Wednesday, June 24, 2009

HIDUNG UMNO TAK MANCUNG PIPI TERSORONG-SORONG

Setelah dua orang Tok Guru iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama Dewan Harian PAS Pusat duduk semeja menyelesaikan konflik Kerajaan Perpaduan maka keputusan telah dibuat iaitu Isu Kerajaan Perpaduan ditutup dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat telah menarik balik gesaannya terhadap YB. Ust Nasaruddin Mat Isa agar masuk UMNO. Maka selesailah satu episod Kerajaan Perpaduan & Kerajaan Pakatan Rakyat. Sebelum itu Pakatan Rakyat juga telah menegaskan tiga perkara iaitu :

1. PAS, PKR dan DAP sepakat dalam Pakatan Rakyat
2. Pakatan Rakyat menolak Kerajaan Perpaduan
3. Pakatan Rakyat terbuka kepada Barisan Nasional untuk berbincang bagi mencari penyelesaian terhadap masalah yang berkepentingan negara.

Setelah episod di atas selesai ada makhluk yang telah mengintai-intai sama ada mahu merosakkan Pakatan Rakyat atau mengambil kesempatan terhadap PAS. Makhluk ini bernama UMNO. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan adalah gabungan semua parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Ertinya Kerajaan Perpaduan ini melibatkan PAS, UMNO, PKR, DAP, MCA, MIC, PPP, GERAKAN dan lain-lain lagi. Tetapi UMNO ingat Kerajaan Perpaduan ni gabungan UMNO- PAS meninggalkan Pakatan Rakyat. UMNO akan dapat membuli PAS jika PAS terperangkap dangan umpan UMNO ini. Setelah UMNO kecewa mereka pulak menuduh PAS tunduk kepada PKR dan DAP. PAS bukan tunduk kepada PKR dan DAP tapi PAS bertegas dengan janji yang telah dimeterai dalam Pakatan Rakyat. Inilah dikatakan "Hidung UMNO tak mancung, pipi tersorong-sorong”

Walau bagaimanapun sesuatu yang harus disedari oleh rakyat Malaysia ialah kesepakatan PAS dalam menghadapi masalah dalamannya. Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dalam mana-mana pertubuhan. Tetapi bagaimana menguruskan perselisihan pendapat itulah yang menjadi kayu ukur terhadap keupayaan pertubuhan tersebut. Dalam isu ini PAS berdepan dengan pertembungan dua idea di peringkat kepimpinan paling tinggi dalam parti iaitu Presiden dan Mursyidul Am. Menariknya PAS boleh menguruskan perbezaan ini dengan cepat, mudah dan berkesan. Cuba bayangkan konflik ini berlaku dalam UMNO antara Najib Tun Razak dengan Muhyiddin Yassin. Apakah yang akan terjadi. Konflik pernah berlaku antara Mahathir dengan Tengku Razaleigh akhirnya UMNO berpecah kepada UMNO(Baru) dengan Parti Semangat 46(S46). Itulah rapuhnya perpaduan dalam UMNO. OK. Sekarang pilihlah antara UMNO dan PAS, mana yang mampu menjadi tonggak kepada perjuangan menegakkan kepentingan ISLAM di negara ini. Buatlah pilihan untuk pilihanraya ke-13 akan datang.

2 comments:

Anonymous said...

sy harap rakyat akan pilih BN drp PR dan melayu akan pilih UMNO drp PAS sekarang bukan PAS dulu...

Anonymous said...

melayu bodoh aje yang pilih PAS...