Saturday, January 30, 2010

Kempen Selamatkan Johor Daripada Muflis 2012

Mengejutkan! Sebagai salah sebuah negeri yang dianggap maju di Malaysia dengan jumlah pelaburan berbilion setahun, kenyataan di atas mungkin disangka keterlaluan. Tetapi inilah realiti yang harus diterima oleh rakyat johor.

1. Bagaimana Johor boleh muflis?
Antara penyebabnya ialah hutang Johor Corporation (JCorp) yang berjumlah RM 4.032 billion.


2. Apa kaitan JCorp dengan kerajaan Negeri Johor?
JCorp merupakan salah sebuah GLC dalam kerajaan negeri.


3. Bagaimana hutang JCorp boleh menyebabkan Johor muflis?
Pada 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 billion dengan Kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012. Dalam sidang DUN Johor 8 September 2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009). Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 adalah RM3.58billion!

4. Bolehkah JCorp membayar hutangnya menjelang 2012?
Keuntungan sebelum cukai JCorp adalah lebih kurang RM600 juta setahun. Diulang "sebelum cukai". Ini bermakna menjelang 2012 , dijangkakan JCorp hanya akan mampu menyediakan RM1.5 billion bagi menebus bayar bon.

5. Apa implikasi kepada kerajaan negeri?
Sebagai penjamin, kerajaan negeri harus menanggung beban hutang JCorp yang tidak mampu dibayar sebanyak RM2 billion. Kegagalan untuk berbuat demikian, kerajaan negeri boleh diheret ke mahkamah dan diisytiharkan MUFLIS!

6. Bolehkah kerajaan negeri menampung hutang JCorp sebanyak RM2 billion?
Dengan keadaan belanjawan defisit (perbelanjaan melebihi pendapatan) yang dialami oleh kerajaan negeri dan nisbah kecairan tunai yang kecil sekitar RM201.53 juta (tunai RM36.37 juta & pelaburan RM165.16 juta), untuk menampung kos pentadbiran sahaja kerajaan negeri dijangkakan mampu bertahan selama 3 bulan.

Apakah cara atau jalan yang digunakan oleh kerajaan BN Johor bagi menyelamatkan keadaan? Menjual aset-aset ataupun hartanah strategik milik rakyat Johor. Antara hartanah yang dipercayai telah dijual ialah:
1. Menara Pejabat Plaza Kotaraya dijual kepada Iskandar Investment Berhad (IIB)
2. Tapak CIQ Stulang juga dijual kepada IIB
Malah jika anda sering melalui jalan Kota Tinggi - Bandar Tenggara, anda mungkin perasan papan tanda Johor Tenggara Oil Palm (JTOP) telah digantikan dengan papan tanda Tradewind. Apakah ini juga bermakna JTOP juga telah dijual?

Selepas ini apa pula yang akan dijual?
Aset atau hartanah milik kerajaan negeri dan JCorp adalah sebenarnya milik khazanah dan pusaka rakyat Johor dan bukannya milik UMNO/BN!

Jom kita jayakan Kempen Selamatkan Johor Daripada Muflis 2012 bersama Pemuda PAS Johor untuk menyerahkan kepada Baginta Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar.

Agendanya adalah :

1. Perlancaran Kempen
2. Road-Show seluruh daerah
3. Kempen tandatangan seluruh Johor.
4. Tentukan tarikh mengadap Sultan
5. Serah Memorandum Rakyat Johor kepada Baginda Sultan

Tuan-tuan setuju ? Jumpa di sanaaa......

10 comments:

x-utm said...

jumpa kat mana wak? bila?

Anonymous said...

Check this out
http://www.businessjihad.com

Anonymous said...

Nape?
Nak byrkan ke??

Anonymous said...

Cube citekan apa planning utk selesaikan masalah nih???

Ko tau tak JCorp menggaji 54,000 pekerja. Ko suke ke sedara mara ko ada yg beragama islam seramai 54,000 ni makan pasir sbb JCorp bankrup???

Sila nyatakan penyelesaian, Bukan cari masalah.

Ko ni tak tau pasal JCorp. Tau bising jee

Anonymous said...

Check this out bro....
U blh bukak satu company yg ada asset sebanyak lebih RM10billion

Then bole laaa ko bole laa gajikan pekerja2 yg diberhentikan tuuuu

http://www.businessjihad.com/?p=2140

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Ye ke nak muflis, happy je dia org semua kat JCorp. Asset ada RM10 bilion kalau setakat byr utang RM 3.2 billion kejam mata dah boleh byr. jumlah pekerja makin hari makin ramai... Beli KFC pulak senang hati nak makan ayam .

Nak harap kan sapa wak yang ada daya perniagaan yang tinggi seperti dia org ni... Ada kat PAS, UMNO atau orang Melayu Islam. Sapa nak ganti ? wak nak selamatkan macam mana? Cukup ilmu ke ?

Lagipun kalau tak silaple dia org ni dah waqafkan sebahgian besar aset dan saham sykt, jadi milik Allah swt, kesana kemari cerita pasal Jihad dalam perniagaan... Wak nak jihad apa pakai parang kontot...

Ni dlm perniagaan jual asset, tanah, bangunan biasala wak, syarikat mana tak jual kerajaan yang ada ( ketiga2 skali ) pun jual.. Kalau kita yang tak berilmu dlm perniagaan ni baikle biar kat org yg berilmu uruskan - mcm yg disebut dlm AlQuran .

Kalau takut sangat tergadai Johor ni gi mintak penjelasan strategi yg nak dia org buat utk selesaikan utang ... jgn politikan benda ni tak kemana nanti malu sendiri terhegeh2 menyibuk bila org tu selamba je byr...

kalau nak cari bahan politik tu tengok kat sijil halal ... harap kerajaan tak kiralah UMNO ke PAS ke PKR ke DAPek ke jauh kot. Halal sana sini yang buat apek tak ckp lagi buat restoran besar2 nama makanan melayu lepas tu jual arak sekali Hah... masih halal tu

Jadi kalau nak perjuangkan hak yg tu dulu le wak... Mana tak org islam buang I jadi slam je makan tak tentu arah .. almaklum sijil halal blh cetak je klu takpun bayar je blh dapat...

Ubah mereka wak, sedarkan masyarakat slam ni ... betulkan jalan yg bengkok ... tunjukkan yang lurus . Takyah le menyibuk kat benda yg wak tak tau tu...

Anonymous said...

wak ...lu kan melayu..islam lagi..patutnye benda2 mcm ni jgn dipolitikkan....ko kene bg sokongan sbb ceo jcorp tu org melayu seislam kita..byk thinking dia untuk majukan ekonomi org melayu..ko cube pk klu la KFC tu jatuh ke tgn org cina...ape nk jadik???ko ingat cina2 tu kisah ker isu halal ke aper suma...
jgn cakap jer..nak piket la haper la..silap aribulan...jcorp ni pnjang umur dgn konsep wakafnye tu..ank ko pun sama keje ngn jcorp gak nanti..tuhan lebih tau la....

Anonymous said...

Pemilik blog...

Apehal senyap je??

Anonymous said...

alah ini penipu punya orgpercaya ker...auta je lbh....fakta dari mana ntah diambiknya....

Anonymous said...

saudara suhaizan ni maybe nak selamatkan johor guna duit bisnes komputer dia kot...