Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Ejen pengundian pos khususnya daripada semenanjung telah banyak menggangu kerja-kerja pembukaan & pengiraan undi pos. Suka saya jelaskan di sini, kami petugas PR menjadi ejen pengundian pos yang ditugaskan untuk membantah sebarang manipulasi undi pos. Saya dilantik oleh calon yang sah untuk membantah mana-mana kertas undi yang mencurigakan.
Jika kami tidak menjaga proses-proses dalam undi pos maka :
a. Ejen pengundian pos tidak dapat mengawal kemasukkan 190 undi yang berkemungkinan telah dijual kepada pihak luar.
b. Ejen pengundian pos tidak dapat membantah 208 undi yang mencurigakan.
c. Ejen pengundian pos tidak dapat mengawal pendaftaran petugas SPR menjadi pengundi pos secara berleluasa. Jumlah petugas SPR 290. Walaupun dikawal tetapi masih terdapat seorang petugas SPR yang tidak sah bernama Justin Leo B. Lewis 540131-13-5063. Saya yakin jika ejen pengundian pos tiada maka angka petugas SPR yang didaftarkan mungkin meningkat. Mungkin menjadi 400 orang.
Oleh itu mari kita jumlahkan :
a. Halang kemasukkan undi petugas SPR yang mencurigakan : 190
b. Bantahan terhadap kertas undi mencurigakan : 208
c. Kemungkinan tambahan petugas SPR : 110
Jumlah 508
Jika 82 % menyokong BN maka BN akan mendapat tambahan 416 undi. BN akan memenangi PRK Sibu dengan mejoriti 416-398 = 18 undi.
Mungkinkah tanpa ejen pengundian pos Sibu akan jadi milik BN ? Jawaplah rakyat Malaysia.
4 comments:
Salam
Tahniah dan Syabas kepada anda semua
Perlunya satu perhimpunan besar-besaran bantah undi pos ini. Perhimpunan BERSIH mesti diadakan sekali lagi. Dicadangkan perhimpunan undi pos boleh dimasukkan sekali di dalam perhimpunan bantah judi yang akan diadakan nanti. Nama demonstrasi boleh dinamakan sebagai Perhimpunan Bantah Judi Bola dan Judi Pos.
kenapa perlu minta pada BERSIH
bukankah ia di dokong oleh wakil dari PR so maknanya tak telus dan dah macam aktiviti terancang pembangkang.
Kenapa saya kata begitu , PERKASA sebab didokong oleh mereka yang digelar dengan bermacam-macam gelaran maka kredibiliti pertubuhan itu dipandang rendah. Walaupun mungkin tujuannya baik.
Tahniah di atas kejayaan di Sibu..
petanda-petanda BN makin parah..
kesian Mat sembab..PKR kian Parah..tapi mlm hari mat sembab dan gerombolan tersembam di sibu..macam nak pecah perut tgk berita ..di ulang tayang statement DPM..tapi kalah kat Sibu..
Mohd Farid...
Post a Comment