Wednesday, February 18, 2009

Apa Nak Jadi Negaraku ni?

Aku rasa malu duduk dalam negara Malaysia ini. Sebab :

1. Ada pemimpin diberi amanah bertanding atas tiket sesuatu parti. Bila menang kena ugut langsung lompat parti sampai terbalik sebuah negeri.
2. Ada pemimpin tidur kat rumah pun gambar tidurnya diambil orang. Lepas tu sebar di internet. Habis kalau tak tidur kat rumah.... nak tidur kat mana???
3. Ada pemimpin ada hubungan dengan perempuan lain. Buat kerja kat Batu Pahat. Letak jawatan. Lepas tu menang pulak jawatan lebih besar lagi bila bertanding.
4. Ada pemimpin dikatakan bininya terlibat dengan isu bunuh tapi nak ditabalkan jadi PM
5. Ada pemimpin dulu dikenali Mr. Clean tapi sekarang dah jadi Mr. x-clean. Lemah, lembik sampai tukang kebun pun belum tentu mahu ikut kata dia. Pemimpin apa namanya macam tu. Pemimpin ni macam tak nak berhenti walaupun katanya bulan mac ni dia berhenti.
6. Ada pemimpin emak melayu, bapak melayu, mertua melayu, anak dia pun melayu tapi suruh orang belajar sains & matematik dalam bahasa Inggeris. Bukan nak perkasakan bahasa inggeris tapi nak perlingkup anak bangsa di kampung-kampung.


Bila ada majlis keramaian menteri datang....kita disuruh berbangga tinggal di negara ini. Aduhhhhhh.....

1 comments:

sedarlah said...

hehehee...macam2...melayu mmg cenggitu...suka kata bende yg taktau lagi...kene batang idung sendiri baru tengadah..ada bukti ke cakap tukang kebun tak dgr ckp pak lah???itu fitnah...yg benar kalau ckp mengumpat...yg tak pasti itu fitnah...saudara kene mintak maaf ngn paklah cepat sblm dia mati...