Assalamualaikum Wrb Wbt
Dengan nama Allah Tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.W.T, para sahabat dan para pejuang akhir zaman sekalian.
Setelah mempertimbang pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh ahli-ahli PAS seluruh negara maka saya membuat keputusan untuk menawarkan diri bertanding secara harmoni dan penuh ukhuwah jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan AJK PAS Pusat.
Berdasarkan pengalaman memperjuangkan isu PPSMI, Judi Bola, Interlok, Undi Pos, Setinggan Kempas dan Pusat Aduan Rakyat di Negeri Johor maka saya ingin meneruskan agenda berikut :
1. Memperjuangkan Islam sebagai cara hidup yang harmoni dalam negara berbilang agama dan bangsa.
2. Mempersiapkan pemuda PAS menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.
3. Menarik sokongan anak muda dan pengundi Melayu.
4. Memperjuangkan isu-isu besar negara.
5. Memesra dan meremajakan Pemuda PAS.
Saya berdoa kepada Allah S.W.T , jika amanah ini boleh meninggikan Islam maka saya sanggup memikulnya. Sebaliknya jika amanah ini tidak boleh meninggikan Islam maka amanahkanlah kepada pemimpin lain yang lebih layak lagi. Amin.
Suhaizan Bin Kayat
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat
Ketua Pemuda PAS Johor
5 comments:
Semoga Allah SWT meredhai niat dan harapan saudara.
Salam. Siasah nak temuramah, bila boleh jumpa? 0166937271
bukannya kecewa dengan keputusan anta tapi kami pemuda mahu ketua yg lebih celik politik pimpin kami.
teringat zaman abg din(sallehuddin ayub)
http://www.facebook.com/pages/Kami-Menyokong-Husam-Sebagai-Timbalan-Presiden-PAS/124793147599520?sk=wall
InsyaAllah.....moga dipermudahkan dlm limpahan rahmat dan petunjuk Allah.-
Post a Comment