Friday, July 18, 2008

Layakkah UMNO Bertemu PAS ?

Akhbar Star 16 Julai 2008 telah menyiarkan berita bertajuk “ UMNO Youth welcomes talk. Movement accepts PAS willingness to discuss Islam, Malays and education”. Berita ini telah menjelaskan kesediaan pemuda UMNO untuk mengadakan pertemuan dengan PAS untuk membincangkan isu-isu berkaitan Islam, Melayu dan pendidikan. Sebelum ini Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan kesediaan bertemu dengan PAS. Naib Presiden UMNO Dato’ Seri Ali Rustam pula telah memuji keterbukaan Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dalam akhbar Utusan Malaysia pada 17hb Julai 2008.

Sejak berpuluh-puluh tahun lamanya media pro-UMNO, sering melabel PAS sebagai :

  1. PAS adalah Parti Ajaran Sesat.
  2. PAS adalah Parti Angan-angan Selalu.
  3. PAS lebih bahaya daripada komunis.
  4. PAS punca perpecahan melayu
  5. PAS parti pecah belah masyarakat
  6. PAS suka buat fitnah
  7. PAS tak de masa depan
  8. PAS tahu ceramah aja.
  9. PAS suka cari kesalahan orang.
  10. PAS parti pak lebai.
  11. PAS jumud.
  12. Pemimpin PAS lemah tak tahu memerintah negara.

Sehingga kesaat artikel ini ditulis, propaganda ini masih berlaku dan pemikiran negatif ini telah bersarang dalam pemikiran sebahagian besar orang melayu khususnya dinegeri-negeri yang kuasai UMNO seperti Johor, Malaka dan Negeri Sembilan. Hasilnya adalah :

  1. Pemimpin PAS dihina masyarakat
  2. Pemimpin PAS tidak diyakini masyarakat
  3. Pemimpin PAS dipandang serong oleh masyarakat
  4. Orang PAS dipencilkan masyarakat
  5. Orang PAS dipulaukan masyarakat
  6. Masyarakat takut dengan PAS
  7. Masyarakat menjauhi PAS
  8. Ahli PAS yang berkerja dengan kerajaan dihantar jauh kependalaman dan ada yang yang dipecat.
  9. Ahli dan pemimpin PAS ada yang diugut dan dibunuh.

Media ini memperlihatkan UMNO sebagai hebat, kaya, berketerampilan, bijak dan bergaya . Bagi membincangkan isu Islam, Melayu dan pendidikkan layakah UMNO bertemu dengan PAS yang dilabelkan sebagai lemah, suka membuat fitnah, suka kepada perpecahan, tidak cerdik, tahu ceramah sahaja, suka cari kesalahan orang dan jumud. Mungkin UMNO hanya layak bertemu dengan MCA, MIC dan Gerakkan yang setaraf dengan mereka.

4 comments:

Anonymous said...

testing

Anonymous said...

testing 2

Anonymous said...

Kata setengah orang kita PAS tak baik mengamalkan politik berdendam. Apakah pendapat Wak Kentong ?

Suhaizan Bin Kaiat said...

Bukan Dendam Tapi Menguji Kejujuran UMNO yang telah lama melanyak PAS. PAS bukan bodoh dan murah yang boleh dibeli RM2 seklo. Baca artikel terbaharu. Muzarah UMNO-PAS. Sanggupkah UMNO Berkorban?

Selamat