Saturday, July 19, 2008

Inul Nak Pitam, Rakyat Johor Nak Muntah

Menurut sumber berita harian hari ini pertunjukkan goyang gerudi syaitan Inul yang dijangka akan diadakan pada malam ini dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran daripada pihak Bandaraya Johor Baharu. Terima kasih kepada Dato Bandar, Johor Baharu yang begitu perihatin dengan memorendum yang telah diserahkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor yang dipimpin oleh Sdr. Khairul Faizi Ahmad Kamil beberapa hari yang lalu. Inul berasa kecewa dan hampir pitam kerana pertunjukkan itu dibatalkan di saat akhir. Peminat-peminat Inul adalah pekerja-pekerja Indonesia yang bekerja di negara ini. Penganjur dijangka akan memindahkan pertunjukkan itu ke Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 27hb Julai 2008 iaitu minggu hadapan.

Kalau Inul hampir pitam, kita rakyat Johor rasa nak muntah mendengar cerita pertunjukkan Inul. Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam, NGOs, parti-parti politik bertungkuslumus mengajak rakyat Johor melaksanakan amal ma’aruf, tiba-tiba orang asing dengan pekerja asing yang datang ke negara ini nak meruntuhkan segala amalan baik kita selama ini. Sudahlah Inul, kita orang Johor dah tak larat menghadapi pelbagai masalah jenayah, sosial, politik, ekonomi, kenaikkan harga barang dan seribu satu macam lagi. Pihak polis berperang setiap jam untuk membenteras jenayah, di negeri Johor. Jangalah datang kemari nak menambah kusut lagi kita disini.

Baliklah terus ke Indonesia. Tak perlulah mengadakan pertunjukkan di Kuala Lumpur. Nanti Dewan Pemuda PAS Pusat pulak yang bantah. Takut Inul pengsan pulak di Kuala Lumpur apabila pihak di Kuala Lumpur membatalkannya. Insaflah. Hidup kita ini sementara. Mati nanti bukan boleh jumpa peminat nak minta syafa’at. Mati nanti jumpa Allah. Apa Inul nak jawap depan Allah sedangkan kerja Inul buat orang masuk neraka?

4 comments:

Anonymous said...

Apa kata mufti dan sultan johor gaknya

Anonymous said...

Wah... lu panggil Inul syaitan kah? Jadi lu lebih alim drpd dia kah?

Kalau you tak suka tengok Inul punya bontot, JANGAN TENGOK LAH.

Buat apa you maki Pekerja Indon dan penyanyi dalam blog? Nak 'score point' masuk syurga?

Ini bukan negara Taliban. OK?

- Cina Pek

Anonymous said...

apa nak buat cina pek, lu sudah rugi banyak. Lu sudah salah tempat lah pek

Anonymous said...

aiyyaa cina pek lu jual tiket inul ke.patut la lu lugi.maruah anak melayu tergadai beb. lepas konsert depa balik rumah ke diaorang buat keja lain pulakk.lu bodoh la pek oiii