Friday, July 10, 2009

GILA OH GILA

Prof Diraja Ungku Aziz kata PPSMI dasar GILA. Barang siapa menyokong PPSMI maka jatuh keatasnya taraf GILA. Tanda-tanda GILA adalah dah resign PM tapi berlagak macam PM. Itulah GILA namanya.

Goverment Flip-Flop Reckless & Irresponsible

Walaupun kehendak penulis agak keterlaluan dari segi kebebasan mendapatkan pendidikan yang sepatutnya diseragamkan bagi mendapat suatu rupa bangsa yang seragam. Tetapi komennya terhadap kecuaian kerajaan dalam melaksanakan tugas adalah komen yang baik.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/john-lee/31898-government-flip-flop-reckless-and-irresponsible

Fakta Hasil Kajian PPSMI Yang Di Sembunyikan

Tidak kah kita terfikir bahawa fakta-fakta yang dikeluarkan oleh Tan Sri Mahyuddin Yassin dua hari lepas suatu fakta yang tidak pernah disiarkan sebelum ini. Terutamanya semasa Dato' Hishamuddin Tun Hussin jadi Menteri Pelajaran. Tiba-tiba bila pejuang Bahasa marah melalui Himpunan 100 ribu di Kuala Lumpur barulah Kementerian dedah fakta baru.

Fakta zaman Hishamuddin semuanya menyatakan PPSMI tidak menjejaskan prestasi pelajar. Malah memberi kesan positif kepada pelajar. Budak-budak kampung semua dah pandai berbahasa Inggeris. Tapi bila tiba zaman Mahyuddin Yassin fakta-fakta jadi sebaliknya iaitu PPSMI telah menganggu prestasi pelajar.

Sepanjang yang saya terlibat dengan penyelidikkan di UTM dulu. Hasil kajian ini akan dirumus untuk mendapat jawapan kepada masalah yang mahu diselesaikan. Jawapan ni sepatutnya ada satu sahaja. Boleh atau tidak PPSMI dilaksanakan. Tapi peliknya jawapan dalam Kementerian Pelajaran ada dua.

Saya rasa mula-mula Kementerian Pelajaran nak terus aja PPSMI. Kemudian pegawai Kerajaan disuruh mencari fakta-fakta menyokong. Kemudian bila pejuang bahasa marah, kementerian pun ubah pendirian mansuh pulak PPSMI. Pegawai yang sama diminta cari fakta-fakta yang membantah PPSMI.

Kalau begitulah cara Kementerian Pelajaran bekerja maka tak lebihlah cara orang kampung buat keputusan nak jual durian dikampung. Bila peraih pertama tawar harga murah dia kata "Durian dah habis". Bila peraih kedua datang dengan harga yang lebih tinggi " Durian ada di belakang rumah"

Malang nasib rakyat Malaysia berpemimpinkan Barisan Nasional.

Najib Jaguh Bahasa Melayu

Pagi ni saya tergelak besar. Geli betul hati saya. Saya kira ini boleh di iktiraf sebagai lawak antarabangsa. Bila saya baca Berita Harian ada berita bertajuk "Najib Jaguh Bahasa Melayu". Bila pulak Najib berjuang Bahasa Melayu? Bila pulak dia kena semburan pemedih mata?. Bila pulak dia kena tangkap polis sebab demo PPSMI? Bila pulak dia turun berjumpa rakyat nyatakan tidak setujunya terhadap PPSMI ?

Kalau Ghani Othman pejuang bahasa tu boleh kita berkira sikitlah. Ini Najib... geli betul hati aku.

Kalau nak puji pun berpada-padalah. Jangan melampau.....



Keratan Berita Harian 10.07.09

Najib jaguh bahasa Melayu

Oleh Misiah Taibmailto:Taibmisiah@bharian.com.my

Pengajaran, pembelajaran Sains dan Matematik dalam BM disokong

KUCHING: Bekas Menteri Pelajaran, Tun Abdul Rahman Yaakub menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai jaguh bahasa Melayu, menyamai ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Beliau berkata, ini jelas terbukti dengan keputusan kerajaan melaksanakan semula pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia berkuat kuasa 2012. "Saya sokong 100 peratus langkah ini. Ia tindakan yang wajar dipuji. Allahyarham bapanya dan Tuanku Abdul Rahman adalah jaguh bahasa Melayu dan ini diikuti oleh Najib," katanya dalam pertemuan dengan Berita Harian di kediamannya, di sini semalam.

Thursday, July 9, 2009

Kenyataan Dr Hassan Ahmad Mengenai Pemansuhan PPSMI

Kenyataan Media
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

09.07.09


§ Gerakan Memansuhkan PPSMI(GMP) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah mengumuman pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) sepenuhnya tahun 2012.

§ Bagi kami ini bererti bahawa mulai tahun 2010 semua pelajar baru tahun satu sekolah kebangsaan/sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah tingkatan 1 dan sekolah menengah tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun 2010 dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya.

§ Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda.

§ GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti.

§ GMP perihatin terhadap para pelajar sekolah yang penguasaan ilmu sains dan matematiknya bertaraf rendah akibat kegagalan memahami bahasa Inggeris. Sehubungan itu GMP berharap pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka setaraf dengan mutu pelajaran sains dan matematik sebelum 2003.

§ Pemansuhan PPSMI ini adalah suatu kejayaan kepada perjuangan rakyat. Bagi menghargai sokongan rakyat terhadap perjuangan ini maka Sambutan Pemansuhan PPSMI akan diadakan pada ahad 19hb Julai 2009 jam 9.00 di Stadium Baru Bandar Bangi, Selangor. Semua dijemput hadir.Sekian Terima Kasih



Dato’ Dr. Hassan Ahmad
Pengerusi
Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)

Pemansuhan PPSMI Asas Kukuh Tolak BN Di Manik Urai

Pemansuhan PPSMI yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada hari semalam merupakan suatu asas yang kukuh untuk menolak Barisan Nasional (BN) khususnya di Manik Urai. Sebelum ini BN bermati-mati mempertahankan PPSMI. Selapas pejuang bahasa dan rakyat Malaysia membantah barulah mereka mengubah pendirian. Mobilisasi Himpunan 7 Mac 2009 adalah diasaskan oleh PAS dan rakan-rakannya. BN mengikut sahaja desakkan ini.

Tolak BN di Manik Urai Kelantan.

Kenyataan Media Ketua Penerangan Pemuda PAS

PEMANSUHAN PPSMI ADALAH KEJAYAAN RAKYAT MALAYSIA

Tanggal 08.07.09 jam 2.30 petang maka berakhirlah dasar PPSMI(Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris) yang dianggap gila oleh Prof Diraja Ungku Aziz Bin Ungku Abd Hamid. Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin selaku Menteri Pelajaran telah mengumumkan pemansuhan sepenuhnya pada tahun 2012. Tahun 2012 diambil adalah untuk tidak menganggu sistem yang sedang berjalan pada masakini. Bagi sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil, bahasa ibunda akan menjadi bahasa penghantar mereka. Pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris akan diperkukuhkan untuk mempastikan bahawa pelajar-pelajar akan mengusai bahasa tersebut.

Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan yang beliau tidak bertindak mengikut desakkan mana-mana pihak atau bertindak atas kepentingan politik tetapi tindakkannya memansuhkan PPSMI selepas Himpunan 100 Ribu anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI(GMP) sudah menjadi bukti yang amat kukuh menyatakan bahawa kerajaan tunduk kepada tekanan kuasa rakyat. Dato’ Hishamuddin Tun Hussin, Menteri Pelajaran telah membentangkan hasil enam persidangan meja bulan, tiada satu pun resolusi yang mahu memansuhkan PPSMI. Semuanya lebih kepada mengubahsuai dasar tersebut. Selepas rakyat berkumpul di Kuala Lumpur dalam Himpunan 100 Ribu dengan semburan pemedih mata tahap tinggi dan beberapa tangkapan petugas-petugas Unit Amal Dewan Pemuda PAS serta orang awam barulah pihak kerajaan cuba untuk mempertimbangkan untuk memansuhkan PPSMI.

Pada 7hb Mac 2009 Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang didokong oleh NGO, pejuang bahasa, parti politik pembangkang, pelajar universiti dan rakyat Malaysia telah turun beramai-ramai dalam Himpunan 100 Ribu membantah perlaksanaan PPSMI bermula dari Masjid Negara ke Istana Negara. Gerakan ini dipimpin oleh Dato’ Dr. Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan Dato’ A Samad Said Sasterawan Negara. Sesuatu yang tidak diketahui umum bahawa tunggak utama mobilisasi himpunan rakyat ini adalah Dewan Pemuda PAS Pusat bersama dengan Pengerusi Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa Dan Pustaka Sdr. Hasni Abas. Himpunan inilah merupakan kemuncak kepada bantahan-bantahan rakyat selama ini.

Oleh itu pemansuhan PPSMI ini adalah kejayaan rakyat seluruh negara. Kita harus bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas pemansuhan ini. Walaubagaimana pun kita jangan lupa budget PPSMI sebanyak RM5.4 bilion kesan daripada dasar ini. Ada juga kenyataan yang mengatakan bahawa perbelanjaannya adalah diantara RM10 bilion – RM12 bilion. Kita mendesak pihak kerajaan mengemukakan kos sebenar pembaziran yang telah dilakukan agar boleh menjadi pengajaran pada masa hadapan. Tan Sri Muhyiddin jangan berlindung sebalik alasan bahawa semua perlatan boleh digunakan semula. Apabila sesuatu dasar berubah kebentuk yang asal sundah tentu ada pembaziran berlaku. Contonhnya kursus-kursus tidak perlu, penyelidikkan tidak perlu, sofware tidak perlu dan lain-lain lagi. Ini semua melibatkan duit rakyat yang perlu diberi penjelasan kepada rakyat.

Berdasarkan kepada kajian pihak kementerian, prestasi matepelajaran sains dan matematik adalah merosot selepas perlaksanaan dasar ini. Oleh itu dapat difahami bahawa terdapat generasi pelajar sekolah telah terkorban dalam dasar PPSMI ini. Mereka menghadapi tekanan mental yang sangat kuat ekoran dasar yang salah. Kefahaman mereka terhadap asas-asas sains dan matematik adalah terlalu lemah tidak setara dengan usia mereka. Mereka akan menghadapi pelbagai masalah apabila mereka mahu melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi. Pihak kerajaan mestilah bertanggungjawab atas kelemahan ini. Pelbagai inisiatif perlu dibuat untuk mendepani masalah ini. Contohnya memberi kelas intensif asas sains dan matematik untuk kumpulan ini.

Pemansuhan PPSMI adalah lambang kegagalan kerajaan menentukan dasar yang benar-benar perlu kepada rakyat. Kerajaan terlalu cuai menentukan masa depan rakyat. Kegagalan diperingkat dasar atau diperingkat perlaksanaan seperti Dasar PPSMI, Dasar Ekonomi Negara(DEB), Dasar Penswataan Negara dan pelbagai lagi telah menjadi liabiliti kepada negara kita. Rakyat dan negara terpaksa mendokong biawak hidup kerajaan Barisan Nasional. Maka sudah tiba masanya rakyat membuat perubahan terutamanya dalam pilihanraya akan datang. Hidup Islam. Hidup Rakyat.


Yang Benar,


Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Pusat

H/P : 019-7285174
blog : http://kentong-suhaizan.blogspot.com
email : suhaizankayat@yahoo.com

Wednesday, July 8, 2009

Berakhirnya Suatu Dasar PPSMI Yang Gila.

Tanggal 08.07.09 jam 2.30 petang maka berakhirlah dasar PPSMI yang gila itu(PPSMI dasar gila adalah kenyataan Prof DiRaja Ungku Aziz). Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin telah mengumumkan pemansuhan sepenuhnya pada tahun 2012. Tahun 2012 diambil adalah untuk tidak menganggu sistem yang sedang berjalan pada masakini. Pelajar darjah 3 yang akan mengambil UPSR pada tahun 2012, pelajar tingkatan 1 yang akan mengambil PMR pada tahun 2011 dan pelajar tingkatan 4 yang akan mengambil SPM pada tahun 2010 tidak akan terjejas pembelajaran mereka untuk mengadapi peperiksaan tersebut. Walaupun pelajar darjah 1 akan mengambil UPSR pada tahun 2014 tetapi pelajar darjah 1 dan darjah 2 tidaklah menerima kesan yang besar terhadap pemansuhan dasar PPSMI ini. Bagi sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa ibunda akan menjadi bahasa penghantar mereka. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris akan diperkukuhkan untuk mempastikan bahawa pelajar-pelajar akan menguasai bahasa tersebut. Walau apapun istilahnya yang penting kerajaan telah memansuhkan PPSMI.

Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan yang beliau tidak bertindak mengikut desakan mana-mana pihak tetapi tindakannya memansuhkan PPSMI selepas Himpunan 100 Ribu anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI(GMP) sudah menjadi bukti yang amat kukuh menyatakan bahawa kerajaan tunduk kepada tekanan kuasa rakyat. Dato’ Hishamuddin Tun Hussein, mantan Menteri Pelajaran telah membentangkan hasil 6 persidangan meja bulan, tiada satu pun resolusi yang mahu memansuhkan PPSMI. Semuanya lebih kepada mengubahsuai dasar yang ternyata gila itu. Selepas Himpunan 100 Ribu barulah ada bunyi memansuhkan PPSMI. Selepas rakyat berkumpul di Kuala Lumpur dengan semburan pemedih mata tahap tinggi barulah menteri-menteri terbeliak mata mereka.

Pemansuhan PPSMI ini adalah kejayaan rakyat seluruh negara. Kita harus bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas pemansuhan ini. Walaubagaimana pun kita jangan lupa pembaziran sebanyak RM5.4 bilion kesan daripada dasar yang gila ini. Ada juga kenyataan yang mengatakan bahawa perbelanjaannya adalah diantara RM10 bilion – RM12 bilion. Kita mendesak pihak kerajaan mengemukakan perbelanjaan sebenar dasar yang gila ini. Bukan sahaja duit rakyat telah dibazirkan tetapi 6 generasi pelajar sekolah telah dikorbankan dalam dasar PPSMI ini. Mereka menghadapi tekanan mental yang sangat kuat ekoran dasar gila yang telah dilaksanakan. Asas-asas kefahaman mereka terhadap Sains dan Matematik adalah lemah berdasarkan statistik yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin semalam. Siapakah yang akan membela nasib mereka?

Kesimpulannya banyak telah terkorban akibat salah dasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka yang terkorban patut menuntut bela atas kesalahan yang telah dilakukan oleh kerajaan. Cara yang paling mudah tanpa kos yang besar adalah tumbangkan kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang. Itulah ubat yang paling mujarab bagi mengubat penyakit yang sedang dan telah dihadapi.


Suhaizan Bin Kayat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat

Perlaksanaan PPSMI 2003-2009. Apakah Yang Telah Terkorban ?

(Nota : Mungkin semasa tuan sedang membaca artikel ini Timbalan Perdana Menteri sedang atau telah mengumumkan keputusan kabinet berhubung dengan dasar PPSMI yang dijangka akan dibuat pada hari rabu 8.7.09)


Dasar perlaksanaan PPSMI telah dilaksanakan pada tahun 2003 atas kehendak peribadi Tun Dr. Mahathir Bin Muhammad, Perdana Menteri Malaysia pada masa tersebut. Tanpa kajian mendalam dan tanpa halatuju yang jelas menteri kabinet terpaksa anguk terhadap kemahuan PM yang mahukan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada pelbagai golongan khususnya mereka yang arif berkenaan pendidikan, dasar ini tetap dilaksanakan dalam tempoh masa yang cukup panjang bermula 2003 hingga 2009. Begitulah gambaran betapa lemahnya pemimpin negara ini dalam membuat keputusan yang besar terhadap rakyat jelata. Prof Diraja Ungku Aziz menyatakan bahawa dasar PPSMI adalah suatu dasar yang ’gila’. Dasar yang gila sudah tentu cadangkan oleh orang yang ’gila’ dan disokong oleh orang yang ’gila’. Boleh disimpulkan bahawa Perdana Menteri dan menteri kabinet yang membuat membuat keputusan pada masa itu adalah ’gila’.

Pada 7hb Mac 2009, mencatatkan suatu sejarah penting negara dimana Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang didokong oleh NGO, pejuang bahasa, parti politik pembangkang, pelajar universiti dan rakyat Malaysia telah turun beramai-ramai membantah perlaksanaan PPSMI bermula dari Masjid Negara ke Istana Negara. Gerakan ini dipimpin oleh Dato’ Dr. Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Himpunan ini dikenali sebagai Himpunan 100ribu Mansuhkan PPSMI. Himpunan ini merupakan kemuncak kepada bantahan-bantahan rakyat sebelum ini. Persoalannya apakah yang telah terkorban akibat daripada dasar yang ’gila’ ini.

Pertamanya tujuh genarasi pelajar sekolah telah menerima risiko dasar yang salah. Mengikut kajian Prof. Emeritus Dato’ Isahak Haron terhadap pelajar tingkatan dua yang mempelajari sains dan matematik dalam bahasa inggeris, terdapat 87% pelajar menghadapi kesukaran mempelajari sains dan 84% pelajar menghadapi kesukaran dalam subjek matematik. Kajian ini bolehlah disimpulkan bahawa terdapat lebih 50% pelajar gagal memahami konsep asas dalam sains dan matematik. Umur mereka semakn meningkat. Mereka tidak boleh kembali kedarjah satu untuk mempelajari asas sains dan matematik. Mereka bakal mengadapi kesukaran semasa di universiti. Golongan ini bakal tercicir.Kemanakah halatuju mereka. Siapakah yang harus dipersalahkan?

Keduanya, setakat ini tidak ada pihak yang berani mengemukakan bukti berapakah budget Kementerian Pelajaran yang telah digunakan untuk melaksanakan dasar PPSMI. Mengikut maklumat Dato’ A. Samad Said atau Pak Samad semasa perjumpaannya dengan Menteri Pelajaran Dato’ Hishamuddin Tun Hussin, budget untuk pelaksanaan dasar PPSMI berjumlah RM5.4 Bilion. Sehingga kini katanya budget ini telah digunakan sebanyak RM3.5 bilion. Berbaki RM1.9 bilion yang belum sempat dihabiskan. Dato’ Hishamuddin berkali-kali menyatakan kebimbangan terhadap pembaziran budget besar ini jika dasar PPSMI dimansuhkan. Beliau tidak risau berhubung dengan puluhan ribu generasi yang terkorban diluar pejabatnya akibat dasar yang ’gila’ itu. Mengikut sumber-sumber yang tidak rasmi pula menyatakan peruntukkan sebanyak RM12 bilion telah digunakan untuk dasar ini. Secara ringkasnya bukan sedikit duit rakyat telah dibazirkan untuk melaksanakan dasar yang ’gila’ ini.

Ketiganya, tumpuan guru-guru terhadap matepalajaran khususnya dalam sains dan matematik telah terganggu semenjak 7 tahun yang lalu. Masa yang berharga bersama pelajar dan keluarga telah digunakan untuk mengadiri kursus, seminar, bengkel dan lain-lain lagi. Terdapat juga guru-guru yang gagal mengajar dalam bahasa Inggeris telah menjadi cercaan pelajar, ibubapa dan rakan-rakan yang lebih memuliakan bahasa penjajah ini. Inilah suatu ganguan emosi ekoran pelaksanaan dasar ’gila’ ini.

Keempatnya, dasar ini telah menyebabkan kualiti pelajar merosot. Walaupun bekas Menteri Pelajaran menyatakan dasar PPSMI tidak menganggu prestasi pelajar tetapi apakah mustahil jika peratusan lulus subjek ini diturunkan. Contohnya markah lulus biasa adalah 40%. Bagi mempastikan ramai pelajar lulus maka markah lulus subjek tersebut diturunkan ke 15%. Kalau Dato’ Hishamuddin pernah terlibat dalam meluluskan dasar yang ’gila’ mengapa tidak dia menjadi ’gila’ menurunkan markah lulus ini. Secara tidak langsung dasar PPSMI ini sebenarnya telah menganggu sistem kualiti pemarkahan subjek dalam peperiksaan dinegara kita.

Kelimanya, ibubapa yang risau dengan perkembangan anak-anak mereka telah melakukan pelbagai inisiatif untuk memberi kefahaman terhadap asas sains dan matematik. Mereka terpaksa membeli banyak buku, menghantar anak ke tuisyen dan lain-lain lagi. Bukanah semua ini tidak penting. Tetapi budget ini mungkin bleh digunakan untuk keperluan yang lebih utama. Mereka terpaksa melakukan semua ini akibat dasar yang ’gila’ ini.

Keenamnya, penguasaan Bahasa Malaysia dikalangan palajar berbangsa Cina dan India merosot akibat kurangnya penggunaanya di sekolah. Maklumlah hanya subjek Bahasa Malaysia sahaja yang pasti menggunakan Bahasa Malaysia. Sekolah terpaksa mengagong-agongkan bahasa inggeris. Bayangkan bukan sahaja sekolah ada sebuah fakulti di sebuah universiti yang mahu mengajar sastera Melayu dalam Bahasa Inggeris. Ada juga cadangan juga dibuat agar perbahasan di Dewan Rakyat dibuat dalam inggeris. Itulah tahap ’gila’nya manusia terhadap bahasa inggeris. Akhirnya bahasa malaysia yang sepatutnya menjadi bahasa perpaduan telah tenggelam selama 7 tahun dalam arus deras kegilaan ini.

Kesimpulannya banyak telah terkorban akibat salah dasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka yang terkorban patut menuntut bela atas kesalahan yang telah dilakukan oleh kerajaan. Cara yang paling mudah tanpa kos yang besar adalah tumbangkan kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang. Itulah ubat yang paling mujarab bagai mengubat penyakit yang sedang dan telah dihadapi.


Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat

Tuesday, July 7, 2009

Liberalisasi Ekonomi Negara. Relevankah lagi UMNO & Barisan Nasional ?

Dalam menghadapi persaingan ekonomi global, kerajaan tidak dapat lari daripada mengubah beberapa polisinya. Jika perubahan tidak dibuat maka pelaburan asing tidak akan masuk melabur di negara kita. Contohnya kerajaan Singapura yang mempunyai polisi ekonomi yang jauh lebih liberal daripada kita telah banyak mendahului negara kita dalam pelbagai sektor ekonomi. Singapura telah menurunkan kadar cukai korporat sebanyak 9% sejak tahun 2000. Sedangkan cukai korporat Malaysia pada tahun 1998 adalah 28%, tahun 2008 sebanyak 26% dan tahun 2009 dikurangkan hanya kepada 25%. Kegagalan pihak kerajaan menurunkan cukai korporat sama seperti Singapura menjadi salah satu punca kurangnya daya saing negara untuk menarik lebih banyak pelaburan.

Sebenarnya pihak kerajaan telah meliberalisasikan ekonomi negara kita tanpa persetujuan rakyat dalam koridor-koridor yang diciptanya sendiri. Pemansuhan ekuiti bumiputera, kemasukan profesional luar negara, pemansuhan FIC (Jawatankuasa Pelaburan Asing), penjualan hartanah kepada rakyat Singapura tanpa melalui FIC dan lain-lain lagi telah dilakukan dalam Iskandar Malaysia(IM). Atas liberalisasi ekonomi yang tidak disedari rakyat ini maka Dato’ Seri Najib Tun Razak telah berbangga dengan pencapaian pelaburan yang telah dicapai oleh negara. Di Iskandar Malaysia (IM) kerajaan telah mensasarkan RM47 bilion pelaburan, sehingga kini hampir mencapai sasaran iaitu RM41 bilion. Di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) kerajaan mensasarkan RM28 bilion, sehingga kini telah memperolehi RM8.36 bilion. Di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kerajaan mensasarkan sebanyak RM20 bilion, sehingga kini telah memperolehi lebih daripada sasaran iaitu RM22.7 bilion. Di Koridor Pembangunan Sabah(SDC) kerajaan mensasarkan RM16 bilion, setakat ini telah memperolehi RM 3.75 bilion. Di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) kerajaan mensasarkan RM 34 bilion, pencapaiannya sangat tinggi iaitu RM79.9 bilion. Jika dicampur keseluruhannya maka kerajaan mensasarkan RM145 bilion bagi lima koridor dan sekarang telah mencapai RM155.71 bilion. Inilah kejayaan yang dibanggakan oleh Najib.

Berdasarkan kepada pencapaian di lima koridor inilah yang menyebabkan PM mengisytiharkan liberalisasi ekonomi bukan sahaja di dalam koridor yang diciptanya tetapi menjadi suatu dasar menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dicipta oleh bapanya Tun Abdul Razak. Isi kandungan liberalisasi ekonomi negara adalah pertamanya penurunan pegangan ekuiti bumiputera daripada 30% kepada 12.5%. Keduanya penurunan ekuiti bukan bumiputera daripada 25% kepada 12.5 %. Ketiganya pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49% kepada 70%. Keempatnya pemansuhan FIC, kelimanya Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS). Dan yang terakhir peningkatan had nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing daripada RM250 ribu kepada RM500 ribu.

Terdapat kesan positif dan negatif daripada dasar liberalisasi ini. Pertamanya kesan positif daya saing negara akan meningkat. Pelabur akan datang melalui insentif yang diberikan. Ini terbukti daripada kesan liberalisasi ekonomi di lima koridor di atas. Keduanya adalah peningkatan 100 % had nilai hartanah untuk warga asing yang hendak membeli rumah di negara kita. Tentulah pemaju akan dapat keuntungan lebih dan kerajaan akan memperoleh hasil cukai yang lebih tinggi. Ketiganya peluang pekerjaan di negara kita akan bertambah. Maka kadar pengangguran akan berkurangan. Keempatnya peniaga Industri Kecil dan Sederhana(IKS) akan mendapat limpahan daripada kehadiran pelaburan asing ini. Sektor perkhidmatan adalah sektor yang akan menerima kesan yang sangat positif. Kelimanya eksport negara akan bertambah. Nilai ringgit boleh meningkat. Kerajaan akan mendapat pendapatan hasil daripada cukai yang berkaitan.

Kesan negatif daripada liberalisasi ekonomi adalah pertamanya penurunan pegangan ekuiti bumiputera daripada 30% kepada 12.5 % telah mengurangkan peluang bumiputera untuk terlibat dalam sektor pelaburan di negara sendiri. Lebih malang lagi apabila pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49% kepada 70%. Dasar ini seolah-olahnya seperti Najib mahu mewujudkan 1 World bukannya 1 Malaysia. Tun Dr Mahathir pun telah memberi respon yang sama apabila beliau menyatakan bahawa Najib mahu menjadi popular. Najib tidak pun membantu Melayu, Cina atau India. Najib lebih mengutamakan orang asing. Pada tahun 1970 an semasa DEB mahu digubal pegangan asing adalah 63.3%. Sekarang pegangan asing adalah 43.9 %. Pegangan ekuiti bumiputera pada tahun 1970 an adalah 2.4 %, sekarang 19.4 %. Pada tahun 2009 dasar liberalisasi mahu menetapkan pegangan asing 70% dan bumiputera 12.5% maka sebenarnya kerajaan mahu mengembalikan negara kita ke zaman sebelum DEB digubal. Jika kerajaan mensasarkan 30% pegangan ekuiti bumiputra dalam DEB, bumiputera hanya mampu mencapai 19.4%. Soalnya berapa peratus pegangan ekuti bumiputra pada tahun 2020 jika kerajaan hanya memperuntukan 12.5% sahaja ekuti bumiputra dalam dasar liberalisasi ekonomi?

Kesan negatif keduanya kerajaan terlalu bergantung kepada pelaburan asing. Sepatutnya kerajaan membina pelabur-pelabur di kalangan rakyat Malaysia tidak kira apa jua bangsa. Kesetiaan mereka telah dipupuk dari bangku sekolah lagi. Pergantungan kepada pelaburan asing ini menjadikan ekonomi negara kita sangat rapuh. Tun Mahathir juga menyatakan warga asing tidak setia. Mereka boleh keluar pada bila-bila masa sahaja. Secara logiknya, pelabur-pelabur ini adalah golongan kapitalis-kapitalis yang mementingkan untung semata-mata. Membunuh pesaing dalam ekonomi global adalah menjadi salah satu agendanya. Oleh itu negara kita sangat terdedah kepada perangkap kapitalis ini. Apakah akan terjadi kepada ekonomi negara kita, jika kapitalis ini berpakat untuk keluar daripada negara kita. Habis madu, sepah dibuang. Yang tinggal hanyalah 25% pelaburan yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India sahaja.

Kesan negatif ketiganya, pemansuhan FIC yang ditukar sebahagian peranannya oleh EKUINAS. EKUINAS telah diberi peranan yang banyak dalam meningkatkan bumiputera dalam sektor pelaburan. Modal asas adalah RM500 juta. Dijangka akan meningkat ke pelaburan RM10 bilion. Semasa FIC berperanan dahulu nilai pelaburan bumiputera pernah mencapai RM54 bilion. Malangnya sekarang tinggal RM2 bilion. Soalnya ke manakah hilangnya RM52 bilion ? Warga asing dan bukan bumiputera melabur untuk mendapat keuntungan jangka panjang. Malangnya bumiputera melabur untuk mendapat pulangan jangka pendek. Tawaran ekuiti kepada bumiputera adalah dalam tawaran awal permulaan (IPO). Setelah saham ditawarkan, bumiputera pun membelinya. Apabila saham meningkat mereka jual saham tersebut. Itulah dia pelaburan jangka pendek. Semasa IPO ditawarkan, kroni-kroni UMNO juga yang memperolehi. Sebab mereka rapat dengan pemimpin UMNO. Mungkin semasa perhimpunan agong UMNO duit banyak diperlukan. Saham ini dijual untuk mendapat pulangan jangka pendek bagi merasuah para pewakilan bagi menjadi pemimpin di semua peringkat. Inilah imej pelaburan UMNOPUTRA.

Kesan negatif keempat, kerajaan telah menurunkan ekuiti rakyat Malaysia daripada 55% kepada 25% sahaja. Sasaran ini terlalu rendah sekali. Berdasarkan kepada prestasi pemantauan kerajaan terhadap polisi yang telah digariskan sebelum ini maka tidak mustahil warga asing akan menjadi golongan pemodal yang kaya raya tetapi rakyat Malaysia akan menjadi kaum pekerja yang miskin. Maka berlakunya jurang yang besar antara pelabur yang menguasai industri dengan pekerjanya yang terdiri daripada rakyat tempatan.Yang paling membimbangkan adalah perbezaan ini boleh membawa kesan tidak stabil dalam sosio-ekonomi dalam negara kita.


Terdapat tiga faktor utama mengapa pelabur datang ke negara kita. Pertamanya sosio-politik yang stabil. Kedua, kurangnya birokrasi dan ketiganya jaminan buruh yang murah dan mahir. Bagi memenuhi ketiga-tiga faktor ini maka pihak kerajaan perlu menyelesaikan musuh utama negara iaitu rasuah dan salahguna kuasa. Musuh ini akan menyebabkan sosio-politik tidak stabil, birokrasi bertambah dan tenaga mahir tidak dapat dilahirkan. Soalnya mampukah negara menghadapi rasuah dan salahguna kuasa jika :

1. Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang didapati rasuah tetapi masih kekal menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia
2. Dato Mohd Ali Rustam boleh menjadi Ketua Menteri Malaka sedangkan beliau terlibat dengan rasuah dalam pemilihan UMNO
3. Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak boleh dicabul oleh Perdana Menteri sendiri.
4. Hakim boleh diatur dan dibeli dalam kes video klip VK Linggam.
5. Indeks Rasuah Malaysia semakin meningkat.
6. Bekas-bekas menteri masih tidak didakwa terhadap penglibatannya dalam rasuah.
7. Keraguan terhadap kes kematian Altantuya belum diselesaikan.

Di sinilah timbul krisis utama iaitu mampukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menghadapi krisis ekonomi global ini. Hujah yang menyatakan BN mampu menarik pelaburan di lima koridor adalah dangkal kerana bila pintu dibuka bukan sahaja ikan seluang akan masuk tetapi jerung pun boleh masuk. Pendek kata orang lemah pun boleh tarik pelaburan jika pintu telah dibuka. Masalahnya adalah kerajaan BN telah terbukti tidak mampu membebaskan negara ini daripada rasuah dan salahguna kuasa. Ia juga sangat lemah dari segi memantau segala polisi yang telah digariskan. Apa yang sangat membimbangkan adalah jika Dasar Ekonomi Baru (DEB) berhadapan dengan ketirisan dan projek 'Ali-Baba'. Kita kuatir setelah liberalisasi terlaksana maka timbul satu lagi masalah iaitu projek 'Ali-John',' Ali-Thomson', 'Lim-John' dan 'Sami-John' . Oleh itu dalam mengadapi persaingan global ini kerajaan BN wajib ditumbangkan. Jangan dengar guruh dilangit air ditempayan kita curahkan. Janganlah demi mencari pelaburan asing, habis ekuiti rakyat kita buangkan. Sebab itulah sebelum air tempayan dibuang oleh BN biar kita tumbangkan BN terlebih dahulu. Biarkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Barulah negara akan mampu bersaing dalam ekonomi global.


Suhaizan Kayat
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat
Blog : http://kentong-suhaizan.blogspot.com
Email : suhaizankayat@yahoo.com

Saturday, July 4, 2009

Mahathir Marah Najib Isu Liberalisasi Ekonomi

Apa Mahathir Kata ?

1. Liberalisasi tidak tolong Melayu, Cina dan India sebab mereka diperuntukkan hanya 25% sahaja dibandingkan dengan 51% sebelum ini.

2. Tindakan Najib adalah untuk beliau menjadi polular sebab pengumuman yang terlalu liberal.

3. Ekonomi Malaysia sdg berkembang. Masalah ekonomi yang berlaku sebab ekonomi global bukan domistik.

4. Orang asing adalah orang yang tidak setia kepada negara. Tetapi mereka diberi 70% pegangan ekuiti.


http://www.malaysiainsider.com/index.php/malaysia/31336-dr-mahathir-plan-to-open-up-economy-wont-help

Najib Slashed Bumiputera Equity Quotas, FIC Role

Economic Liberation by Najib

1. Bumiputera Equity slashed from 30% to 12.5 %
2. Close FIC - OPEN EKUINAS
3. Increase Foreign Equity form 49% to 70%

http://malaysianinsider.com/index.php/index.php/malaysia/30946-najib-slashes-bumiputera-equity-quotas-fic-role

DEB Jadi Kambing Hitam : Tan Sri Sulaiman Mahbob

Tan Sri Sulaiman Mahbob adalah bekas Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negara.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

Jadual Road Show Pelancaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Di Peringkat Negeri-Negeri

Berikut adalah tarikh Road Show diperingkat negeri-negeri. Bermula jam 9.30 malam. Tempat program akan menyusul kemudian. Matlamat program ini adalah untuk mengajak semua rakyat Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur pada 1hb Ogos 2009 mendesak kerajaan memansuhkan akta zalim ISA.

1. Terengganu : 10.7.09, Bersama YB. Sallahuddin Ayub, Ust Nasaruddin Hassan, Ust Azman Safawi.
2. Johor : 11.07.09, Bersama Ust Nasaruddin Hassan, Sdr. Suhaizan Kayat.
3. Perak : 16.07.09, Bersama YB. Sallahuddin Ayub
4. Kedah : 19.07.09, Bersama YB. Sallahuddin Ayub
5. Pahang : 22.07.09, Bersama Ust Azman Safawi
6. Perlis : 23.07.09, Akan ditentukan
7. Pulau Pinang : 25.07.09, Bersama Tn Hj. Mohammad Sabu
8. Melaka : 26.07.09, Bersama Ust Idris Ahmad
9. Wilayah Persekutuan : 28.07.09, Bersama YB. Mahfoz Bin Omar
10. Negeri Sembilan : 29.07.09, Bersama Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
11. Selangor : 30.07.09, Bersama YB. Sallahuddin Ayub
12. Kelantan : Sepanjang pilihanraya Manik Urai

Friday, July 3, 2009

Krisis Ekonomi Global. Barisan Nasional (BN) Wajib Di tumbangkan

Dalam menghadapi persaingan ekonomi global, kerajaan tidak dapat lari daripada mengubah bebarapa polisinya. Jika tidak maka pelaburan asing tidak akan masuk berlabur di negara kita. Contohnya kerajaan Singapura yang mempunyai polisi ekonomi yang jauh lebih liberal daripada kita telah banyak mendahului negara kita dalam pelbagai sektor ekonomi. Oleh itu pilihan kerajaan tidak banyak dalam membawa negara ke dalam ekonomi global. Kerajaan terpaksa menerima proses liberalisasi ini.

Kesan kepada proses liberalisasi ini adalah bebrapa kepentingan bumiputra dan bukan bumiputra akan terjejas. Disinilah berlakunya krisis. Contohnya kalau kerajaan lebihkan bumiputra maka pelabur tidak mahu datang. Negara kita tidak mempunyai daya saing. Pelabur lebih suka melabur di negara luar. Maka mundurlah negara kita. Kecualilah negara mempunyai kecairan yang cukup tinggi sehinggakan kita tidak perlu bergantung kepada pelaburan asing.

Kalau kerajaan lebihkan pelabur maka pegangan ekuiti bumiputra dan bukan bumiputra pula akan terjejas. Kapitalis yang datang bukannya mereka mahu menolong kita sebaliknya mahu menjahamkan ekonomi kita. Apabila banyak mereka melabur maka banyaklah juga yang mereka dapat. Apabila banyak yang pelabur dapat maka kuranglah pula yang rakyat Malaysia dapat. Cuma yang mungkin rakyat dapat adalah limpahan daripada pelaburan ini. Contohnya apabila pelabur datang tentulah peluang pekerjaan bertambah seterusnya sektor perkhidmatan akan menerima limpahannya.

Dalam menghadapi suasana ekonomi global ini suatu yang sangat penting adalah negara perlu menyediakan prasarana yang cukup untuk negara mampu berdaya saing dengan negara luar. Prasarana ini buka sahaja kemudahan infrastruktur seperti jalan, kenderaan, bank dan lain-lain lagi. Tetapi yang lebih penting adalah kerajaan mestilah bebas daripada unsur-unsur rasuah dan salahguna kuasa. Perkhidmatan kerajaan mestilah cekap dan mampu memantau setiap polisi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Persekitaran hendaklah selamat, jenayah mestilah mampu dikawal. Negara hendaklah aman, rakyat hendaklah hidup dengan suasana damai.

Disinilah timbul krisis kedua iaitu mampukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menghadapi krisis ekonomi global ini. Sedangkan BN telah terbukti tidak mampu membebaskan negara ini daripada rasuah, salahguna kuasa dan jenayah. Kerajaan juga sangat lemah dari segi memantau segala polisi yang telah digariskan. Apa yang sangat membimbangkan adalah kalau Dasar Ekonomi Baru (DEB) berhadapan dengan ketirisan dan projek ’ali-baba’. Kita kuatir setelah liberalisasi ini maka timbul satu lagi masalah iaitu projek ’Ali-John, Ali-Thomsen’. Oleh itu dalam mengadapi persaingan global ini kerajaan BN ini wajib ditumbangkan. Biarkan Kerajaan Pakatan memerintah. Barulah negara akan mampu bersaing dalam ekonomi global.


Suhaizan Kayat
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat

Liberalisasi Ekonomi Negara. Relevankah lagi Barisan Nasional ?

Cuba jawab soalan ini :

1. Pada 1974 Kerajaan sasarkan pegangan ekuiti sebanyak 30%. Tahun 2009 Bumiputra hanya dapat 19.4%. Sekarang kerajaan sediakan pegangan ekuiti 12.5%. Berapakah pegangan ekuiti bumiputra dapat pada tahun 2020 ?

2. Ekuiti yang telah pernah dimiliki oleh bumiputra adalah sebanyak RM54 Bilion. Sekarang tinggal RM2 Bilion. Bermakna RM52 Bilion telah dijual kepada bukan bumiputra atau kepada orang asing. Sebahagian pemilik saham ini adalah kroni UMNO. Adakah RM52 Bilion ini telah digunakan untuk rasuah dalam Perhimpunan Agong UMNO ? Lepas tu menjerit kata FIC(Jawatankuasa Pelabur Asing) sudah tidak sesuai dengan persaingan ekonomi global.

3. Sebelum ini FIC telah mengawal orang asing membeli hartanah bernilai RM250K keatas. Dengan kawalan itu pun banyak tanah di Johor terlepas kepada warga Singapura. Sekarang FIC telah dimansuhkan. Berapa banyak tanah di Johor yang akan tinggal kepada anak bangsa pada tahun 2020 ?

4. Kerajaan berkata Malaysia mempunyai ekonomi yang mantap. Berbilion keuntungan Petronas diperolehi setiap tahun. Mengapa kita terlalu bergantung terhadap modal daripada luar sehingga menawarkan 70% pegangan ekuiti ? Kemana duit kita yang banyak itu ?

5. Pelabur asing yang datang adalah kapitalis. Adakah kapitalis yang datang ini boleh membantu kita menjana ekonomi negara kita ? Atau mereka akan sedut madu kita , kemudian sepahnya dibuang ?

6. FIC telah gagal. Sekarang kerajaan akan melancarkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas). Apakah jaminan Ekuinas tidak gagal seperti FIC ?

7. Kenapakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal ? Adakah setelah negara tidak ada kecairan wang menyebabkan kerajaan membuka peluang seluas-luasnya kepada orang asing ?

8. Kerajaan Barisan Nasional telah ternyata gagal dalam DEB. Liberalisasi ekonomi sudah tidak dapat dielak bagi menghadapi persaingan ekonomi global. Adakah kerajaan BN sebuah kerajaan yang relevan untuk mengadapi ekonomi global sedangkan rasuah tidak dapat ditanggani ?

Thursday, July 2, 2009

Pemuda Pas gesa rasuah, salah guna kuasa dihapuskan

Berita Harian

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090702142720/Article/

Dialog Pemuda PAS & UMNO di Kantin Parlimen

Berikut adalah dialog saya (Suhaizan Kayat) Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat dengan YB. Razali Ibrahim Ahli Parlimen Muar, yang jugak Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia di kantin Parlimen pada 1hb Julai 2009, berhubung dengan penurunan pegangan ekuiti bumiputra daripada 30% kepada 12.5 %. Sepanjang perbualan ini YB Razali Ibrahim menjawab penuh emosi dengan menggunakan bahasa rojak (60% BI, 40% BM). Disini saya terjemahkan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Dialog ini adalah berdasarkan kepada fakta perbincangan bukan butiran setiap patah perkataan.

Suhaizan Kayat : Apa pandangan YB berkenaan ekuiti 30% yang diturunkan oleh PM?

YB. Razali Ibrahim : Kita dah beri peluang dalam DEB sebanyak 30% tapi tak boleh capai, sampai bila kita nak tunggu. Pelabur tak mahu datang sebab dasar kita. Kita tak boleh harapkan modal tempatan untuk bangunkan negara kita. Kita terpaksa turunkan.......

Suhaizan Kayat : Sepatutnya kita baiki kelemahan. Mengapa kita gagal. Hanya dapat 19.5 % ekuiti sahaja. Bukannya turunkan ke 12.5% seperti yang diumumkan oleh PM.

YB. Razali Ibrahim : Kita tidak boleh tunggu. Pelabur tidak mahu masuk sebab dasar kita yang ketat. Sepatutunya kita tiru macam Perak. Gunakan kuasa yang ada. Dapat kuasa terus beri tanah kepada siapa yang kita mahu. Kalau kita nak guna kuasa, kita boleh langgar aja. Tapi kesan tidak baik kepada rakyat. PAS pun tak tolong kita untuk perjuangkan isu-isu Melayu.....

Suhaizan Kayat : Saya rasa punca utama kegagalan adalah kerana ketirisan

YB. Razali Ibrahim : (Dengan penuh emosi) Itu awak sentimen. Kerajaan Pakatan pun ada ketirisan. Sebenarnya kita pun tak tahu siapa dapat projek. Bila gagal kerjaan yang disalahkan. Macam tiga jambatan di Muar yang terbengkalai. Kita tidak kenal siapa yang dapat. Bila gagal lari pergi Australia. Kita yang dituduh rakyat terlibat dengan rasuah. Rasuah ni tiada. Ini persepsi rakyat aja.....

Suhaizan Kayat : Habis kalau tak de rasuah. Pemimpin UMNO yang tertangkap dengan politik wang tu macammana.

YB. Razali Ibrahim : Kita pun sokong, Mereka yang ditangkap. Tapi kita pun tak tahu siapa yang dapat. Kita pun tak dapat apa-apa......

Suhaizan Kayat: Salah kerajaan jugak. Dulu diberi peluang dalam DEB untuk capai 30% tapi gagal. Dalam Islam kita utamakan yang memerlukan. Bukannya melayu aja tapi semua bangsa. Kita utamakan orang yang amat memerlukan

YB. Razali Ibrahim : Itu lah yang kita buat sekarang(seperti yang Islam mahu). Sebenarnya orang cina tak mahu kita dapat 30%. Mereka marah kita. Tengok YB Mohammad Taslim menang kerana apa. Sebab cina sokong dia. Kita tiada pilihan . Kita terpaksa buat perubahan .......

Suhaizan Kayat : Macammana pulak dengan orang UMNO. Adakah mereka boleh terima. Sebab dalam Perhimpunan Agong UMNO mereka mahu melayu di utamakan.

YB. Razali Ibrahim : (Dengan penuh emosi) Itu tugas kita Pemuda UMNO. Awak jangan bimbang......

Suhaizan Kayat : Macamana pulak dulu kerajaan suruh capai 30%. Sekarang pulak tukar jadi 12.5%. Kerajaan tak konsisten.

YB. Razali Ibrahim : Itu DEB.....

Suhaizan Kaiat : Jangan pulak nak dapat modal asing . Negara jadi tergadai.

YB. Razali Ibrahim : Tak kanlah kita nak gadai negara. Kita mempunyai perancangan untuk kekang perkara ini. Pelabor akan tinggalkan aset mereka apabila mereka tinggalkan negara kita. Itu jadi hak kita.........

Suhaizan Kayat : Kenapa tak keluarkan strategi ini. Beritahu rakyat

YB. Razali Ibrahim : Mana boleh kita beritahu. .......


Perbualan ini terhenti sebab semua kawan-kawan dah nak balik dan susana bertambah panas. Sebelum terbakar mereka ajak saya balik.

Saya tidak puashati dengan perbincangan tidak fomal ini. Kerana saya tidak banyak diberi ruang bercakap. Suara YB Razali Ibrahim lebih kuat. Saya tidak menggunakan suara saya yang sebenar. Sebab menjaga adab dan takut terbakar kantin parlimen. Sedangkan suara saya boleh didengar pada jarak ½ KM. Saya teringinkan perdebatan terbuka isu Penurunan Ekuiti 30% antara saya dan YB. Razali Ibrahim dikampung halaman kami Kg. Seri Menanti, Muar. Disitulah YB. Razali Ibrahim dan saya dibesarkan. Soalnya....Beranikah YB. Razali Ibrahim berdebat ?

Kenyataan Media Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat

Liberalisasi Ekonomi Negara

Tarikh 30hb Jun 2009 mencatatkan sejarah besar terhadap liberalisasi ekonomi negara di mana Perdana Menteri (PM) Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan lima perubahan baru dalam ekonomi negara iaitu :

a. Pemansuhan pegangan ekuiti bumiputera 30 % .
b. Sasaran baru pegangan ekuiti bumiputera sebanyak 12.5% dan pegangan bukan bumiputera sebanyak 12.5%.
c. Pegangan ekuiti asing ditingkat daripada 49% kepada 70%
d. Pemansuhan FIC (Jawatankuasa Pelaburan Asing)
e. Penubuhan EKUINAS ( Ekuiti Nasional Berhad)

Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan mensasarkan 30% ekuiti bumiputera yang dikawal oleh FIC, malangnya pada tahun 2006 ekuiti bumiputera hanya mencapai 19.3 %. dan 19.4 % pada tahun 2009. Setelah kegagalan mencapai sasaran ini kerajaan telah mengurangkan pegangan rakyat Malaysia dalam ekuiti negara. PM telah mengumumkan sasaran pegangan ekonomi baru bagi bumiputera hanya 12.5% dan bukan bumiputera sebanyak 12.5%. Hakikatnya kerajaan yang kononeya menjaga kepentingan Melayu ini telah mengurangkan sasaran pegangan ekuiti bumiputera sebanyak 17.5 % (30% - 12.5% ) dan bukan bumiputera sebanyak 12.5 % (25% - 12.5% ).

Dengan pengurangan ekuiti bumiputera dan bukan bumiputera kerajaan telah menyerahkan kuasa modal ekonomi ini kepada pemodal asing sebanyak 70%. Serentak dengan itu FIC yang menjadi benteng terhadap ekuiti bumiputera telah dimansuhkan. Sebagai ganti kerajaan melancarkan badan baru kononnya untuk mengawal ekuiti bumiputera yang semakin mengecil ini dengan nama EKUINAS dengan diberi modal asas sebanyak RM500 juta.

Persoalan-persoalan yang bermain di minda rakyat adalah :
a. Apakah jaminan bumiputera tidak tercicir dengan liberalisasi ekonomi ini ?
b. Apakah pegangan ekuiti asing sebanyak 70% tidak menyebabkan kebergantungan modal ekonomi negara kepada orang asing ?
c. Apakah jaminan negara tidak tergadai akibat kebergantungan modal asing?
d. Apakah jaminan EKUINAS tidak menemui kegagalan sepertimana FIC ?
e. Apakah ketirisan dalam DEB telah diperbaiki sebelum mewujudkan EKUINAS ?

Melihat kepada kegagalan DEB, rasuah dan salahguna kuasa adalah masalah utama yang menjadi penghalang kepada usaha pihak kerajaan. Rakyat masih belum dapat melihat usaha kerajaan untuk menghalangnya. Perhimpunan Agong UMNO masih lagi dibayangi oleh politik wang atau rasuah. Pemimpin politik dan pegawai kerajaan masih lagi dibayangi oleh masalah yang sama. Selagi kerajaan tidak mampu mengekang masalah ini maka apa juga dasar yang dilaksanakan akan membawa kegagalan.

Dewan Pemuda PAS Pusat ingin mencadangkan beberapa perkara ekoran daripada liberalisasi ekonomi yang dicadangkan oleh kerajaan :

1. Hapuskan rasuah dan salahguna kuasa dalam perlaksanaan dasar-dasar kerajaan.
2. Tingkatkan pegangan ekuiti bumiputera dan bukan bumiputera dalam pegangan modal ekonomi negara.
3. Mengurangkan jurang perbezaan ekonomi di antara yang kaya dan miskin.
4. Menyediakan pelan perancangan ekonomi yang berdaya saing dan mampu menghalang penguasaan pihak asing dalam ekonomi negara.
5. Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah ternyata gagal dalam DEB disebabkan rasuah dan salahguna kuasa maka parti pemerintah perlu ditukar daripada BN kepada Pakatan Rakyat(PR).



Yang Benar,



Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Pusat
H/P : 019-7285174
Blog : http://kentong-suhaizan.blogspot.comemail : suhaizankayat@yahoo.com