Friday, July 3, 2009

Krisis Ekonomi Global. Barisan Nasional (BN) Wajib Di tumbangkan

Dalam menghadapi persaingan ekonomi global, kerajaan tidak dapat lari daripada mengubah bebarapa polisinya. Jika tidak maka pelaburan asing tidak akan masuk berlabur di negara kita. Contohnya kerajaan Singapura yang mempunyai polisi ekonomi yang jauh lebih liberal daripada kita telah banyak mendahului negara kita dalam pelbagai sektor ekonomi. Oleh itu pilihan kerajaan tidak banyak dalam membawa negara ke dalam ekonomi global. Kerajaan terpaksa menerima proses liberalisasi ini.

Kesan kepada proses liberalisasi ini adalah bebrapa kepentingan bumiputra dan bukan bumiputra akan terjejas. Disinilah berlakunya krisis. Contohnya kalau kerajaan lebihkan bumiputra maka pelabur tidak mahu datang. Negara kita tidak mempunyai daya saing. Pelabur lebih suka melabur di negara luar. Maka mundurlah negara kita. Kecualilah negara mempunyai kecairan yang cukup tinggi sehinggakan kita tidak perlu bergantung kepada pelaburan asing.

Kalau kerajaan lebihkan pelabur maka pegangan ekuiti bumiputra dan bukan bumiputra pula akan terjejas. Kapitalis yang datang bukannya mereka mahu menolong kita sebaliknya mahu menjahamkan ekonomi kita. Apabila banyak mereka melabur maka banyaklah juga yang mereka dapat. Apabila banyak yang pelabur dapat maka kuranglah pula yang rakyat Malaysia dapat. Cuma yang mungkin rakyat dapat adalah limpahan daripada pelaburan ini. Contohnya apabila pelabur datang tentulah peluang pekerjaan bertambah seterusnya sektor perkhidmatan akan menerima limpahannya.

Dalam menghadapi suasana ekonomi global ini suatu yang sangat penting adalah negara perlu menyediakan prasarana yang cukup untuk negara mampu berdaya saing dengan negara luar. Prasarana ini buka sahaja kemudahan infrastruktur seperti jalan, kenderaan, bank dan lain-lain lagi. Tetapi yang lebih penting adalah kerajaan mestilah bebas daripada unsur-unsur rasuah dan salahguna kuasa. Perkhidmatan kerajaan mestilah cekap dan mampu memantau setiap polisi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Persekitaran hendaklah selamat, jenayah mestilah mampu dikawal. Negara hendaklah aman, rakyat hendaklah hidup dengan suasana damai.

Disinilah timbul krisis kedua iaitu mampukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menghadapi krisis ekonomi global ini. Sedangkan BN telah terbukti tidak mampu membebaskan negara ini daripada rasuah, salahguna kuasa dan jenayah. Kerajaan juga sangat lemah dari segi memantau segala polisi yang telah digariskan. Apa yang sangat membimbangkan adalah kalau Dasar Ekonomi Baru (DEB) berhadapan dengan ketirisan dan projek ’ali-baba’. Kita kuatir setelah liberalisasi ini maka timbul satu lagi masalah iaitu projek ’Ali-John, Ali-Thomsen’. Oleh itu dalam mengadapi persaingan global ini kerajaan BN ini wajib ditumbangkan. Biarkan Kerajaan Pakatan memerintah. Barulah negara akan mampu bersaing dalam ekonomi global.


Suhaizan Kayat
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat

0 comments: