Thursday, July 9, 2009

Kenyataan Media Ketua Penerangan Pemuda PAS

PEMANSUHAN PPSMI ADALAH KEJAYAAN RAKYAT MALAYSIA

Tanggal 08.07.09 jam 2.30 petang maka berakhirlah dasar PPSMI(Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris) yang dianggap gila oleh Prof Diraja Ungku Aziz Bin Ungku Abd Hamid. Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin selaku Menteri Pelajaran telah mengumumkan pemansuhan sepenuhnya pada tahun 2012. Tahun 2012 diambil adalah untuk tidak menganggu sistem yang sedang berjalan pada masakini. Bagi sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil, bahasa ibunda akan menjadi bahasa penghantar mereka. Pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris akan diperkukuhkan untuk mempastikan bahawa pelajar-pelajar akan mengusai bahasa tersebut.

Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan yang beliau tidak bertindak mengikut desakkan mana-mana pihak atau bertindak atas kepentingan politik tetapi tindakkannya memansuhkan PPSMI selepas Himpunan 100 Ribu anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI(GMP) sudah menjadi bukti yang amat kukuh menyatakan bahawa kerajaan tunduk kepada tekanan kuasa rakyat. Dato’ Hishamuddin Tun Hussin, Menteri Pelajaran telah membentangkan hasil enam persidangan meja bulan, tiada satu pun resolusi yang mahu memansuhkan PPSMI. Semuanya lebih kepada mengubahsuai dasar tersebut. Selepas rakyat berkumpul di Kuala Lumpur dalam Himpunan 100 Ribu dengan semburan pemedih mata tahap tinggi dan beberapa tangkapan petugas-petugas Unit Amal Dewan Pemuda PAS serta orang awam barulah pihak kerajaan cuba untuk mempertimbangkan untuk memansuhkan PPSMI.

Pada 7hb Mac 2009 Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang didokong oleh NGO, pejuang bahasa, parti politik pembangkang, pelajar universiti dan rakyat Malaysia telah turun beramai-ramai dalam Himpunan 100 Ribu membantah perlaksanaan PPSMI bermula dari Masjid Negara ke Istana Negara. Gerakan ini dipimpin oleh Dato’ Dr. Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan Dato’ A Samad Said Sasterawan Negara. Sesuatu yang tidak diketahui umum bahawa tunggak utama mobilisasi himpunan rakyat ini adalah Dewan Pemuda PAS Pusat bersama dengan Pengerusi Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa Dan Pustaka Sdr. Hasni Abas. Himpunan inilah merupakan kemuncak kepada bantahan-bantahan rakyat selama ini.

Oleh itu pemansuhan PPSMI ini adalah kejayaan rakyat seluruh negara. Kita harus bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas pemansuhan ini. Walaubagaimana pun kita jangan lupa budget PPSMI sebanyak RM5.4 bilion kesan daripada dasar ini. Ada juga kenyataan yang mengatakan bahawa perbelanjaannya adalah diantara RM10 bilion – RM12 bilion. Kita mendesak pihak kerajaan mengemukakan kos sebenar pembaziran yang telah dilakukan agar boleh menjadi pengajaran pada masa hadapan. Tan Sri Muhyiddin jangan berlindung sebalik alasan bahawa semua perlatan boleh digunakan semula. Apabila sesuatu dasar berubah kebentuk yang asal sundah tentu ada pembaziran berlaku. Contonhnya kursus-kursus tidak perlu, penyelidikkan tidak perlu, sofware tidak perlu dan lain-lain lagi. Ini semua melibatkan duit rakyat yang perlu diberi penjelasan kepada rakyat.

Berdasarkan kepada kajian pihak kementerian, prestasi matepelajaran sains dan matematik adalah merosot selepas perlaksanaan dasar ini. Oleh itu dapat difahami bahawa terdapat generasi pelajar sekolah telah terkorban dalam dasar PPSMI ini. Mereka menghadapi tekanan mental yang sangat kuat ekoran dasar yang salah. Kefahaman mereka terhadap asas-asas sains dan matematik adalah terlalu lemah tidak setara dengan usia mereka. Mereka akan menghadapi pelbagai masalah apabila mereka mahu melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi. Pihak kerajaan mestilah bertanggungjawab atas kelemahan ini. Pelbagai inisiatif perlu dibuat untuk mendepani masalah ini. Contohnya memberi kelas intensif asas sains dan matematik untuk kumpulan ini.

Pemansuhan PPSMI adalah lambang kegagalan kerajaan menentukan dasar yang benar-benar perlu kepada rakyat. Kerajaan terlalu cuai menentukan masa depan rakyat. Kegagalan diperingkat dasar atau diperingkat perlaksanaan seperti Dasar PPSMI, Dasar Ekonomi Negara(DEB), Dasar Penswataan Negara dan pelbagai lagi telah menjadi liabiliti kepada negara kita. Rakyat dan negara terpaksa mendokong biawak hidup kerajaan Barisan Nasional. Maka sudah tiba masanya rakyat membuat perubahan terutamanya dalam pilihanraya akan datang. Hidup Islam. Hidup Rakyat.


Yang Benar,


Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Pusat

H/P : 019-7285174
blog : http://kentong-suhaizan.blogspot.com
email : suhaizankayat@yahoo.com

0 comments: