Wednesday, January 7, 2009

Road-Show Himpunan 100 Ribu Akan Di Susun Di Negeri-negeri


Kesempatan bertemu Ketua Kerajaan Negeri Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Kerajaan Negeri Kedah Dato' Seri Azizan Razak dalam penamaan calon pilihanraya Kuala Terengganu di ambil untuk memohon kerjasama kedua-dua kerajaan negeri membantu menjayakan road-show Himpunan 100 ribu di negeri-negeri. Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang juga pernah menyaman Kementerian Pendidikan berhubung Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2006 bakal menjadi ikon kepada Himpunan 100 Ribu ini. Kedua-dua Ketua Kerajaan ini telah menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan Sekretariat menjayakan road-show di negeri masing-masing.
Suhaizan Kaiat
Timbalan Pengarah
Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu

1 comments:

mat proton said...

assalamualaikum.
ini tiada kaitan dengan post anda pada kali ini.
cuma saya rasa harakahdaily.net telah kena hack.
bila klik, lamannya tak muncul melainkan pop-up2 yang memualkan.
minta usahakan sesuatu supaya pengundi p036 berterusan dapat maklumat yang betul tanpa disekat.
terima kasih.