Wednesday, June 30, 2010

KENAPA RAKYAT PERLU TURUN KEMPEN TAK NAK JUDI 3HB JULAI 2010 ?

Kenyataan Media

Rabu 30- Jun - 2010

KENAPA RAKYAT PERLU TURUN KEMPEN TAK NAK JUDI 3HB JULAI 2010?

Setelah rakyat mendapat kejayaan mendesak kerajaan membatalkan lesen judi sukan pada 25hb Jun 2010 maka rakyat perlu pergi ketahap kedua Kempen Tak Nak Judi yang akan dilancarkan pada 3hb Julai 2010 pukul 2 petang di Masjid Negara. Nama Kempen Tak Nak Judi adalah dicadangkan sendiri oleh seorang yang berbangsa cina bernama Sdr. Ng Yap Hwa daripada Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG). Dato’ Dr. Toh Kin Woon Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Parti Gerakan sekarang ini menjadi Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG) berpendapat judi bukanlah budaya masyarakat cina. Sdr Thiagarajah Sokalingam daripada Tamil Foundation juga berpendapat judi boleh meruntuhkan masyarakat dan negara. Mr Tom Grey, Presiden Persekutuan Lesen Perjudian Kebangsaan, Amerika telah membuat kajian bahawa jika kerajaan mendapat $1.00 pendapatan daripada judi maka kerajaan kehilangan $1.9 kos pembayar cukai untuk mengatasi masalah yang berlaku kesan daripada judi seperti jenayah, bengkrap, ketagihan, keruntuhan rumah tangga dan lain-lain. Antara kejayaan kempen pertama Gerakan Rakyat Membantah Judi(GMJ) selain daripada pemansuhan judi sukan adalah semua bangsa dalam negara ini boleh bersetuju bahawa judi adalah suatu nilai yang tidak baik dalam negara.

Dalam menuju sebuah negara yang maju, aman dan damai Malaysia perlu bebas untuk menolak nilai-nilai yang tidak baik seperti rasuah, salahgunakuasa, pembaziran, jenayah, perjudian dan lain-lain lagi. Tahap kedua Kempen GMJ ini adalah untuk mendidik masyarakat membenci judi melalui Kempen Tak Nak Judi. Oleh kerana telah lebih 50 tahun negara ini menghalalkan judi maka pendekatan berhikmah diperlukan untuk memisahkan judi daripada kehidupan masyarakat yang tegar terhadapnya. GMJ memahami usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia perlu suatu keazaman yang tinggi daripada semua anggota masyarakat, NGOs, parti politik dan pihak kerajaan. Kita jangan pandang kebelakang lagi dalam mempastikan rakyat dan negara bebas daripada amalan berjudi.

Pemansuhan lesen judi sukan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri membuktikan adanya persaingan antara kuasa rakyat untuk menghindar diri daripada judi dengan syarikat judi yang mahu mempertahankan perniagaanya. Kedua-dua pihak mendesak kerajaan menjayakan cita-cita masing-masing. Kerajaan Barisan Nasional(BN) dilihat berpihak kepada siapa yang lebih kuat . Ini bermakna jika rakyat lemah memperjuangkan pembebasan judi dalam negara maka kesempatan ini akan diambil oleh syarikat judi untuk mengembangkan sayap perniagaanya. Inilah realiti yang harus difahami oleh rakyat Malaysia. Oleh itu rakyat Malaysia sudah tiada punya pilihan lagi kecuali bersungguh-sungguh menyelamatkan negara ini daripada aktiviti judi. Maka kehadiran rakyat Malaysia dalam Kempen Tak Nak Judi di Masjid Negara pada hari sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang adalah sangat penting bagi membuktikan keazaman kita semua. Janganlah keazaman syarikat judi mempertahankan perniagaannya lebih kuat daripada keazaman rakyat membenci judi. Kalau kita tiada keazaman ini dikuatiri kita macam menyokong judi dalam negara.


Suhaizan Bin Kaiat
Setiausaha
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

5 comments:

joe penang said...

Boleh bg perincian program?

Kalu takat solat hajat & kesyukuran xde impak sangat berbanding demo.

Kalu pun jadi 100k mai, tak muat masjid.

momentum ana nak pi pun dah kurang. Pasai xde demo

Anonymous said...

Ramai anak muda berkata kepada saya kalau tak de demo, tak de gas pemedih mata, tak de polis dalam Himpunan Rakyat Tak Nak Judi 3-7-2010, maka kami tak nak pergi sebab tak mencabar. Suka saya nyatakan pertamanya apa niat kita yang sebenar datang himpunan seumpama ini. Niat mahu menyelamatkan negara daripada judi kerana Allah atau niat kerana nak kena tangkap polis?. Keduanya bukankah kalau dah terlalu ramai yg datang sehingga UMNO tercabar maka gas pemedih mata akan ditembak, tangkapan akan dibuat, air asid akan disimbah. So apa nak lagi?

Anonymous said...

pada pandangan saya, ianya harus bermula dgn mendesak kjaan pakatan rakyat di sgor, kedah dan pulau pinang untuk menjadi negeri negeri tersebut sifar kedai judi nombor.

adakala saya pelik, sungguh pelik, kenapa kita nak terus pergi ke peringkat nasional, walhal kjaan pakatan rakyat telah berjaya membentuk kjaan di sgor, kedah dan pulau pinang.sepatutnya pengharaman kedai judi di sgor, kedah dan pulau pinang harus dimulakan dengan segera sebab premis kedai judi di bawah pihak berkuasa tempatan.

maaf saudara suhaizan, saudara silap pada pertimbangan kali ni.jadilah orang yg jujur pada diri sendiri, saya mengundi di negeri sgor, saya anak jati sgor, saya bagi undi kpd pas dan pkr, maka saya menunggu bila agaknya kjaan sgor menjadikan sgor sifar kedai nombor sebagaimana di kelantan dan tganu apabila nik aziz dan hadi awang dilantik menjadi mb, maka pekara pengharaman kedai nombor nombor menjadi fokus utama, saya nak bertanya kpd saudara suhaizan, adakah islam di kelantan berbeza dgn islam di sgor?

suhaizankayat said...

Pertimbangan saya tidak kira Kerajaan BN mahupun PR. Kami daripada GMJ asak semua kerajaan agar membuat sesuatu kepada judi. Kalau BN tak buat, BN salah. Kalau PR tak buat, PR pun salah. Itu pandangan GMJ. Sebab itu desakan kita melalui pendidikan, undang2 dan pengurangan lesen. Kerajaan BN & PR boleh buat semua itu. Sebagai rakyat kita mahu melihat itu semua. GMJ berfikir diatas kerajaan bukan bawah kerajaan.

Suhaizan

PAK DONI DI MALAYAIA said...


saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH KABOIRENG yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH KABOIRENG dan dengan senang hati MBAH KABOIRENG mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi MBAH KABOIRENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH KABOIRENG DI 082=322=212=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama MBAH KABOIRENG KLIK TOGEL JITU DISINI












saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH KABOIRENG yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH KABOIRENG dan dengan senang hati MBAH KABOIRENG mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi MBAH KABOIRENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH KABOIRENG DI 082=322=212=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama MBAH KABOIRENG KLIK TOGEL JITU DISINI