Friday, December 26, 2008

Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam.

Pada 20.12.2008 suatu forum mempertemukan Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS dan Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah diadakan di Kelantan. Seperti dilapor TV3, Khairy Jamaluddin mencabar Husam Musa menjelaskan adakah PAS akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah Malaysia. Husam Musa telah mempertegaskan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud. Malah beliau menambah tanggungjawab melaksanakan hudud bukan sahaja terletak kepada PAS tetapi juga UMNO yang sedang memerintah. Maka berlakulah polimik diseluruh negara khususnya daripada pemimpin DAP, MCA dan lain-lain lagi. Sehingga Pemuda MCA Wilayah Persekutuan datang ke pejabat PAS di Jalan Raja Laut menghantar memorendum membantah kenyataan Husam Musa. Persoalanya mengapa sebahagian masyarakat Malaysia membantah perlaksanaan hukum hudud?. Adakah mereka faham apakah kesan kepada mereka apabila hudud dilaksanakan ? Suka untuk saya menghuraikan kesan-kesan perlaksanaan hudud kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia.



Sebenarnya dalam hukum islam terdapat tiga jenis hukuman sahaja. Pertama hudud, kedua qisas dan ketiga ta’zir. Yang jatuh hukum di bawah hudud itu hanyalah tujuh kesalahan sahaja iaitu berzina, menuduh orang berzina tampa bukti, minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam, merompak dan menderhaka kepada negara. Qisas adalah hukuman balas iaitu bunuh balas bunuh, mencedera balas cedera dan meluka balas meluka. Hukuman ta’zir adalah hukuman denda bagi kes-kes diluar kes hudud dan qisas seperti kesalahan jalan raya. Walaubagaimana pun orang-orang bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang. Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum Islam.


Kebaikkan Pertamanya: Menjaga Keturunan dan Kehormatan

Sebab utama hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam atau bukan Islam agar hidup saling hormat menghormati bukannya untuk menghukum semata-mata. Islam tidak suka ada individu yang boleh mecabul kehormatan orang lain. Tentunya kita benci kalau ada orang merogol anak kita atau kakak kita atau emak kita. Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini bermakna bagi setiap 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002. Cuba kita bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud, bagi sejuta rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes berlaku pada tahun 2002. Jumlah tertinggi adalah Kanada yang langsung tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1 juta penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes setahun berlaku kes rogol di negara tersebut. Maklumat dalam rajah 1 diperolehi daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdf


Kebaikkan Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabenda

Hukum hudud ini dilaksanakan untuk menjaga nyawa dan hartabenda manusia. Jenayah yang berlaku dalam atau luar negara akan menyebabkan kehilangan hartabenda dan nyawa manusia. Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah yang berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat 106,621 kes jenayah berlaku. Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum Islam. Bagi 1 juta penduduk disana hanya terdapat 3,420 kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002. Maklumat rajah 2 diperolehi daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdf

Kebaikkan Ketiga : Perniagaan akan lebih maju

Apabila jenayah dapat dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan pencuri takut ingin mencuri maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk berniaga. Keuntungan berniaga akan diperolehi sepenuhnya oleh peniaga tersebut bukannya terpaksa dikongsi bersama perompak dan pencuri. Modal perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi semula setelah barang habis dijual. Pusat-pusat pernigaan tidak perlu membazirkan wang untuk membeli alarm, mengupah pengawal keselamatan dan membeli gril besi pagar. Para ushawan tidak sakit jantung dan pening kepala memikirkan keselamatan kedai atau gedung-gedung mereka. Semua urusan pernigaan dapat berjalan dengan baik dan teratur.

Kebaikkan seterusnya akan bersambung .......

KESIMPULANNYA MENGAPA KITA PERLU TAKUT DENGAN HUDUD ?

5 comments:

Mat_Rafi(WAKO) said...

biar saya beritahu kepada anda.

1) saya sebenarnya sokong perlaksanaan hudud tetapi adil ke jika undang2 hudud dilaksanakan keatas orang islam dan orang bukan islam di kecualikan.

2) kebanyakan kes2 seperti mencuri, rogol, berzina kebanyakan daripada mereka adalah melayu. bukan menuduh tetapi kenyataan sudah jelas.

3) satu lagi kalau puak2 BARISAN NASIONAL boleh backup orang2 daripada didakwa. beranikah anda jamin bahawa undang2 hudud ni bersih dan adil. jika ditakdirkan hukuman itu dijatuhkan oleh ahli2 keluarga PAS sangupkah mereka melaksanakan hukuman.

4) satu saya bagitahu sangupkah anda tengok orang2 islam yang dihukum hudud jika dipotong tangan tidak boleh menulis, dipotong kaki tidak boleh berjalan. sedangkan orang bukan islam dihukum melalui undang2 sivil hanya kena penjara atau sekurang kurangnya sebat.

5) saya tertarik tentang kebaikan no 3 "Perniagaan akan lebih maju" saya setuju apa yang anda huraikan. tetapi kesan buruk adalah orang2 islam tidak akan maju kerana ramai orang islam kudung tangan2. seperti saya katakan saya cakap bukan nak tujukan oranga melayu tetapi terimalah hakikat bahawa jenayah sekarang ramai yang melibatkan orang islam.

6) zaman sekarang rasuah adalah perkara biasa dalam politik pun ada rasuah dan undang2 sivil pun sesetengah kes ada yang sanggup merasuah hakim. saya takut hudud akan lebih berleluasa rasuah.

Kesimpulannya saya tak pernah percaykan parti PAS dan semua parti di malaysia. Parti di malaysia sama sahaja.

Anonymous said...

nabi sendiri ckp dlm hadis berbunyi jika Fatimah binti Muhammad anak dia sendiri mencuri, Nabi sendri akn potong tngan Fatimah...Kita org Islam xkn hukun yang melibatkan hak Allah wajib dilksnkan...

Anonymous said...

Hukum - hukum yang dinyatakan dalam Al-Qur'an itu khas kepada orang Islam. Perintah Allah tidak boleh kita guna otak / fikiran untuk kita fikirkan logik atau tidak. Memang nampak hukum Islam nampak kejam tetapi ada beberapa hujah yang perlu kita fikirkan :
1) Orang yang membunuh, merompak, merogol tidakkah kejam. Kalau kita kata mereka kejam, patutkah hukuman kejam dikenakan?? kecualilah jika kita kata mereka tidak kejam melakukan jenayah tersebut. Biasanya orang yang dikenakan human kejam, dah takut buat jenayah. Samasa saya belajar di Jepun, kata orang Jepun, semasa pemerintahan shogun dan samurai Jepun, Jepun paling aman (sebagai analogi sahaja, hukum Islam malah lebih baik.)
2) Hukum Islam untuk menegah orang Islam melakukan jenayah, jika kejam, sudah pasti penjenayah takut nak buat. Maka, yang jadi baik tu orang Islam, kalau orang bukan tak takut buat jenayah kerana hukuman Islam tidak dikenakan kepada dia, akhir sekali orang akan kata, baiknya orang Islam, jahatnya orang bukan Islam.
3. Jika hukuman telah dilaksanakan di dunia, kita perlu yakin bahawa hukuman akan dilepaskan di akhirat. Sanggupkah kita dah kena hukuman di dunia ( w/pun tak berat atau berat tapi bukan cara Islam), di akhirat nanti kena lebih berat dan lama??? Ulama tafsir menyatakan tempoh paling singkat dalam neraka Jahanam ialah 3 haul iaitu bersamaan dengan 80tahun akhirat/haul, 1 hari di akhirat = 1000 tahun di akhirat. Cuba kita kira, (3x80)= 240thn X365hari X1000 tahun = 87,600,000 tahun.

Anonymous said...

Saudara,
Assalamualaikum.

Harap saudara tahu, Allah lah yg mewujudkan hukum hudud dan garis panduannya adalah jelas. Jika dipatuhi cara perlaksanaannya dgn amanah, inshaAllah tiada masalah.

Cara saudara mempersoalkan itu ini.. seolah mempersoalkan hukum Allah. ISLAM itu sentiasa relevan walau pada zaman mana pun ia dipraktikkan. Tiada soal sesuai atau tidak, dah bersedia atau tidak.. jika dilaksanakan maka akan tegaklah agama dan lebih berdisiplinlah manusia.

Semoga saudara di beri hidayah olehNya.

Maaf krn menegur.

Anonymous said...

Tolak hudud sama dengan tolak hukum ALLAH. Kita sapa mahu melawan ALLAH ?? Ada jugak yg kata nnti mcm mana negara nak maju kalau banyak dalam kalangan rakyatnya tangan kdung, kaki kudung. Gamak kaa kalau nk mencuri lagi setelah melihat org dikenakan hukuman dipotong tangan ?? Berfikir secara logik. Kalau kita dah tgok hukuman yg sebegitu rupa, kalau nak lakukan lagi.. wallaualam . Hukum Allah tidak boleh dibwa main. Apa yg penting sekarang berfikirlah secara org Islam yg mempunyai fikiran secara mantik. Tidak ada istilah politik dalam pelaksanaan hukum hudud. Kerana HUDUD adalah ALLAH yg tetapkan bukan PAS yg tetapkan. Dunia sudah diambang kiamat, sedarlah wahai umat ...wallahualam