Saturday, April 3, 2010

Isteri Ketua Cawangan UMNO Ugut Bogelkan Wanita

Malam ini saya mendapat laporan daripada seorang wanita berusia awal 40 an bersama suaminya. Wanita ini telah didatangi oleh isteri seorang Ketua Cawangan UMNO di Johor bersama seorang rakannya dan cuba menarik baju dan kain wanita ini dengan tujuan untuk membogelkannya. Secara tiba-tiba anak jiran wanita ini keluar dan isteri ketua Cawangan UMNO telah memberhentikan pelakuan sumbangnya itu. Isteri Ketua Cawangan UMNO ini telah melemparkan kata-kata kesat kepada wanita ini seperti babi, sial, baliklah Kelantan dan lain-lain. Sebelum beredar isteri Ketua Cawangan UMNO ini telah mengugut akan membogelkan semula wanita ini dihadapan orang ramai jika mereka bertemu lagi. Isteri Ketua Cawangan UMNO ini jugak mengugut akan menarik bantuan sekolah anak wanita ini.

Kesannya wanita ini dalam keadaan yang malu, geram dan benci. Hatinya sentiasa diruntun kebimbangan setiap masa sehingga mahu menaiki lif pun berasa takut berjumpa isteri Ketua Cawangan UMNO ini. Yang sangat membimbangkan adalah wanita ini sentiasa membawa pisau untuk mempertahankan dirinya jika berlaku usaha untuk membogelkannya. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah jenayah berlaku.

Tindakan mengugut ini dilakukan adalah berikutan perasaan tidak puas hati isteri Ketua Cawangan UMNO yang telah melihat wanita ini mentertawakan perobohan warong suaminya oleh Penguatkuasa Pejabat Tanah Daerah baru-baru ini. Semasa kejadian perobohan itu wanita ini kebetulannya berada dihadapan warong tersebut. Apabila warong ini roboh maka terdapat sorakkan berlaku dan wanita ini kononnya telah mentertawakan warong yang telah roboh itu.

Semua rakaman perbualan & gambar ada dlm disimpanan. Tunggu masa untuk dikeluarkan sahaja.

4 comments:

Anonymous said...

Dasyat sangat perangai orang umno ni,mudah hilang pertimbangan.,sesuailah dengan umno...

gapodio said...

Tuan,
saya memang tak faham dengan sifat tuan sebagai seorang islam yang kononnya memperjuangkan islam.
kenapa perlu diberitakan isteri seorang ketua Umno cawangan??kan senang kalau digantikan dengan wanita A dan Wanita B??

adakah kemungkinan lepas ni semua watak2 kita tulis sbagai anak ketua cabang pkr, sepupu ketua cawangan mca, adik ketua cawangan umno, bini no.3 ketua cawangan pas, 4 pupu setiausaha mic cawangan, mak sedara bapak tiri laki ketua gerakan cawangan??

adakah perlu semua berita nak digambarkan sebagai bersifat politik??

kenapa perlu ditekankan UMNO pada wanita itu??

dia isteri ketua cawangan umno dan boleh jadi juga dia adik ketua cawangan pas,anak ketua ranting PKR, kakak ahli DAP kan.semua tu tak mustahil sebab shahrir dan khalid pun berbeza parti...

mungkin sekiranya lepas ni shahrir membuat sesuatu yang buruk kita boleh letak headline "ABANG AHLI PARLIMEN PAS BAWAK LARI ANAK DARA ORANG "(contoh,minta dijauhkan)ni pun satu kes,rohaizad kena teruk,tapi dr.rosli ok plak

maafkan saya sekiranya tersilap..

Anonymous said...

gapodio,
rasionalnya begini...
isteri ketua cwgn umno tu berani mengugut untuk menyekat bantuan untuk mangsa. Ternyata dia boleh mengugut begitu kerana merasakan dia kununnya mampu atas kapasiti suami dia ketua cwgn umno. Klu dia hanya isteri sesiapa yg lain, berani dia cakap begitu?

gapodio said...

kalau warong suami dia pun kena roboh takkan la dia ada kuasa nak tarik balik bantuan anak sekolah...