Friday, October 2, 2009

Apakah muslihatnya latihan tentera pada masa mengundi?

Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, PD akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada 7hb, 8hb, 9hb Oktober 2009. Sedangkan pada tarikh tersebut adalah hari pengundi. Kem ini menempatkan 1,130 orang pengundi pos. Kem ini merupakan kem ke-2 teramai dalam kem-kem di PD.

Bagaimana pengundi pos di kem tersebut mahu mengundi ?

Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan Sampul Keutamaan hanya dipos sahaja ? Bila di pos akan memudahkan penipuan. Jadual adalah seperti berikut :

7.10.09 : Pengeluaran Undi Pos
8.10.10 : Pengundian
9.10.10 : Pengundian
10.10.10 : Kerta Undi di pos. (Disinilah ahli kem Kor Armor baru balik dpd Melaka)

Wahai Rakyat Malaysia. Fikirkanlah.

Suhaizan Kayat
Pengerusi
J/K Khas Undi Pos
Dewan Pemuda PAS Pusat.

5 comments:

Anonymous said...

Mereka tak payah undi sebab ada orang yang akan pangkah.
Semua ni BN/UMNO mahu tipu la....
semua orang sudah tahu, bekas askar pun dari prebet sampai jeneral pun dah bagi tahu yang undi pos undi penipu hanya SPR sahaja yang kata betul.

abu muaz said...

SPR : saya pangkah rasuah

: saya pilih rasuah

: saya penyokong rasuah

: saya PAKATAN RAKYAT

Anak Perelih said...

Untuk memastikan tiada penipuan terhadap baki kertas undi POS yang tidak diambil oleh pengundi untuk tujuan dipangkah dna dimasukkan oleh pihak pihak tertentu, maka

Sila pastikan PAS membuat perjumlahan kertas undi yang dibuang pada hari pengundian pos iaitu 8 dan 9 Okt... dan compare dengan jumlah undi pos yang diumumkan pada hari penjumlahan undi...

Abang saya di IPDA Port Dickson sejak 2 tahun lepas, tetapi namanya masih pengundi di kem lama (Kuantan)... ramai anggota seperti ini dan ada anggota yang sudah transfer ke unit/kem lain atau telah bersara 1-2 tahun lepas tetapi namanya masih pengundi di Port Dickson... Sila semak kes kes ini.... Ini bermaksud pengundi pos tidak akan 100% kerana ramai yang tidak akan mengundi di situ

rahim said...

ehm skang SPR kata wakil parti leh lihat sendiri proses pengundian.

sakariya said...

Salam tuan,
Walau apa jua dugaan/rintangan, semoga PAS beroleh kemenangan.