Thursday, July 31, 2008

Tolong Tafsirkan Mimpiku Ini.

Orang melayu kata mimpi itu mainan tidur. Tetapi Nabi Yusof adalah seorang pentafsir mimpi yang telah mentafsirkan mimpi pemimpin Mesir sebelum kemelesetan ekonomi di zamannya. Oleh itu mimpi bukanlah semuanya mainan tidur sahaja tetapi kadang-kadang boleh memberi indikator kepada kita. Walaupun begitu janganlah pulak kita beriman dengan mimpi ini. Saya telah beberapa kali bermimpi seperti berikut :

Pertama : Mimpi dikejar awan yang sangat hitam dengan penuh ketakutan. Tidak lama daripada itu berlaku banjir besar di Johor.

Kedua : Mimpi PAS menang kerusi di Johor. Akhirnya PAS dapat satu kerusi di Senggarang secara teknikal.

Ketiga : Mimpi Mawi jumpa Tok Guru Nik Abdul Aziz. Walaupun ketika itu saya tidak pernah kenal muka Mawi. Tetapi tidak lama selepas itu Mawi berjumpa Tok Guru.

Keempat : Mimpi bapak saudara meninggal. Tidak lama lepas itu bapak saudara yang dimaksudkan pun meninggal.

Kelima :
Saya baru sahaja bermimpi jam 3.15 malam :

a. Anwar Ibrahim masuk PAS
b. Tuan Guru Haji Hadi menjadi makmum solat bersama Anwar Ibrahim
c. Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengumumkan kemasukkan Anwar ke dalam PAS selepas waktu asar.

Apakah tafsiran mimpi ini ?
Marilah sama-sama kita perhatikan..........

Kesemua mimpi di atas bukannya mimpi disiang hari.

10 comments:

Anonymous said...

bagun tidur kul baper ?

Alfaridi said...

mudah-mudahan mimpi itu menjadi kenyataan

Anonymous said...

tidur berapa jam malam tadi? Boleh sempat mimpi 3 benda sekaligus tuu..

Anonymous said...

itu yang aku pelik tu. tapi pak cik suhaizan ini memang terer, cuma ilmu islamnya saja yang kurang. kalau cukup ilmu islamnya mesti dia lebih hebat

Anonymous said...

zaman IT ni semuanya express...kalau setakat mimpi '3 in 1', tidur 2-3 jam pun cukup sangat2...lebih-lebih bg org yg kuat berfikir...

lain ler klu org yg x ade bende nk pikir sgt tu kan....nampak kekurangan org aje..kan..kan..kannn

Anonymous said...

Betul tu. Orang yang kuat berfikir seperti Suhaizan jer yg mampu mimpi '3 in 1'

Anonymous said...

aku rase lah kan..sure mamat kat atas tu penuh di dada ilmu Islam nye.....sbb tu boleh kata wak suhaijan ni kurengg ilmu nyerr...

apa nk buatt...x ramai ustaz2 yg tinggi ilmunye...sanggup ke depan berjuang terang2an..tambah lagi yg keje gomen..ntah hapa ditakutnye...aku pn x paham...

apa2pun wak jann..teruskan perjuangan , mantapkan ilmu di dada..ISLAM pasti GEMILANG...TAKBIR..

Anonymous said...

nak kahwin satu lagi kot...

suhaimi said...

Teruskan perjuangan mu Suhaizan

Anonymous said...

hi..

aik mimpi dikejar awan hitam lepas tu banjir seluruh johor. kalau mimpi di kejar awan putih, apa agaknya eh?.. nak kena nombor ekor kot. aik orang kuat islam takan percaya pada tafsiran yang diluar dugaan. jika kena kejar awan hitam lagi sekali, tak lama terus jadi orang yang ternama.. apa maksud tafsiran ni.