Friday, August 7, 2009

Salah ke JIM mahu syariat Islam ditegakan sepenuhnya tahun 2020 ?

Jeff OOi ahli Parlimen Jelutong telah mendesak Mohd Razali - ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSCC) di bawah MPPP - diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa tersebut. Ini kerana Jeff mendakwa Mohd Razali seorang 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020. Soalnya salahkah JIM bercita-cita demikian ? Kalau salah kenapa?

Bukankah negara ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi? Kalau Jeff boleh menerima Islam sebagai agama rasmi, kenapa pulak Jefri tidak boleh menerima syariat Islam di tegakkan di negara ini? Saya nasihatkan Jefri buat penelitian terhadap syariat Islam. Apa yang menjadikan beliau takut kepadanya. Islam itu adil, islam itu untuk semua. Syariatnya begitu fleksible untuk semua agama. Islam tidak menindas semua agama di dunia ini.

Laksanakan Islam pasti akan selamat. Islam itu adil, Islam itu selamat. Sebagai NGO Islam di Malaysia ini, salahkah JIM bercita-cita mahu syariat Islam sepenuhnya ditegakkan pada tahun 2020 ?

0 comments: