Friday, August 7, 2009

Menteri Besar Selangor Perlu Bertindak Tegas Sebelum Terlambat.

Kemelut yang berlaku di Negeri Selangor antara dua orang exconya iaitu Dato' Dr Hassan Ali dan Ronnie Liu perlu dipandang serius. Dr Hassan tidak puas hati terhadap Ronnie Liu yang telah memihak kepada pekedai yang menjual arak di Seksyen 8, Shah Alam. Liu telah memaksa penguatkuasa memulangkan semula arak itu selepas dirampas. Oleh itu Dr. Hassan Ali mendesak Ronnie Liu didesak untuk digugurkan daripada exco yang menjaga hal ehwal kerajaan tempatan.

Arak adalah isu sensitif umat Islam. Islam bukan sahaja melarang umatnya meminum arak malah membuat, menjual, mempromosi, mengangkut dan segala yang berkait dengan arak maka jatuh hukumnya haram. Kerajaan negeri Selangor sepatutnya sensitif terhadap isu ini. Langkah soft solution perlu dirangka. Penguatkuasaan beserta pendidikan perlu dititik beratkan. Exconya pula bukan sekadar bersatu tetapi juga perlu dilihat bersatu. Jangan sekali pancang sekali cincang.

Saya bergitu tertarik dengan beberapa Kenyataan berikut :

1. YB Azmin Ali pernah berkata adanya underground bissness activiti. Siapakah exco bertanggungjawab ?

2. YB Wee Chee Kiong pernah berkata adanya mesyuarat kongsi gelap dibuat di Pejabat Kerajaan Negeri Selangor. Siapakah exconya ?

3. YB Dr. Hassan Ali pernah berkata adanya exco yang menghalang penguatkuasa membuat operasi di rumah urut di Negeri Selangor. Siapakah exconya ?

Menteri Besar Selangor YB. Khalid Ibrahim perlu memiliki exconya yang mempunyai ketinggian moral. Jika exco terbabit didapati terlibat dengan aktiviti di atas. Gugurkan segera sebelum Allah murka dan sebelum rakyat menolak Pakatan Rakyat di Negeri Selangor.

Lakukan segera.

1 comments:

Anonymous said...

dalam dunia niee.....mengkritik/membangkang/menghentam lebih mudah berbanding mentadbir...dulu masa BN pun sama...bila dah PR dpt....SAMA JUGAKK.....sekarang....semua kene bersatu...islam itu agama kita..melayu itu bangsa kita....malaysia itu tanah air kita...pertahankan..perkukuhkan...perkasakan.....