Tuesday, December 1, 2009

Mari Kita Kebumikan UMNO dengan Segera.

UMNO yang hidup atas perjuangan menentang Malayan Union sudah dianggap busuk oleh vaterennya sendiri. Seperti tulisan Tun Dr Mahathir dalam blognya pada 30-November-2009. Busuknya bukan diluar sahaja tetapi hingga ke dalamnya. Ini bermakna UMNO sudah tidak boleh diselamatkan.

Jika UMNO dibenarkan terus hidup maka rakyatlah yang akan menjadi mangsa akan kebusukan UMNO. Rakyat akan terpaksa membasuh kebusukkan UMNO. Paling kurang pun rakyat tak tahan dengan bau hasil daripada kebusukan UMNO.

Oleh itu saya mencadangkan UMNO perlu dikebumikan dengan segera. Jika tidak rakyat akan menerima akibatnya.

Upacara pengkebumian UMNO perlu dibuat di negeri kelahirannya Johor. Saya mencadangkan rakyat seluruh negera secara simboliknya perlu membawa mayat UMNO. Mayat UMNO berupa simbol-simbol UMNO seperti bendera, logo, perlembagaan UMNO, topi UMNO, Baju UMNO dan lain-lain.

Suatu upacara perlu dibuat ditengah padang agar semua rakyat dapat menyaksikannya. Semua simbol-simbol UMNO ini perlu dicampak pada kain putih yang merupakan kain kapan UMNO. Setelah semua rakyat mencampakan simbol UMNO ini ke kain kapan yang disediakan, maka kain kapan ini perlu diikat dengan rapi kemudian gali lubang yang besar dan tanam UMNO disitu.

Tarikh tertentu dan tempat tertentu di Batu Pahat atau Pantai Lido Depan Istana Bukit Sereen Johor Baharu, Johor di mana UMNO mula dihidupkan perlu ditentukan. Akhirnya rakyat dan negara ini akan sama-sama menyaksikan UMNO dikebumikan di Negeri Kelahirannya JOHOR.

Apa pandangan tuan-tuan ?

5 comments:

Anonymous said...

aku setuju je...memang pun yang jadi celaru di bumi malaysia ni sbb umno berat sebelah...semua akhbar dan media sudah jadi nadi umno....teruskan

Anonymous said...

ini baru keja pemuda ....mana ketua pemuda pas...diam saja...dah lemah kot.alahai manja sangat..

Is987 said...

Cadangan bagus. Cuma kena fikir adakah rakyat akan jadi semakin kesian dengan umno. Apapun untuk menarik rakyat membaca blog Mahathir
dan menilai kebusukan umno semacam perlu dilakukan.

Anonymous said...

macam mana nk kebumikan umno kl diri kita sendiri dalam kelemasan.. menghentam sesama sendiri dlm blog... aduhai... ambillah peluru yg disediakan oleh che det..

Anonymous said...

hahahah..bagussssss!

Inilah yang Al Quran suruh kan?..
Inilah contoh yg Rasulullah tunjukkan ye...
Inilah die jalan Islam ala PAS..

Kepimpinan melalui tauladan..hahaha..

Inilah sebabnya PAS disempitkan jalan oleh Allah SWT..hipokrit dan gila kuasa.