Tuesday, June 22, 2010

UMNO Tergila-gilakan Asri




Tiba-tiba UMNO tergila-gilakan bekas mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin. Katanya sudah banyak pujukan dibuat kpd Asri. Tapi Asri tetap bertegas tidak mahu masuk UMNO. Dlm hal begini Asri mungkin dlm tertekan. Ditekan oleh orang-orang yang tergila-gilakannya.

UMNO telah mengeluarkan kenyataan bahawa Asri akan masuk UMNO bersama 100 orang Ulama' untuk membentuk sayap baru dalam UMNO. Masanya pun telah ditetapkan iaitu hari jumaat. Ini sangat penting bagi mengahadapi pilihanraya ke-13 yg tidak lama lagi. Jika Asri tidak bersama UMNO pada hari jumaat ini maka malulah UMNO satu dunia. Macam malunya bapak pengantin perempuan apabila pengantin lelaki tak kunjung tiba. 10 ekor lembu dah tumbang, 500 ekor ayam telah disembelih, pelamin dah disedia tapi pengantin lelaki tak muncul-muncul juga.

Apa yang menakutkan saya bila orang sudah terlalu gila. Dipujuk-pujuk tak dapat maka step seterusnya adalah dibawa lari sahaja. Apakah mungkin isu JI yg heboh sekarang boleh dikaitkan dengan Asri? Apakah isu JI ini memang direka untuk Asri? Tunggulah episod selepas ini. Saya doakan Asri tabah menghadapi ujian ini. Kalau Dato' Chua Jui Meng pun kena uji apatah lagi Asri yang bergelar ulama'. Tentulah ujiannya jauh lebih besar daripada Dato' Chua Jui Meng.

0 comments: