salah seorang pernah menyatakan bahawa krontraktor memberi mereka perempuan adalah sedekah. Bukannya zina. Mungkin apabila sabit kesalahan maka mereka akan di gugurkan daripada jawatan Adun. Maka kosonglah 2 kerusi lagi. Maka BN akan memperolehi 29 menakala PR akan ada 28. Kelebihan 1 kerusi ini adalah sungguh rapuh bagi sebuah kerajaan di pantai barat ini. Ia berbeza dengan Kelantan yang punya kefahaman politik yang berbeza. 3 adun yang melompat ini adalah adun bebas yang menyokong BN. Persolannya bagaimana BN mahu mengikat mereka. Peraturan BN tidak boleh mengikat mereka. Ada dua sahaja instrumen yang BN boleh pakai iaitu UGUT & DUIT. Akhirnya dikuatiri kerajaan akan bertukar semula di Perak. Maka akan berulang kalilah peralihan kuasa ini berlaku. Tentulah yang menjadi mangsa adalah rakyat Perak. Saya fikir tidak mungkin Tuanku tidak terfikir perkara ini. Maka sewajarnyalah memberi kuasa semula kepada rakyat untuk memilih semula pemimpin mereka.
Ketiganya : Budaya Lompat Sungguh Menghinakan
Budaya lompat parti adalah suatu budaya yang sangat tidak elok. Sebab itulah PAS ada keadah BAI’AH bagi setiap calon yang bertanding. Bai’ah ini umpama sumpah laknat jika mungkir janji. Ini kerana menjadi calon adalah amanah parti yang mencalonkannya. Maka calon-calon ini sebenarnya membawa panji-panji parti. Jika mereka melompat sebenarnya mereka bukan pemimpin tetapi perosak kepada negara ini. Mereka adalah orang yang paling tidak boleh dipercayai. Jika sesuatu berlaku dalam negara kata-kata orang inilah yang perlu dihindari. Rasulullah cukup mencela orang seperti ini. Dalam Al-quran orang munafiq lebih banyak disebut dibandingkan dengan orang bukan islam. Saya tak fikir Tuangku akan menjadikan Negeri Perak dipimpin oleh orang-orang seumpama ini. Negeri Perak yang terkenal dengan keberaniannya menentang penjajah seperti pembunuhan J.W.W Berch di Pasir Salak tak mungkin boleh tergadai dengan kehadiran orang seperti ini. Jika pemimpin boleh dijual beli macamana rupa rakyat Negeri Perak pada masa akan datang. Pemimpin yang dilantik menjadi contoh tidak baik kepada rakyat Negeri Perak.
Atas faktor-faktor di atas maka saya berfikir hari esok Tuanku akan memanggil Nizar dan Najib untuk duduk bersama. Tuangku akan memberi peluang kedua-duanya mengemukakan hujah masing-masing. Akhirnya Tuangku akan membuat keputusan. Pendekatan yang sama telah dibuat semasa pembentukkan awal kerajaan Perak dahulu, dimana semua parti dipanggil untuk memberi keterangan. Akhirnya Tuangku membuat keputusan melantik Nizar menjadi MB. Suatu keputusan diluar jangka. Oleh itu dengan penuh harapan Tuangku mengunakan kebijaksanaan membuat keputusan yang penting ini. Mungkinkah teori RAHMAN yang selalu disebut-sebut ini akan bertukar daripada Najib kepada Nizar? Marilah kita tunggu sama-sama.
Jom Ke Blog Baru Saya!
13 years ago
0 comments:
Post a Comment