Saturday, April 3, 2010

Isteri Ketua Cawangan UMNO Ugut Bogelkan Wanita

Malam ini saya mendapat laporan daripada seorang wanita berusia awal 40 an bersama suaminya. Wanita ini telah didatangi oleh isteri seorang Ketua Cawangan UMNO di Johor bersama seorang rakannya dan cuba menarik baju dan kain wanita ini dengan tujuan untuk membogelkannya. Secara tiba-tiba anak jiran wanita ini keluar dan isteri ketua Cawangan UMNO telah memberhentikan pelakuan sumbangnya itu. Isteri Ketua Cawangan UMNO ini telah melemparkan kata-kata kesat kepada wanita ini seperti babi, sial, baliklah Kelantan dan lain-lain. Sebelum beredar isteri Ketua Cawangan UMNO ini telah mengugut akan membogelkan semula wanita ini dihadapan orang ramai jika mereka bertemu lagi. Isteri Ketua Cawangan UMNO ini jugak mengugut akan menarik bantuan sekolah anak wanita ini.

Kesannya wanita ini dalam keadaan yang malu, geram dan benci. Hatinya sentiasa diruntun kebimbangan setiap masa sehingga mahu menaiki lif pun berasa takut berjumpa isteri Ketua Cawangan UMNO ini. Yang sangat membimbangkan adalah wanita ini sentiasa membawa pisau untuk mempertahankan dirinya jika berlaku usaha untuk membogelkannya. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah jenayah berlaku.

Tindakan mengugut ini dilakukan adalah berikutan perasaan tidak puas hati isteri Ketua Cawangan UMNO yang telah melihat wanita ini mentertawakan perobohan warong suaminya oleh Penguatkuasa Pejabat Tanah Daerah baru-baru ini. Semasa kejadian perobohan itu wanita ini kebetulannya berada dihadapan warong tersebut. Apabila warong ini roboh maka terdapat sorakkan berlaku dan wanita ini kononnya telah mentertawakan warong yang telah roboh itu.

Semua rakaman perbualan & gambar ada dlm disimpanan. Tunggu masa untuk dikeluarkan sahaja.

Thursday, April 1, 2010

Perjuangan Setinggan Kempas Adalah Perjuangan Rakyat
















Oleh : Suhaizan Kayat

Pada 24hb Mac 2010 mencatatkan peritiwa yang sangat menyayatkan hati bagi penduduk Kg Denai Pinggiran Kempas. Rumah mereka telah dirobohkan didepan mata mereka tanpa belas kasihan. Pegawai Pejabat Tanah Daerah Johor Baharu (PTDJB) tidak mempertimbangkan langsung permohonan mereka untuk menanguhkan perobohan walaupun sehari diperingkat awalnya. Bukan sahaja rumah rakyat biasa malah kedai minum Ketua Cawangan UMNO juga musnah menyembah bumi dilanyak jentolak. Saya sangat simpati melihat kemusnahan yang berlaku. Malangnya ada bebarapa tulisan yang telah cuba memburuk-burukan penduduk yang tinggal di sana. Suka untuk saya menjelaskan beberapa perkara yang telah dibangkitkan iaitu pertamanya menjadikan murid sekolah sebagai perisai, keduanya isu Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang telah disedikan oleh pihak kerajaan, ketiganya saguhati dan keempatnya PAS mengambil kesempatan menjadi batu api.

Sebenarnya saya diminta oleh penduduk yang tidak mahu berpindah untuk memperjuangkan nasib mereka. Apabila saya berjumpa mereka dan bertanya apakah yang mereka mahu. Mereka menjawab kami sudah tinggal lebih 20 tahun. Bagaimana penduduk di Kg Berembang, Selangor dan Kg Buah Pala di Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat boleh memperolehi saguhati tetapi mereka tidak memperolehi walaupun sesen. Begitu juga rakan-rakan mereka di Parlimen Johor Baharu iaitu Kg Desa Melayu Belantik, Kg. Hajah Hasnah, Kg. Tok Siak, Kg Bakar Batu, Kg Desa Melayu, Kg Melayu dan lain-lain. Mereka dapat saguhati sebanyak RM 15 ribu bagi sebuah rumah. Rakan-rakan mereka di Kg Gudang, Beras, Kempas dapat RM10 Ribu setiap keluarga. Akhirnya mereka menuntut saguhati kerajaan sebanyak RM30 ribu. Perjuangan ini melibatkan 3 buah kampung iaitu Kg Denai Pinggiran, Kg Sri Rahmat 1 dan Kg Sri Rahmat 2. Mereka yang bersama-sama berjuang bersama saya lebih daripada 200 keluarga.

Pada masa yang sama saya tidak membantah mereka yang mahu berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai. Dalam pertemuan-pertemuan yang saya adakan tidak pernah saya membantah perpindahan mereka ke PPR. Pandangan ini pernah saya suarakan kepada En Zamri – Badan Pengurusan (MC) Naung Seribu Sdn. Bhd, badan yang menguruskan PPR Kempas Permai. Cuma ingatan saya kepada mereka walaupun mereka berpindah tetapi perjuangan terhadap saguhati kerajaan mesti diteruskan. Adalah tidak benar yang menyatakan bahawa saya menjadi batu api untuk mereka yang tidak mahu berpindah. Saya akan membantu samaada mereka berpindah atau tidak berpindah kedua-dua nasibnya saya perjuangkan. Saya tak nampak bagaimana sifat membantu ini diterjemahkan sebagai batu api.

Ada yang menyatakan bahawa penduduk telah tinggal secara percuma selama lebih 20 tahun kemudian kerajaan mahu mengambilnya kenapa minta saguhati pula dengan pihak kerajaan. Suka saya gambarkan di sini. Kempas sekarang bukan seperti dahulu. Asalnya kawasan ini adalah hutan belantara. Penduduk disinilah yang meneroka. Mereka tinggal disini sambil memberi tenaga buruh yang murah kepada pembangunan negara. Maknanya tampa bantuan penduduk setinggan sekitar Johor Baharu maka pembangunan sekitar Johor Baharu tidak serancak sekarang. Selain itu setiap kali pilihanraya tangan merekalah yang mengekalkan Barisan Nasional berada di daerah Johor Baharu. Mereka bukan sekadar memangkah BN tetapi menjadi petugas BN yang sangat komited. Adalah perkara biasa untuk mendengar luahan rasa mereka kepada saya “ Dulu sayalah yang tentang En. Suhaizan, tapi sekarang tidak”, “Saya minta maaf pada En Suhaizan sebab sayalah yang menghalang isteri saya mengundi PAS, sehingga isteri saya menangis”, “Dulu saya pangkah BN sebab saya tak kenal En Suhaizan lagi”. Begitulah mereka meluahkan perasaannya semasa mengenangkan zaman lampau mereka. Malangnya jasa mereka kepada pembangunan negeri dan kepada Barisan Nasional (BN) telah dilupai oleh pemimpin UMNO atasan.

Ada yang berpandangan bahawa PAS hanya mengambil kesempatan sahaja dengan memperjuangkan sebahagian kecil penduduk sahaja. Menakala sebahagian besar lagi telah berpindah tampa meminta saguhati pihak kerajaan. Suka saya nyatakan bahawa saya tidak menghalang mereka untuk berpindah atau tidak berpindah. Itu hak mereka. Peranan saya membantu kedua-duanya. Bilangan kecil mahu pun besar bukan isunya. Isunya alah saguhati pihak kerajaan. Walaupun mereka telah berpindah tetapi sokongan terhadap saguhati kerajaan tetap sama diperjuangkan. Saguhati ini boleh ditafsirkan dengan pelbagai. UMNO Cawangan Permai memperjuangkan sewa percuma 2 tahun, kenderaan perpindahan percuma, deposit percuma dan lain-lain. Ketua Cawangan UMNO Permai Sdr Ibrahim konsisten sehingga sekarang terhadap tuntutan tersebut. Raja Sulaiman Ketua Cawangan UMNO Denai Pinggiran pun boleh bersetuju dengan saya berkenaan saguhati kerajaan walaupun mungkin beliau tidak setuju penglibatan PAS. Penduduk Flat Seroja minta duit saguhati perpindahan sebanyak RM2,000. PAS memperjuangkan saguhati RM30 ribu. Apa-apa pun PAS akan minta lebih sikit, biarlah UMNO minta kurang sikit. Itu adalah art of demand. Maksudnya UMNO dan PAS Kedua-duanya tuntut saguhati. Saya tak faham bagaimana pemuda UMNO Pulai boleh berkata tidak wajar minta saguhati sedangkan cawangan UMNO pun minta saguhati daripada kerajaan. Malah ada pemimpin UMNO Cawangan disebelah perkampungan Sawa minta tanah pula. Dokumen yang dihantar oleh UMNO Cawangan kepada Menteri Besar ada pada saya. Ini lagi hebat.

Ada yang menyatakan bahawa Kes saguhati di Perlimen Johor Baharu adalah melibatkan duit pemaju atau pihak swasta. Maka pihak swastalah yang membayar saguhati kepada penduduk. Kepada mereka kerajaan tidak mampu membayar seperti pihak swasta. Jawapan saya mudah, jika pihak swasta boleh beri saguhati tetapi pihak kerajaan tidak boleh beri. Lebih baik lantik kerajaan swasta sahaja. Kerajaan ini dilantik untuk menjaga kepentingan rakyat. Bukan semua penduduk kita perlu beri saguhati. Kepada saya mereka yang benar-benar peneroka kampung perlu diberi saguhati. Yang lain-lain mungkin hanya diberi saguhati perpindahan sahaja. Kriteria ini kerajaan boleh fikirkan kemudian bergantung kepada budget yang ada. Rakyat Malaysia rela memberi pembelaan kepada yang memerlukan. Yang Rakyat Malaysia marah adalah apabila duit rakyat digunakan untuk pembaziran seperti bill out projek kroni, buat projek stadium runtuh, buat kapal selam tak boleh menyelam atau beli jet yang telah dilarikan ke Uruguay.

Ada pemimpin pemuda UMNO Pulai berkata UMNO lebih berjasa kerana telah terlebih dahulu memindahkan penduduk ke PPR Kempas Permai yang kononnya jauh lebih selesa. PAS tidak pernah mempertikaikan usaha UMNO untuk memindahkan penduduk. Silakan. Malah saya juga mengusahakan perpindahan penduduk yang memerlukan rumah PPR. Itu usaha masing-masing sebagai sebuah parti politik. Cuma PAS telah berusaha mendesak kerajaan agar menukar status rumah daripada sewa kepada sewa beli bagi penduduk yang berkelayakkan. Bagi mereka yang tidak berkelayakkan maka bolehlah terus menyewa. Malah atas desakkan PAS dalam Dewan Undangan Negeri Johor dan media telah menyebabkan proses pengeluaran CF Bangunan Blok A,B dan C dipercepatkan. Jika tidak mungkin CF blok A,B dan C belum lagi dikeluarkan.

Ada yang menuduh penduduk menggunakan perisai kanak-kanak untuk mempertahankan rumah penduduk. Suka saya jelaskan bahawa kanak-kanak ini adalah anak-anak penduduk. Apabila jentolak, polis, FRU dan lain-lain lagi berada di rumah mereka. Apa yang mereka mahu buat? Tak kan nak tidur di rumah. Atau pergi main bola di padang. Atau macam sesetengah pemuda UMNO pergi main golf. Mereka dilahirkan dan dibesarkan di sini. Kampung ini mempunyai sentimental value kepada mereka. Maka tanpa disuruh mereka bingkas bangun mempertahankan rumah mereka. Anak-anak ini menangis depan penguatkuasa. Ada anggota polis yang turut sebak melihat suasana ini. Saya dan rakan-rakan pergi berunding. Akhirnya Alhamdulillah rumah mereka dapat diselamatkan apabila pihak penguatkuasa memberi tempoh 3 hari untuk mereka mengosongkan rumah mereka. Secara peribadi saya berpendapat bahawa kejayaan rundingan ini adalah disebabkan oleh tiga faktor iaitu doa penduduk, suasana pilu dengan tangisan kanak-kanak dan tekanan daripada pihak polis yang mahu segera balik kerana ada tugas-tugas lain. Maksudnya tangisan kanak-kanak inilah yang telah menyelamatkan rumah mereka. Mereka bertahan dengan tangisan juga mugkin disebabkan pemuda UMNO Pulai tidak turun membantu mereka.

Sebenarnya masalah utama di Kempas adalah perbalahan pimpinan UMNO Pulai. Dato Osman Sapian ADUN Kempas dan Dato Nurjazlan Tan Sri Mohammad, Ahli Parlimen Pulai bercakaran antara satu sama lain macam kucing dan anjing. Dalam program-program rakyat dimana ada Dato Osman maka tiadalah Dato’ Nurjazlan. Ia bermula apabila Dato Osman mencabar Dato Nurjazlan bertanding kerusi Ketua Bahagian UMNO Pulai. Menariknya kedua-duanya bercakaran antara satu sama lain dan ianya disampaikan kepada saya oleh salah satu dari keduanya. Pernah terjadi semasa Dato’ Osman sakit dihospital di Kuala Lumpur, beliau kutuk Dato Nurjazlan rapat ke dinding. Dalam masa yang lain apabila saya bertemu Dato Nurjazlan beliau pula kutuk Dato Osman depan saya. Saya kadang-kadang macam nak jadi orang tengah mengatasi perbalahan mereka. Walaupun saya daripada PAS tetapi pada saya, perbalahan ini merugikan rakyat. Saya tetap baik dengan mereka berdua. Malah saya hormat kepada mereka kerana mereka lebih senior daripada saya. Jika mereka berdua dalam kesusahan saya akan hubungi mereka. Hubungan peribadi tidak harus dipisahkan dengan politik. Itulah prinsif saya. Perbalahan ini menyebabkan UMNO diperingkat bawahan bercelaru. Pengabaian pimpinan UMNO diperingkat bahagian telah menyebabkan rakyat tidak dapat dibela. Lalu mereka mencari saya sebagai altenatif. Malangnya saya difitnah sebagai batu api, cuba mengambil kesempatan, pemecah belah masyarakat dan macam-macam lagi. Itulah politik Malaysia.