Sunday, August 3, 2008

Kenyataan Mukhriz Mahathir : BPR dan Polis perlu bertindak

Kenyataan yang telah dikeluarkan pada 2hb Ogos 2008 di Jitra seperti dilaporkan oleh akhbar-akhbar utama negara perlu diambil perhatian oleh pihak-pihak berkuasa. Mukriz telah menyatakan kebimbangan peluangnya untuk bertanding dalam merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada bulan disember ini. Beliau menyatakan bahawa gejala politik wang dan peyelewangan yang berlaku di peringkat cawangan-cawangan telah sedikit sebanyak mengakis peluangnya untuk mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi bertanding. Hanya keajipan sahaja yang boleh melayakkan beliau bertanding di bulan disember ini.

Kenyataan ini cukup jelas bahawa gejala politik wang ataupun rasuah politik sedang berjalan dalam pemilihan cawangan-cawangan UMNO. Apa yang dibuat oleh BPR ? Apa yang dibuat oleh pihak polis? Apabila Tuang Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat buka mulut ada pihak menyogok untuk memastikan pimpinan PAS Kelantan lompat parti. Secepat lipas kudung BPR membuat siasatan terhadap Tuan Guru. Berdasarkan kenyataan Mukhriz di akhbar, pihak BPR dan Polis sila buat siasatan terhadap Mukhriz. Sudah tentu Mukriz ada bukti-bukti yang kukuh sebelum beliau membuat kenyataan ini. Beliau calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, bukan calon Ketua Pemuda UMNO Cawangan, sudah tentu itu kenyataan yang sangat bertanggungjawab daripada seorang pemimpin. Ayuh BPR dan Polis, BERTINDAKLAH!!!!!

2 comments:

Anonymous said...

betul kater wak. bpr tu cuma makhluk dari gulungan lipas yang kudung hahahahahah

Anonymous said...

selagi BN memerintah..jgn mengharaplah kepada Polis..BPR..semua hampeh..
pakatan kena cepat2 ambil alih negara..reform balik ..baru betul2 akan wujud institusi yang telus..cekap..dan amanah bagi hal-hal perundangan..keselamatan..

Alfarid-_JB