Tuesday, December 30, 2008

Hishamuddin Kau Dimana ?




Riuh rendah seluruh negara mempertikaikan Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matemaik dalam bahasa Inggeris(PPSMI). Gapena yang dianggotai oleh mereka yang mahir dalam bidang bahasa dan penubuhannya untuk memartabatkan Bahasa Melayu telah mengugut kerajaan untuk mengambil tindakkan undang-undang jika PPSMI diteruskan. Tapi menteri bertanggungjawab membisu seribu bahasa. Wahai Ketua Pemuda UMNO 3 bulan lagi !!!! Mana kau pergi !!!!! Tetapi yang pasti, Hishamuddin sedang menconggak mana yang lebih membantu kemenangannya sebagai Naib Presiden UMNO. Adakah dengan memansuhkan PPSMI itu lebih baik untuk jawatan Naib Presiden atau sebaliknya. Pioriti untuk menjaga bahasa Melayu diletakkan ke belakang.

2 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Dia sedang tarik nafas kot :-)

Selamat Tahun Baru :-)













(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

Apa dia telah buat?
1. Dulu hebohkan seluruh dunia pasal malaysia bagi pendidikan percuma kepada rakyat dengan memansuhkan yuran persekolahan. Realitinya hanya mansuhkan yuran RM4.50 sedangkan ibu bapa masih dikenakan bayaran melebihi RM100 oleh pihak sekolah. Tahun ini dengar ceritanya yuran ditangguhkan ke Mac. Adakah satu kebetulan saja Mac ini pemilihan UMNO?
2, Dulu kata nak tunggu hingga keputusan UPSR diumumkan, nak tengok kesan PPSMI konon; sekarang berapa lama selepas keputusan itu diumumkan namun menteri tetap membisu. Tak sebut pun berapa ramai pelajar kampung yang dapat A dalam Sains dan Matematik. Boleh percaya ke?
3. Dulu ubah nama kementerian dari Pendidikan kepada Pelajaran. Atas sifatnya "yes man" pak turut ini ikut saja membuta tuli walaupun bertentangan dengan AKTA PENDIDIKAN 1996. Tidak sepatah pun perkataan pelajaran disebut dalam Akta tersebut tetapi kerajaan menggunakannya sewenang-wenang. Jika ini pun tak boleh nak bagi pertimbangan wajar usahlah nak harapkan pertimbangan yang adil.
Dasar PPSMI ini tidak adil kepada semua pelajar! maka ia patut ditentang.