Apa Mahathir Kata ?
1. Liberalisasi tidak tolong Melayu, Cina dan India sebab mereka diperuntukkan hanya 25% sahaja dibandingkan dengan 51% sebelum ini.
2. Tindakan Najib adalah untuk beliau menjadi polular sebab pengumuman yang terlalu liberal.
3. Ekonomi Malaysia sdg berkembang. Masalah ekonomi yang berlaku sebab ekonomi global bukan domistik.
4. Orang asing adalah orang yang tidak setia kepada negara. Tetapi mereka diberi 70% pegangan ekuiti.
http://www.malaysiainsider.com/index.php/malaysia/31336-dr-mahathir-plan-to-open-up-economy-wont-help
Jom Ke Blog Baru Saya!
13 years ago
2 comments:
Kita bagi (jual) Proton pada syarikat luar, kita bagi KLIA pada syarikat luar, kita bagi kampung kita pada orang luar, kita bagi segala-galanya – kan dapat pulangan duit kertas. Atau itik yang bertelur emas (asset) ni kita simpan – telurnya saja kita liberalisasikan. Itik (ketuanan) kita simpan – tiada kompromi dalam hal ketuanan kita.
Liberalisasi ekonomi cenderung kepada penjajahan sesebuah negara. Cuba fikir kenapa mana-mana syarikat yang hendak bertapak diSarawak perlu didaftarkan mengikut kehendak negeri Sarawak iaitu 51% ekuitinya hendaklah orang Sarawak. Kenapa, kemasukkan orang semenanjung (walhal warganegara Malaysia) ke Sarawak bersyarat?
Peliknya, bila orang luar/ syarikat asing – mudah sangat diberikan “kerakyatan” penuh berniaga – untungnya disedut keluar negara balik ke tanah asal nenek moyang mereka. Apa yang orang tempatan dapat dipenghujungnya? Bila madunya sudah habis, mereka pun belah - Seperti Tun Mahathir kata, mereka ini/ syarikat luar ini tiada kesetiaan – itulah pentingnya disyaratkan 30% – sebaiknya (ideal) ekuiti orang tempatan adalah 51% apapun 49% pun takpe. Kalau 30% inipun dihapuskan atau direndahkan lagi, bukankah itu hakikatnya kita sudah hilang ketuanan?
Orang Melayupun dari negeri bukan Kelantan tak lepas jika hendak memiliki tanah diKelantan kalau bukan anak jati Kelantan – hati-hati dengan liberalisasi. Kenapa ada Tanah Simpanan Melayu? kenapa ada Hutan Simpan? Kenapa ada hak pribumi? dan sebgainya – kita tidak boleh liberalisasi secara mutlak. Yang kuat menelan yang lemah itu undang-undang rimba.
Apakah kita sudah begitu kuat untuk liberalisasi?
Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Air Jordan 5'4" Black | Air Jordan 5'4" Black | Air Jordan 5'4" | Air Jordan 5'4"
This review is done from the inside air jordan 18 retro red to my site look at the new air jordan 18 stockx my site air Jordan 드래곤타이거 5'4 and Air 스포츠 토토 중계 넷마블 Jordan 5'4 Black. It's a standard size, two piece black leather travel good air jordan 18 retro case with two
Post a Comment